Monday, December 26, 2016

Apa nak jadi ni: Awal-awal dah jadi haru-biru?

Anina dakwa dilucut jawatan ketua Srikandi BERSATU
mk - 25 Dis 2016, 9:00 malam      25 Dis 2016, 10:40 malam
Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.

Anina berkata, beliau dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari lalu oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.

"Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya kepada Malaysiakini.

Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain dilaporkan pada 2 November.

Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain telah disahkan.

Ketua Penerangan BERSATU, Kamaruddin Md Noor bagaimanapun berkata Anina sejak awal tidak pernah menjadi ketua Srikandi.

"Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi tidak ditubuhkan secara rasmi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pelantikan empat pemimpin Srikandi lain awal bulan ini juga tidak sah.

Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.

Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita Umno Langkawi itu menjawab:

"Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.


"Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang," katanya.

Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengenai sama ada dia masih setia kepada parti, Anina berkata
beliau "setia kepada orang ramai."

2 comments:

  1. karat dalam umno dibawa kemana mana..

    ReplyDelete
  2. Baru 3 bulan dan bercakaran sesama sendiri. Dengan senerio sedemikian boleh dan mampu kah PPMB menjatuhkan UMNO/BN di PRU 14 nanti kerana dalam PPMB masih ada yang berebut jawatan.

    ReplyDelete