Bersatu atas dasar Islam hadapi Donald Trump, seru PAS
Mengapa perlu takut sedangkan orang Islam ada kekuatan beratus kali berbanding Amerika Syarikat, kata Mursyidul Am Hashim Jasin.
PETALING JAYA: PAS menyeru semua pimpinan parti politik supaya kembalikan keyakinan rakyat kepada Al-Quran sebagai kekuatan menghadapi bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Mursyidul Am Hashim Jasin berkata menyatukan rakyat atas dasar Islam akan menghilangkan rasa marah lantaran bimbang Islam akan ditindas pemimpin kuasa dunia itu.
“Sekarang orang bising Trump menang di AS. Orang Islam pucat habis apabila dia menang. Macam-macam ulasan dibuat, tapi kita lupa kita ada kekuatan yang beratus kali berbanding AS.
“Kenapa kita takut sangat dekat Trump? Kenapa kita bimbang orang Islam akan dianiaya? Sebabnya kita pinggirkan Al-Quran.”
Hashim berkata demikian kepada lebih 1,000 hadirin di himpunan Ledakan Suara Rakyat (Laksa) di Taman Medan hari ini.
Beliau menyampaikan pesanan itu kepada semua orang Islam di semua parti yang ada di Malaysia. Tegasnya mereka takut Trump kerana mereka “jahil agama”.
“Orang Islam lebih takut pada kuasa manusia daripada Tuhan…ini bahaya. Apabila kita pinggirkan Islam, tak peduli apa Tuhan kata, jadilah macam sekarang…kacau.
“Orang Umno, BN sebahagian besarnya Islam. PKR, PPBM, PAN (Amanah) malahan dalam DAP pun ada orang Islam. Mari kita bersatu atas dasar Islam.
“Kita ajak semua parti bersatu siapa nak boleh, siapa tak nak kita tak paksa. Kita bersatu…atas dasar kebenaran,” katanya.
Jangan banyak cakap.
ReplyDeleteKembalikan hak rakyat Kelantan balak yang dicuri, masalah rumah mangsa banjir yang masih tak selesai, kes ceroboh hak orang asli, kes tanah kepada kroni PAS.
Selesai Islam kamu dalam rumahtangga PAS dulu sebelum berbicara ibarat ayam berkokok tapi ekor bergelumang tahi bertenggek atas kereta ferari.