Friday, December 30, 2016

Bukan dipecat dan Bersatu sedia siasat skandal seks Anina

Skandal seks: Bersatu tidak sedia siasat Anina
ONG BOON TECK - 29 DISEMBER 2016
Anina Saadudin

BERSATU tidak akan membuat siasatan terhadap Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin yang didakwa terbabit dalam skandal seks.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Shahruddin Md Salleh ketika memberitahu Sin Chew Jit Poh, isu Anina kononnya dipecat sebagai ketua srikandi parti itu kerana terbabit dalam skandal seks adalah tidak benar, memandangkan majlis pimpinan tertingginya belum lagi menubuhkan sayap berkenaan.

Kata beliau, kedudukan Anina yang sering dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai ketua srikandi Bersatu tidak timbul sama sekali, sebaliknya beliau ketika ini hanya menyelaras aktiviti wanita dalam parti itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman turut yakin Anina bukan dipecat dan beliau masih salah seorang ahli Majlis Tertinggi Bersatu.

Syed Saddiq percaya, Anina telah menjadi mangsa fitnah dan beliau bersedia menentang taktik kotor yang dilakukan oleh orang-orang tertentu.

Sementara itu, dua hari lalu Sinar Online melaporkan, pembantu peribadi kepada Anina, Kasih Alyza Mohd meminta semua pihak memberikan masa kepada Anina untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Beri masa pada Anina jawab semua persoalan]

Menurutnya,  semua pihak perlu bertenang dan berikan masa kepada Anina sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengatur sidang media untuk menjelaskan semua perkara kepada semua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, dua minggu lalu, Anina dilaporkan berkata, skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tuduhan skandal seks lumrah politik']

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.

No comments:

Post a Comment