Sunday, November 6, 2016

Ciri-ciri pejuang yang bebal

Ahad, 6 November 2016
PANAS ~ Barua At Work..!
Ada akal fikir fikirkan..!
Ciri-ciri pejuang yang bebal

Tokoh pemikir,  Allahyarham Dr Syed  Hussein al Atas dalam bukunya,  "Intellectuals in Developing Societies" menyebut  kewujudan orang-orang bebal ini menjadi pemangkin politik kedaerahan atau kaum yang sempit   serta berfikiran kolot dalam membuat keputusan atau pemilihan.

Mereka juga  menafikan  ketinggian pemikiran dan kerja keras menjadi penentu utama sesebuah kejayaan.  Maka untuk mencapai apa yang orang bijak pandai ada,  mereka mewujudkan nepotisme dan kronisme sebagai jalan pintas.

Dr Syed Hussein  menggariskan  bahawa  antara ciri-ciri orang-orang bebal adalah  tidak mampu menganalisis masalah dan menyelesaikannya.  Mereka  tidak mampu menguasai seni belajar dan tidak mengaku akan kebebalannya.

Saya sengaja mengangkat  pemikiran Dr  Syed Hussein dari buku ini untuk membandingkan kewujudan semula  tindakan Hang Jebat  era  Kesultanan Melaka pada hari ini.  Seolah-olah orang Melayu ini bebal,  gedebe   dan  samseng apabila  segelintir mereka diperagakan sebagai wira.

Sekiranya Hang Jebat masih wujud hingga hari ini,  saya pasti tindak tanduknya jauh lebih bertamadun berbanding pada zaman  Kesultanan Melaka dulu.  Tindakan  Hang Jebat yang lebih banyak mengamuk daripada menyusun strategi adalah keperluan zaman itu.

Kalau pada hari ini  untuk menentang Sultan Melaka yang zalim terhadap Hang Tuah bukanlah dengan cara mengamuk.  Hang Jebat  pasti  menyusun pakatan secara terancang untuk menyedarkan Sultan Melaka bahawa dia telah diperbodohkan oleh Patih Karma Wijaya.  Malah  Tun Perak  lebih  hebat strategi  apabila  sembunyikan  Hang Tuah padahal tindakan ini ingkar  titah Sultan Melaka.

Hang Tuah tidak dihukum bunuh bukan kerana kehebatan  Hang Jebat tetapi kelicikan Tun Perak,  Bendahara Melaka yang sangat berpengaruh menguasai istana Melaka.

Tetapi ketika milieu sosial dan ruang fikir masyarakat meletakkan keris dan pedang sebagai  tanda sukat  kehebatan,  maka Hang Jebat pun terpaksa membuat perkara yang sama, tindakan bebal yang merugikan.  Matlamat gagal diri jadi korban.

Apakah setelah lebih enam  abad berlalu,  masih ada lagi mereka yang menggunakan kaedah bebal  dan samseng  untuk menjadi pejuang rakyat?  Masih relevankah lagi pejuang bebal yang  hanya tahu mengamuk, menyerang dan mencaci lawan di luar batas susila?

Pejuang bebal tidak ada tempat dalam masyarakat yang bertamadun.  Kehebatan berjuang pada zaman ini adalah ketangkasan bersilat dengan hujah,  menikam lawan dengan kata dan frasa.  Pendekatan gedebe yang kurang siuman bukanlah ciri-ciri pejuang rakyat yang kita mahukan.

Oleh yang demikian,  mereka yang lebih dewasa dan matang tolonglah nasihatkan  "pendekar-pendekar  muda"  yang baru dua hari belajar pegang keris,  janganlah semua orang hendak ditikamnya.  

kayangdailypost

Pejuang bebal tak perlukan akal fikiran..! cukup sekadar dedak secawan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!
Posted by PUTRA MERDEKA at 7:09 PG

No comments:

Post a Comment