Thursday, December 22, 2016

Halatuju kepimpinan ulama Pas hampiri konsep mullah

Selepas TGNA meninggal, halatuju kepimpinan ulama Pas hampiri konsep mullah
Posted by admin Date: December 20, 2016
Adakah semua kepimpinan ulamak pada masa revolusi terikut sama dgn idea Revolusi Iran termasuk Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor?

Menurut Dr. Tareq Suwaidan, konsep kepimpinan ulama tiada dalam fiqh politik aliran sunnah waljamaah, melainkan ia wujud dalam Syiah.

Meskipun bergerak di atas konsep kepimpinan ulama, almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA memahami realiti politik dan melihat perkara tentang pemerintahan sebagai perkara maslahat umat yang harus diurus dengan menggunakan ‘fiqh semasa’ dalam menanggani isu-isu umat Islam.

Pemahaman semula terhadap fiqh ini adalah penting kerana keadaan sosial, ekonomi dam politik umat Islan adalah jauh berbeza dengan perubahan zaman.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA melihat bahawa jamaah Islam tidak boleh berfikiran jumud dan kaku terutamanya dalam fiqh politik, dakwah Islamiah dan gerakan Islam kerana syariat Islam adalah praktikal pada semua tempat dan zaman kerana terdapatnya faktor-faktor keluasan dan kehebatan dlm syariat Islam itu sendiri.

Jadi, walaupun di atas dasar kepimpinan ulama, kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA teguh dari segi syarak dan bebas dari unsur ketaksuban dan melampau (ghuluw).

Namun di era kepimpinan Hj Abdul Hadi Awang terutama selepas kematian TGNA, hala tuju kepimpinan ulama menghampiri konsep mullah dan pemimpin yang bersifat maksum sebagaimana menjadi kepercayaan golongan Syiah.

Kemasukan beramai-ramai kumpulan progresif termasuk sekumpulan besar profesional ke dalam PAS terutamanya pasca pemecatan Dato Seri Anwar adalah berpunca dari kebijaksanaan fiqh politik Almarhum TGNA dan Almarhum Datuk Fadzil Noor.

Fiqh Islam adalah bersifat ‘thabit‘ iaitu tetap pada perkara-perkara usul dan hukum2 ‘kulli‘ dan ‘murunah‘ iaitu bersifat fleksibel serta mampu berkembang pada perkara-perkara furu‘ dan hukum-hukum juz’i.

Kepimpinan TGHH hari ini telah tersasar jauh dari landasan yang dibina oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA yang memberi penekanan beberapa fiqh dalam pendekatan Pas iaitu antaranya yang utama ialah fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dan fiqh al muwazanat (fiqh pertimbangan).

Sejak tahun 1999, pendekan arwah Ustaz Fadzil Noor dan TGNA ini menjadikan Pas muncul sebagai sebuah parti politik yang dilihat releven dalam politik Malaysia.

Terutamanya selepas tahun 2008, berduyun-duyun golongan profesional dan orang bukan Islam datang kepada Pas kerana parti ini Ustaz Fadzil Noor dan TGNA menekankan fiqh al waqi’, iaitu kefahaman mengenai realiti manusia dan kehidupan sekitarnya.

TGNA mengambil sikap serius menyelesaikan permasalahan terhadap kehidupan manusia terlebih dahulu, sebelum berlakunya penetapan dan pelaksanaan hukum.

Ini termasuklah pengutamaan nas-nas syarak hukum yang bersifat umum (kulli), meraikan keperluan dasar (al-daruriyyat), keuzuran dan keadaan khusus yang dikecualikan dari hukum dan perubahan fatwa berdasarkan perubahan masa, tempat dan keadaan.

Malangnya selepas pemergian TGNA, kepimpinan Haji Hadi dan kepimpinan ulamanya gagal meneruskan penerapan fiqh al waqi’ dalam pemahaman dan pelaksanaan syariat yang boleh membawa kepada pertimbangan yang betul dan jauh daripada unsur-unsur yang melampau.

Komentar bebas oleh Dr. A. Zachary S, pensyarah di sebuah IPTA di Kuala Lumpur | 20 Disember 2016. - sumber

2 comments:

  1. memang pun.dah jadi kepimpinan mullah.hadi jebon maksum.walaun kena wala.noktah

    ReplyDelete
  2. mullah yang memPIL kudakan,membaruakan bagai lagi kpd kabilah yang tidak sekepala dengannya..Itukah konsep MULLAH..?

    ReplyDelete