Thursday, November 24, 2016

Kalau setakat nak baca, Cucu aku umur 5 tahun pun boleh baca. Kalau untuk dikencing di kepalanya hanya siBangang saja benarkan

*RUU355 DITUNDA LAGI, WAJAH UMNO PERALATKAN HUKUM & SENTIMEN ISLAM UNTUK PANJANGKAN NYAWA POLITIK NAJIB*

Komen lintas langsung Ahli Parlimen Pandan semasa bersidangnya pembentangan RUU355

Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355. Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu.

Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan).

Prosesnya selepas ini adalah seperti berikut:

1) kami sedang menunggu keputusan Tan Sri Speaker sama ada membenarkan pindaan usul ini dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Parlimen sekarang (sedang bersidang).

*LINTAS LANGSUNG*

_(Tan Sri Speaker baru sahaja menjemput Ahli Parlimen Marang membaca pindaan kepada usul)._

2) Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua.

*TERKINI*

Tan Sri Speaker memanggil Ahli Parlimen Marang untuk membaca usul.

Ahli Parlimen Marang membaca dan meminta untuk menghuraikan cadangan beliau itu dalam sessi yang akan datang.

Maka usaha untuk membentangkan RUU355 mati begitu sahaja hari ini.

Tetapi polemiknya akan bersambung lagi hingga ke sessi akan datang. Ahli-ahli PAS akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini.

Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen PAS akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang?

Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini.

Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak

Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal.

Selepas dirunding dengan Umno Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diwar-warkan.

Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau.

Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini.

*RAFIZI RAMLI*

RUU 355: Presiden Pas minta tangguh lagi
24 November 2016 | ARIF ATAN
Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membacakan usul RUU 355 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Walaupun akar umbi Pas dilihat galak menuntut pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dilakukan segera tetapi Presidennya hari ini dilihat sekali lagi tidak menggunakan peluang yang diberi.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang memohon untuk membuat huraian Rang Undang-undang (RUU) 355 pada sesi Dewan Rakyat akan datang dengan alasan masih ada pihak tertentu yang keliru.

"Memandangkan pindaan ini memerlukan pemahaman yang jelas walaupun sudah ada secara bertulis yang sudah diedarkan kepada ahli Parlimen, namun masih ada lagi kekeliruan.

Beliau berkata, polemik berhubung pindaan Akta 355 itu melibatkan semua pihak termasuk berkaitan dengan bidang kuasa raja walaupun peruntukan itu khusus kepada masyarakat Islam sahaja.  

“Masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat maka saya mohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15/5," jelasnya dalam sidang Dewan Rakyat tengah hari tadi.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyambut permohonan Abdul Hadi itu.

“Saya izinkan usul ini disambung ke mesyuarat akan datang," katanya.

Pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu bagi meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.

Untuk rekod, Rang Undang-undang persendirian meminda Akta 355 itu telah dipercepat di Parlimen pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Walau bagaimanapun, Abdul Hadi pada hari terakhir sidang parlimen untuk sesi tersebut memohon perbahasan itu ditangguhkan pula ke sesi akan datang iaitu pada 17 Oktober.

3 comments:

  1. Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya

    tunggulah sampai pru14
    amno nak pekena pas n pas nak pekena amno
    yang mana satu paling tak guno

    ReplyDelete
  2. Ditunda sebab masih ada yang keliru? Ahli Parlimen Marang ni dah jadi dungu ke apa? Kalau tak dibentang dan dihuraikan kat Parlimen macamana nak dihilangkan kekeliruan? Bukan ke pembacaan dan penghuraian dalam parlimen bertujuan agar akta itu dapat difahami isi dan intipatinya? Kalau tangguh dan dok simpan dalam laci, sapa yang akan faham?

    Konon2nya PAS dah berpuluh2 tahun berjuang nak memertabatkan hukum Islam tapi bila dah diberi jalan untuk bentang, berhujah dan beri penjelasan, tak amik peluang pastu dok tunda lagi? Hj hadi ni ingat persidangan Parlimen ni macam main masak2 ke? Atau dia ingat persidangan ni sebijik macam perhimpunan muktamar PAS yang dok guna chai untuk menang? Atau, Hj Hadi ingat sekadar melepaskan batuk ditangga dan buat kerja tanpa guna akal dan kerja keras dan lepas tu dok bertawakal adalah ajaran Rasulullah? PAS dibawah Hj Hadi sudah menjadi Parti tanpa tujuan dan ketandusan matlamat.

    PAS....Parti Angan2 Sokmo! Nak melaksanakan hudud tapi tak nak rebut kuasa? Nak gubal undang2 tapi tak cukup ahli parlimen untuk berjaya (pastu merayu kat MP DAP yang diaorang gelar kafir laknat minta sokong)? Nak lawan UMNO tapi berbaik2 dengan UMNO? Nak masuk pilihanraya tapi tak nak menang? Tak menyempat2 nak bawak RUU355 kedalam Parlimen tapi tangguh nak bentang?

    Ni politik islam ke politik main2? Perangai MP2 PAS ni tak ubah macam Mat rempit...bersungguh2 berlumba tapi satu habuk pun tak dak hasil, pastu berlagak macam mereka lah hero dan pendekar.....Pelik betullah! Islam apa yang diorang amal ni?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Itu pong mujur Hadi hadir ke sidang tersebut, kira molek sangatlah tu. Kalau tidak, tentu dia tuang sidang pergi cafeteria minum-minum dan sembang-sembang atau ada majlis di tempat lain sepertimana kebiasaan habitatnya. Betul tak ni Wan Seli?

    ReplyDelete