Monday, November 28, 2016

‘Pas sekarang lebih kemas berbanding dulu’: Bagus dan tahniah.......semoga mampu bantu Najib nanti

‘Pas sekarang lebih kemas berbanding dulu’
28 November 2016 | ARIF ATAN
Ustaz Hashim Jasin

Dilihat optimis dengan kedudukan partinya pada masa ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin mendakwa parti tersebut semakin mendapat sambutan termasuk daripada golongan profesional.

“Pas sekarang lebih kemas berbanding dulu. Banyak berlaku apa yang saya sendiri tidak sangka. Contohnya, dalam perjumpaan yang kita buat, penganjur pun hairan sebab terlalu ramai, melebihi jangkaan.

“Itu tanda-tanda bahawa kita semakin mendapat sambutan akar umbi. Golongan profesional pun semakin ramai mendekati Pas,” ujarnya dipetik daripada wawancara yang dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Mengulas tuntutan banyak pihak supaya Najib Razak meletakkan jawatan, beliau menganggap usaha itu tidak bermakna sebaliknya lebih baik ia dilakukan melalui pilihan raya.

“Saya nak tanya, katakanlah kempen mereka berjaya, selepas Najib jatuh, apa akan jadi? Bolehkah kita pastikan bahawa tidak akan ada masalah lagi jika Najib dijatuhkan?

“Pada pandangan saya, kalau sistem yang sama masih dipakai, samalah juga. Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya,” ujarnya yang dipilih sebagai Mursyidul Am Pas pada Oktober lalu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Menurut Hashim yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Perlis, keutamaan parti itu adalah menentang kezaliman sekalipun dilakukan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau setakat Najib, nanti Najib jatuh, apa pula? Tetapi kalau kezaliman yang kita tentang, tidak kira siapa. Kalau Najib, Najiblah kita tentang, malah kalau Tok Guru Haji Hadi pun, katakanlah dia zalim, kita akan tentang juga.

“Dalam menentang kezaliman, tidak bolehlah kita benarkan setelah jatuhnya sesuatu kezaliman, nanti naik kezaliman yang lain pula. Itu yang kita tak mahu berlaku. Saya percaya dalam hal ini, tidak timbul masalah bercanggah dengan kehendak rakyat,” tegasnya lagi.

* Jangan pula makan sikit, berak besar nanti busuk satu taman!

2 comments:

  1. Jenis makan puluit
    Pakai kasuit
    Hehe

    ReplyDelete
  2. Dah lah parti macam orang bela hantu raya,lagi hampir nak mati, maka lagi kuat matekedarah. Begitu juga PAS, lagi parti dalam kedudukan nyawa-nyawa ikan maka dilantik pulak Lebai Ferrari untuk mengetuai parti. Jangan salahkan rakyat kalau melihat parti PAS sebagai sebuah parti yang menghimpunkan sekumpulan manusia munafik yang macam tak makan 30 hari. Ada golongan profesional yang berjasa maka diterajang keluar dan sekarang baru sibuk nak jual nama mereka.

    ReplyDelete