Hangpa tak mau bagi aku masuk syurga ka?
Kenaikan harga bahan api mendorong pesara guru di Sungai Petani beri sedekah petrol. Foto Kamaruddin Kassim
Kenaikan harga bahan api mendorong pesara guru di Sungai Petani beri sedekah petrol. Foto Kamaruddin Kassim
Menegur sikap sebahagian jemaah masjid yang menolak pemberian sedekahnya, pesara guru, Abd Ghani Haron, 60, menganggap tindakan itu sebagai tidak elok.
“Tidak elok menolak, sebaiknya terima apa yang disedekah. Jika kita tidak memerlukan apa yg disedekah, maka kita berikan kepada orang lain pula.
“Itu lebih baik kerana bila kita menerima sedekah, orang yang bersedekah terlaksana ibadat sedekahnya kerana ada yang menerima tetapi jika kita menolak maka tidak terlaksanalah ibadat sedekahnya,” ujarnya pada status Facebook beliau hari ini.
Kisah bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda itu bersedekah dengan memberi petrol percuma di Sungai Petani semalam menjadi viral di media sosial.
“Bila saya mengadakan program bersedekah beras, ada seorang jemaah masjid yang datang memerhati program saya,lalu saya hulurkan sekampit beras kepadanya tetapi dia menolak dengan berkata,’Berilah kepada orang lain yang lebih memerlukan.
"Bila saya mengadakan program bersedekah minyak petrol, beberapa orang jemaah masjid yang bertemu saya ditanya, mengapa tak pergi pergi mengisi minyak motor yang diberi percuma, lalu dijawab, ’Bagi pada orang lainlah’.
“Kedua-dua insiden itu saya jawab dengan nada berseloroh tetapi tajam. Saya berkata ,’Hangpa tak mau bagi aku masuk syurga ka?’ sambil gelak berderau,” dipetik daripada status Facebook miliknya.
Mengulas lanjut sikap jemaah masjid yang menolak sedekahnya itu, Abd Ghani menasihatkan supaya tidak menganggap diri mereka sebagai lebih baik daripada orang lain.
“Jadi, menolak sedekah atas alasan nak beri peluang pada orang lain itu adalah tidak betul. Jangan merasa kita cukup bagus, kita lebih baik, lebih rendah diri, lebih wara'.
“Hakikatnya kita mencanggahi suruhan nabi. Jika orang bersedekah kepada kita walau kita tidak perlu, itu bermakna Allah takdirkan rezeki kepada kita dalam maksud untuk kegunaan kita atau 'rezeki' yang berupa peluang untuk kita memanjangkan sedekah, atau peluang yang Allah buka untuk bersedekah dengan sesuatu yang disedekah kepada kita.
“Maka menolak sedekah juga ibarat menolak rezeki dan peluang yang Allah beri. Atas dasar ini, di mana baiknya menolak sedekah? Bahkan kira menjerumuskan diri kepada satu sifat kesombongan untuk menerima sesuatu yang Allah datangkan kepada kita,” tambahnya lagi.
Semalam, dianggarkan kira-kira 2,000 penunggang motosikal menikmati sedekah petrol berkenaan di Tikam Batu denga nada antara mereka mengerumuni stesen minyak itu seawall pukul 6 pagi.
Khusus untuk motosikal berkuasa antara 100cc ke 150cc itu, Abd Ghani dilapor berkata, sebanyak RM5,913 dibelanjakan sebaik sedekah petrol itu bermula pukul 6.30 pagi sehingga 10 pagi.
Beliau yang memberitahu projek sedekah jariah dalam bentuk pemberian petrol percuma itu bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah ekoran kenaikan harga minyak.
Sejak 1 November lalu, kerajaan menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter mengakibatkan RON95 dijual RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala diesel pula RM1.90 seliter sekaligus rekod peningkatan tertinggi untuk tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Abd Ghani yang menyifatkan usahanya itu sebagai sedekah secara berjemaah menggalakkan orang ramai menghulurkan sumbangan melalui nombor akaun Maybank 5574 1051 5106.
Menurutnya, hasil sumbangan rakan di Facebook, beliau turut dapat menghulurkan sedekah sebanyak RM1,000 kepada seorang pesakit gout tahap kronik di Kuala Ketil bagi tujuan rawatan ozon.
Dari blog Mutiarahadits, dibawah tajuk orang yang tak layak menerima sedekah adalah :
ReplyDelete: "Orang yang kaya tidak berhak menerima zakat demikian juga orang yang memiliki anggota badan yang sempurna". (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat -pent) dari Abu Hurairah,
Wallahua'lam dan harap maklum.
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena ria kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
ReplyDeletetak payah nak kecoh pasai orang tak mau terima sodaqah.ramai lagi yang nak bagilah
ramai lagi yang perlu bagilah
tak semestinya denagn sodaqah layak masuk syurga kalau yang pardu asas ada yang tak lepas
jangan terpedaya ngan bisikan syaiton