Wednesday, November 16, 2016

Banyakkah dedak kat sini? Hanya SPRM yang boleh bersihkan nama dia.......

Rabu, November 16, 2016

KENAPA PEMBANTU AHLI PARLIMEN PKR YANG LAIN TAK KAYA?

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo yang membuat laporan di Pejabat SPRM di sini, hari ini, berkata kekayaan dimiliki Adam adalah 'sesuatu yang memeranjatkan' memandangkan beliau baru berusia 28 tahun.

"Saya minta SPRM siasat... segala bukti berhubung kekayaan Adam juga telah dilampirkan seperti gambar rumah dan pelbagai jenis kereta mewah seperti Audi, Vellfire, Mercedes dan BMW," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Ulasan saya, kita kagum dengan kekayaan Adam Rosly tetapi yang kita hairan kenapa dia seorang pembantu ahli parlimen PKR yang kaya raya? PKR ada ramai ahli parlimen tetapi pegawai ahli parlimen tidak kaya?

Apa yang istimewanya Adam yang masih muda jadi kaya raya? Kalau benar harga rumahnya bukan RM7 juta tetapi RM1 juta yang disambut dalam lelong, dari mana dia dapat RM1 juta sedangkan orang muda berusia 28 tahun tidak mampu menyimpan duit sebanyak itu.

Ini bukan soal dengki orang muda yang lulus SPM jadi jutawan tetapi yang  dipersoal duit dari mana, adakah duit rasuah atau dari sumber yang sah? - sumber
* Jangan cakap orang dengki ke apa?
Politik atau apa-apa
Biar SPRM bersihkan nama mu dulu

3 comments:

  1. Untuk SPRM tolong siasat betul-betul, mustahil dengan usia semuda begitu dan kerjaya begitu beliau boleh hidup terlalu mewah. Rakyat tidak akan marah kalau individu begitu dihumban dari tingkat 10 sekiranya beliau menggunakan duit rasuah hasil dari wang rakyat. Untuk PKR sila bersihkan dahulu mana-mana individu yang berhubung kait dengan parti sebelum UMNO menggunakan isu atau individu tersebut bagi membuat ugutan seterusnya mensabotaj parti sebelum PRU14 kelak. PKR kena berhati-hati kerana mereka cukup dikenali sebagai parti sisa-sisa UMNO atau parti spesis UMNO, jangan nanti PAS pun mampu mengugut PKR sekiranya parti menjadi lemah dan penuh dengan imej rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina jho lo tak rompak?ko bisu jer

      Delete
  2. Siasat juga jamal jamban ..mana dia dpt duit buat hotel sekin..

    ReplyDelete