Wednesday, March 16, 2016

Dasar lidah biawak: Kalau macam ni, jelas PAS tipu pengundi dengan Hududnya!

PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

 | March 16, 2016
PAS mahu membentangkan hudud di Parlimen bukan untuk melaksanakannya tetapi sekadar mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah.
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi.

# aku nak seranah pun nanti korang akan kata mulut aku pun sama taraf dengan mulut Hadi!

2 comments:

  1. Pas sekarang sesuai jadi ngo dakwah jer kerana ulamak2 dalam pas tidak reti lagi berpolitik.pendirian pun berubah2 mengikut perubahan jarum jam..perlembagaan tiada guna lagi..ikut kehendak tuang presideng..masa dengan PR pun dia khianat persetujuan bersama.dah menang dia dia nak UG dengan umno pulak$

    ReplyDelete
  2. PAS mencelarukan kesatuan matlamat PR disebabkan pemimpin PAS itu sendiri bercelaru. Yang mereka sedia dicucuk hidung menjadi tali barut UMNO tu, buat apa? Mengharap sangat kepada macai macam Wan Rosli, lingkuplah jadinya. PAS is already PAST!

    ReplyDelete