Guru di Amerika terima nota - 'ikat tudung di leher dan gantung dirimu'
The Washington Post | Diterbitkan pada November 13, 2016 14:46 MYT
Mairah Teli memuat naik gambar nota tersebut untuk menyebarkan kesedaran mengenai realiti masyarakat Amerika - Foto Facebook/Mairah Teli
Seorang guru beragama Islam di sekolah tinggi Georgia mendakwa seseorang meninggalkan sekeping nota tanpa nama di bilik darjah pada Jumaat.
Nota tersebut menyatakan “tudung sudah tidak dibenarkan lagi” dan juga memintanya mengikat tudung di leher dan “gantung dirimu dengan tudung itu.”
Nota tersebut diakhiri dengan perkataan “America” bersama dengan lukisan bendera negara tersebut.
Mairah Teli, guru di Dacula High School di Gwinnett County berhampiran Atlanta, memuat naik gambar nota tersebut di akaun Facebooknya pada Jumaat.
“Sebagai Muslim, saya memakai tudung sebagai amalan kepercayaan saya. Saya kongsi perkara ini untuk meningkatkan kesedaran tentang realiti dan keadaan masyarakat. Menyebarkan benci tidak akan menjadi Amerika hebat semula,” ulasnya.
Jurucakap Gwinnett County Schools memberitahu media tempatan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat siapa yang menulis nota tersebut.
Mairah turut percaya bahawa nota tersebut diilhamkan daripada kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45 baru-baru ini.
“Saya rasa kanak-kanak rasa selamat memberi komen berunsur rasis atau seksis kerana dia (Trump),” tegas Mairah kepada Atlanta Journal-Constitution.
Trump berjanji akan menjadi presiden kepada semua lapisan masyarakat Amerika dalam ucapan pertamanya selepas pemilihan presiden.
Selepas kemenangan Trump, beberapa insiden berunsur perkauman berlaku di sekitar Amerika Syarikat terutamanya ke atas golongan kulit hitam, imigram, Muslim, dan komuniti LGBT.

No comments:
Post a Comment