Thursday, November 24, 2016

PAS berhentilah berbelit-belit, tetapkan pendirian dan bersamalah dengan UMNO

Pas patut bersama Umno jika...
ATIRAH HASLI - 24 NOVEMBER 2016
Pas

SHAH ALAM - Pas sepatutnya bersama dengan Umno sekiranya parti itu menyokong Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), kata penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, Pas sepatutnya sedar tidak ada gunanya untuk terus-terusan menentang Umno sekiranya parti itu terbukti boleh menerima setiap pandangan dan gesaan yang dibuat Pas selama ini.

“Sudah semestinya, RUU 355 tidak akan mendapat sokongan Pakatan Harapan. Banyak corak dan pola pemikiran berbeza. Malah, kita semua tahu ahli politik DAP sudah sedia untuk menentang RUU ini.

“Agenda Pas sebenarnya lebih difahami Umno kerana budaya, agama dan keturunan  yang sama. Ini faktor yang boleh menentukan pola sokongan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, Umno lebih peka terhadap usaha Islamisasi berbanding parti pembangkang yang lain dan ia membuatkan Pas lebih cenderung untuk menerima sokongan dari Umno.

“Cuma masalahnya yang membelenggu hubungan ‘mesra’ Umno-Pas adalah sikap Pas itu sendiri. Pas tidak konsisten dan hanya akan ikut pihak yang menguntungkan mereka.

“Pendirian tidak konsisten ini nampak seolah-olah parti mahu mempermainkan Islam. Kalau Umno mahu sokong, saya tidak nampak kenapa Pas masih mahu menentang Umno. Pas sering berdolak dalik, itu adalah sikap Pas yang diwarisi zaman-berzaman,” katanya lagi.

* Isu RM90juta tu bila nak saman?

2 comments:

  1. Amanat Hj Hadi .. pun BELUM DIBUBARKAN ..apa akan jadi pada penganut Pas ..

    ReplyDelete
  2. Kita semua faham dan setuju dengan pepatah inggeris iaitu "the enemy of my enemy is my friend" yang bermakna musuh kepada musuh kita adalah sahabat dalam perjuangan. Dalam ertikata lain kita juga boleh nyatakan bahawa musuh rakan kita adalah musuh kita juga. Ianya adalah satu ungkapan yang logik dan praktikal! Tetapi yang menjadi persoalan kepada rakyat sekarang ini adalah pendirian PKR yang masih lagi dok gatal merenyam dengan PAS yang sudah terang2 menjadi musuh DAP dan Amanah, rakan PKR dalam PH! Apa lagi yang PKR dok berbincang dengan PAS? Adakah PH tu hanyalah perjanjian atas kertas dan tak dak nilai langsung? Jika begitu macamana kamu ingin mendapat sokongan padu dari rakyat?

    PH adalah pakatan yang telah dimeterai dengan perjanjian dan persefahaman. Ini bermakna jika PAS memusuhi DAP dan Amanah, maka PAS secara langsung juga bermusuhan dengan PKR. Apa yang ditunggu lagi? Political maneuvering dan mendahulukan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat dan parti? Stop dragging your feet and take action. Jika PAS tak ingin bekerjasama then so be it. Move on, start working and stop wasting time playing politics. PRU is just around the corner and the people are getting fed up with PKR indecisiveness and cowardice (dayus). PKR should close rank with DAP and Amanah dan forget about PAS. The people want to see a united opposition coalition and they want it now! Not just before the election and not something that is cobbled together haphazardly and piss poorly done just to face the election. So stop dragging your feet and make a stand. NOW!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete