Tuesday, April 25, 2017

Mengenai Dr Zakir Naik dari Dr. Yazid

Dr Yazid Zul dari Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws UIA menulis tentang Dr Zakir Naik.

Dr ZAKIR NAIK, INTERPOL DAN EKTRADISI.

Sebahagian media dengan cukup agresif menyerang penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik. Dr. Zakir Naik telah dituduh terlibat dengan terrorisme, penggubahan wang haram dan pelbagai tuduhan lagi.

Akhbar terkini melaporkan bahawa mahkamah di India telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Dr. Zakir Naik dan menggesa Interpol agar menangkap Dr. Zakir Naik.

Golongan anti Dr. Zakir Naik pun dengan semangatnya melabel Dr. Zakir Naik sebagai terroris, pemecahbelah masyarakat dan macam-macam tuduhan lagi. Lebih dari itu, mereka menggesa agar Malaysia menangkap Dr. Zakir Naik dan menyerahkan Dr. Zakir Naik kepada kerajaan India.

Sebagai seorang yang mengajar undang-undang antarabangsa, saya ingin membuat sedikit komen:

1. TUDUHAN TERRORISME

Dr. Zakir Naik merupakan seorang penceramah terkenal. Beliau boleh dikatakan penceramah Islam yang paling dikenali di dunia, selepas Ahmad Deedat.

Populariti beliau menyebabkan beliau cukup dibenci oleh golongan anti-Islam. Ini tidak pelik. Beliau selalu mengislamkan golongan bukan Islam pada program-program beliau. Kepetahan beliau yang mampu membincangkan secara teliti dan membongkar kitab-kitab lama cukup dibenci oleh musuh-musuh beliau.

Meskipun begitu, sesiapa yang menonton ceramah-ceramah atau debat beliau di Youtube atau di mana-mana media lain akan mengakui bahawa beliau tidak pernah mengajak atau menyokong terrorisme.

Satu-satunya kenyataan beliau yang selalu diputarbelit oleh golongan yang membencinya ialah kata-katanya bahawa kita mesti meletakkan ketakutan (terrorize) di dalam hati perogol, penjenayah dan orang-orang jahat agar mereka tidak berani berbuat jahat.

Kenyataan inilah yang selalu diputarbelit kononnya beliau seorang pengganas. Sesiapa yang waras akan mengetahui bahawa konteks ayat yang digunakan oleh beliau bukanlah sebegitu.

Tuduhan bahawa Dr. Zakir Naik terlibat dengan keganasan berpunca daripada kenyataan beberapa pengganas yang mengatakan bahawa mereka di motivasi oleh ceramah beliau.

Tuduhan ini tak berasas. Jika begitu, Presiden Trump juga patut ditangkap bila golongan White Supremacist menyerang orang Islam kerana mereka mengaku diinspirasi oleh ucapan Presiden Trump yang anti-Islam.

2. UNDANG-UNDANG EXTRADISI

Menurut undang-undang ektradisi, seseorang yang dipercayai didakwa disebabkan oleh faktor agama atau kepercayaan tidak boleh di ektradisi.

Ekstradisi ni apa?

Ekstradisi ni proses undang-undang di mana seseorang diserah balik. Ia satu proses rasmi di mana satu negara atau negeri meminta dan dapat dari negara atau negeri lain penyerahan penjenayah yang disyaki atau dihukum.

Antara negara, ekstradisi dikawal oleh perjanjian. Antara kawasan subnasional (sebagai contoh, negeri-negeri di Amerika Syarikat), di mana ekstradisi diperlukan mengikut undang-undang dan lebih tepat dirujuk sebagai rendisi.

Secara amnya, setiap perjanjian serah balik memerlukan negara yang meminta penyerahan balik membuktikan bahawa:

- Jenayah yang berkenaan adalah cukup serius.

-Terdapatnya kes prima facie terhadap orang yang dimintai.

-Kesalahan yang berkenaan merupakan jenayah di kedua-dua negara.

-Orang yang diserah balik boleh menerima pembicaraan yang agak adil di negara penerima.

-Hukuman yang mungkin dikenakan adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Justeru, kerajaan Malaysia tidak perlu melayan kerenah mereka yang mahu Dr. Zakir Naik ditangkap melainkan sekiranya  kerajaan Malaysia yakin dengan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Selain itu, perlu ada tuntutan ekstradisi dari India.

3. MALAYSIA KERAJAAN BERDAULAT

Malaysia tidak perlu tunduk kepada mana-mana negara. Seiring dengan tanggungjawab Malaysia berdasarkan undang-undang antarabangsa, Malaysia tidak perlu menyerahkan Dr. Zakir Naik kepada mana-mana negara sekiranya Malaysia percaya pertuduhan tersebut prejudis atau bertujuan politik atau disebabkan oleh faktor agama dan kepercayaan.

Sebagai contoh, bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin yang lari ke Dubai (UAE) tidak ditangkap dan diekstradisi ke Thailand kerana kerajaan UAE percaya bahawa pendakwaan ke atas Thaksin bertujuan politik.

4. SEMUA KAUM PERLU DIHORMATI

Saya ingin mengambil kesempatan ini menegaskan bahawa semua kaum di Malaysia mesti dihormati. Sebagai contoh, golongan India dan Cina telah banyak menyumbang kepada kemajuan Malaysia sejak awal kemerdekaan lagi. Apa-apa ucapan yang provokatif mesti dielakkan khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.

Dalam konteks isu Dr. Zakir Naik, ratusan ceramah beliau yang saya teliti tidak berunsur provokatif. Saya ingin mengambil kesempatan ini menegaskan bahawa apa-apa kenyataan yang diambil sedikit sedikit dan dipotong di sana-sini boleh mengelirukan.

Sebagai contoh, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz pernah berkata bahawa kita tidak patut samseng, kerana sekiranya kita samseng, kita akan mendapati bahawa Tuhan lebih samseng lagi di hari akhirat kelak.

Sesiapa yang waras akan faham bahawa ayat ini bukanlah mengatakan tuhan itu samseng tetapi satu peringatan bahawa kita tidak patut berlaku zalim kerana tuhan sangat berat siksaannya di akhirat kelak.

Saya masih ingat betapa akhbar ketika itu melaporkan kononnya Tok Guru Nik Aziz mengatakan Allah samseng.

Ini satu manipulasi berita dan tidak menggambarkan etika kewartawanan yang baik.

Sekian.

Dr. Yazid, AIKOL

Labellah lagi: Bila terkena hidung sendiri........

Mahu jadi monyet atau biawak?
ABDUL NSER TUN RAHMAN - 25 APRIL 2017
Mahu jadi monyet atau biawak? Gambar hiasan

BARU-BARU ini, sebuah surat khabar Cina telah melukis sebuah kartun di mana Haji Hadi digambarkan sebagai 'monyet'. Netizen-netizen meluahkan pelbagai perasaan. Ada yang kaitkan ini dengan rasisme, atau usaha untuk menjatuhkan Islam dengan bersifat biadab pada seorang ulama.

Saya tidak setuju dengan kartun ini dan pihak surat khabar sudah pun meminta maaf. Tetapi saya tertarik dengan komen bahawa Haji Hadi sendiri sebelum ini pun pernah melabel musuh-musuhnya dengan pelbagai jenama seperti barua, anak taik, jebon dan biawak.

Maka, tiba-tiba terhasil diskusi antara saya dan sahabat Cina saya tentang biawak dan monyet. Mana satu jenama yang lebih mulia? Sahabat saya ini berhujah bahawa adalah lebih manis menggelar orang sebagai monyet daripada biawak.

 “Saya lebih suka menjadi monyet,” senyum kawan saya. “Kalau jadi monyet, saya boleh nakal-nakal.” Sahabat Cina saya ini memang nakal kerana ramai teman wanita.

Saya jawab balik, “Saya tak suka jadi monyet lompat-lompat. Saya mahu jadi biawak kerana saya suka berenang. Lautan Atlantik pun saya sanggup harungi. Berkarisma sungguh!”

“Tak bestlah jadi biawak!” Sahabat Cina saya tak sabar menyampuk. “Monyet melihat alam dari perspektif yang tinggi dengan melompat dari pokok ke pokok. Berkarisma macam Tarzan. Biawak hanya merayap dengan empat kaki sahaja. Tak boleh lompat-lompat tinggi!”

“Kamu salah,” saya pun balas balik. “Saya sebagai biawak, boleh hidup dalam dua alam iaitu boleh hidup di darat dan hidup di air. Monyet hanya boleh hidup di darat semata-mata. Melihat dunia dari satu perspektif sahaja. Mindset sempit dan prejudis.”

Sahabat saya tersenyum luas, “Bagi budaya Cina, monyet lebih mulia daripada biawak. Monyet boleh jadi dewa. Maka, kita ada dewa Hanuman iaitu dewa monyet. Dewa ini banyak hebat, mampu membunuh ramai musuh dalam satu masa. Mana ada dewa biawak dalam budaya Cina sebab ia tidak sehebat monyet yang mampu berdiri dan berkungfu seperti manusia. Biawak hanya tau merayap sahaja!”

“Apalah kita merapu ni,” saya berkata. “Apa-apa pun, lebih bermakna jadi manusia daripada jadi monyet dan biawak.”

Melalui isu biawak-monyet, saya cuba ajak sahabat saya bercakap tentang hakikat manusia. Kita sebagai manusia, kita ada akal dan keupayaan membina tamadun. Monyet dan biawak tak mampu bina tamadun. Mereka hidup untuk survival semata-mata. Manusia hidup bukan sekadar untuk survival tetapi untuk membina tamadun. ALLAH SWT telah mengangkat darjat manusia sebagai khalifah di muka bumi. Menjadi khalifah maknanya mempunyai kemampuan untuk membina tamadun.

Kita mudah sahaja untuk cerca musuh politik kita dengan gelaran biawak atau monyet tetapi sejauh manakah kita sendiri faham makna menjadi manusia? Apakah makna kita sebagai manusia?

Bila saya ditanya untuk jawab soalan apa itu Islam dalam satu minit, saya terus kata, “Islam itu bukan agama Tuhan walaupun ia adalah wahyu daripada Tuhan kerana Tuhan tidak memerlukan agama. Islam itu adalah agama manusia dalam erti kata manusia memerlukan agama untuk memahami hakikat dirinya sebagai manusia. Kalau mahu kenal siapa diri kamu dan apa itu kemanusiaan, fahamilah Islam.”

Siapakah seorang Muslim? Seorang Muslim ialah manusia yang sedar dirinya adalah manusia dan faham apa makna menjadi seorang manusia dan mengajak orang lain menjadi manusia sejati, tidak mencerca manusia lain sebagai biawak atau monyet.

Ada manusia tidak sedar dirinya sebagai manusia, lalu tidak berperikemanusiaan pada dirinya dan manusia lain. Hidupnya hanya untuk survival of the fittest semata-mata seperti monyet dan biawak.

Ada manusia yang sedar dirinya sebagai manusia tetapi tidak faham makna kemanusiaan. Lalu memperjuangkan hak-hak kemanusiaan seperti LGBT yang hanya merosakkan zuriat manusia. Ada yang sedar dirinya manusia dan faham makna kemanusiaan tetapi dia tidak berusaha untuk mengajak manusia lain untuk menjadi manusia sejati. Akhirnya dunia semakin dimonopoli oleh manusia bersifat binatang.

Sebelum menggelar orang lain sebagai biawak atau monyet, cuba tanya siapa diri kita sendiri.

- Abdul Nser Tun Rahman, Tokoh Pendakwah Perak

Berita yang mengingatkan kita kepada 'Pencerobohan Sabah'

Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan
Agensi |  April 24, 2017 23:57 MYT
Menteri pertahanan, ketua tentera Afghanistan letak jawatan
Menteri Pertahanan Afghanistan Abdullah Habibi meletak jawatan susulan serangan militan Taliban pada Jumaat. REUTERS
KABUL: Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menerima peletakan jawatan menteri pertahanan dan ketua tenteranya pada Isnin, selepas serangan Taliban paling dahsyat terhadap sebuah pangkalan tentera pada Jumaat, menurut pejabat presiden.

"Menteri Pertahanan Abdullah Habibi dan Panglima Tentera Qadam Shah Shahim meletak jawatan berkuatkuasa serta merta," istana presiden mengumumkan melalui akaun Twitter.

Shah Hussain Murtazawi, pemangku jurucakap Ashraf Ghani, memberitahu Reuters peletakan jawatan itu adalah kerana serangan tiga hari lepas ke atas sebuah pangkalan tentera utama di bandar Mazar-i-Sharif.

Pada Jumaat, kira-kira 140 tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan militan Taliban yang menyamar askar dengan memakai pakaian seragam tentera.

Kira-kira 10 militan Taliban yang mengenakan pakaian seragam tentera Afghanistan dan memandu kenderaan tentera, dilaporkan memasuki pangkalan tentera di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan, menyasarkan askar yang sedang makan dan meninggalkan masjid selepas solat Jumaat.

Ashraf Ghani mengisytiharkan Ahad sebagai hari berkabung dan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang.

Pada Isnin, sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di luar istana presiden di Kabul menuntut peletakan jawatan pegawai pertahanan tertinggi Afghanistan susulan serangan itu.

Berat doh minoh rambut merah tak bertudung ni......

Siti Kassim desak supaya islam sebagai Agama persekutuan dimansuhkan dan desak agar kerajaan tidak campur tangan

Putrajaya: Puluhan laporan polis telah dibuat di seluruh negara ke atas Kassim Ahmad yang dipetik sebuah portal liberal mencadangkan supaya Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dimansuhkan. 
Beliau juga mendesak supaya pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama Islam kerana mendakwa pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama. 

“Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama”, katanya seperti yang dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Government have no business meddling in Islam, says scholar Kassim’ seperti yang disiarkan sebuah portal atas talian. 

Rata-rata orang ramai dan netizen yang terlibat menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap pernyataan biadap dan menghasut tokoh tersebut. Mereka yang melaporkan kepada pihak polis bergambar dan berkongsi status mereka itu di media-media sosial. 

Laporan yang dibuat di beberapa tempat seperti Kuala Kerai, Kelantan, Johor Bahru, Johor, Sg Nibong, Pulau Pinang, Pekan, Pahang, sehinggalah ke Kajang, Selangor dan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Baru-baru ini, aktivis peguam seperti CENTHRA, CLJ, YP, PPMM & iPeguam menggesa supaya kenyataan yang dibuat oleh Kassim Ahmad disiasat di bawah Akta Hasutan kerana Perkara 3(1) tidak sesekali terbuka untuk dibahaskan oleh sesiapa.

sumber menara.my via suaaramarhaenn

Arahan bangang Ketua Penerangan DUP: PAS ditegur, adakah mereka mendengar?

'Berundinglah PAS...'
mk   Hari ini, 9:28 pagi
Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, menegur pimpinan partinya yang dianggap bongkak dalam percaturan mereka menghadapi pilihan raya.

Kata Mahfuz, kenyataan supaya parti pembangkang lain memberi laluan PAS bertanding berdepan dengan Umno tidak wajar dibuat oleh mereka ketika ini.

Pada masa sama, kata beliau, kenyataan seumpama itu akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi.

"Ahli tegar PAS mungkin akan rasa seronok. Tetapi PAS kena ingat yang kemenangan PAS dulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli PAS semata-mata," katanya dipetik Sinar Online hari ini.

Kelmarin seorang daripada pimpinan utama PAS menyatakan, parti lain tidak boleh meletakkan calon masing-masing di kerusi yang ditandingi PAS bagi berdepan dengan Umno.

Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Dan ketua penerangan Dewan Ulama PAS itut sekali lagi menegaskan kesungguhan PAS bertanding di 80 kerusi parlimen.

"PAS bertanding di 80 kerusi Melayu berhadapan dengan Umno. Pakatan Harapan jangan masuk. Parti Amanah Negara (AMANAH) jangan masuk. PBBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia -- BERSATU) pun jangan masuk. PKR bertanding di kerusi mereka PRU ke-13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya melalui kemas kini status di Facebook.

Tak pernah menang

Tetapi, kata Khairuddin, tidak dapat dipastikan sama ada AMANAH sanggup untuk tidak bertanding dalam pilihan raya.

"Atau mahukah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada AMANAH di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada PRU ke-13?" katanya.
Seorang lagi pimpinan utama PAS sebelum ini menyatakan 'sifir' 80 kerusi itu adalah jalan untuk parti berkenaan menawan Putrajaya.

Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Razman Zakaria, berkata dengan kemenangan mereka di 80 kerusi parlimen, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menjadi perdana menteri.

Menurut percaturan Razman, keadaan itu dapat berlaku dengan 'sumbangan' 40 lagi kerusi daripada Umno dan 45 lagi daripada parti di Sabah dan Sarawak.

Mahfuz berkata kenyataan sebegitu tidak membantu untuk PAS membina keyakinan masyarakat terhadap mereka, malah akan menjauhkan pengundi terutama di kalangan bukan ahli parti.

Katanya, dari segi lain kenyataan Khairuddin juga seolah-olah​ menggambarkan rasa cemas PAS untuk menghadapi PRU ke-14.

"Pas sepatut berundinglah. Bertanding tak sampai 80 kerusi dulu pun PAS tak pernah menang," katanya yang mempunyai pengalaman lama dalam parti berkenaan.

Monday, April 24, 2017

Seandainya tak terlibat secara langsung, adakah KM terlepas dari tanggungjawab moral?

Rasuah: Pemimpin Umno Melaka bakal didakwa Selasa ini
mk    23 Apr 2017, 7:56 malam
Pemimpin Umno yang rapat dengan pentadbiran negeri Melaka bakal didakwa atas pertuduhan rasuah pada Selasa ini, demikian menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada bulan November yang lalu, SPRM telah merampas lebih RM150 juta dalam bentuk wang tunai, kenderaan, aset dan dokumen dari pemimpin berkenaan dalam siasatan pengubahan wang haram.

Ia berlaku selepas anggota exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi meletak jawatan selepas berdepan pendakwaan rasuah pada minggu lepas.

Sumber itu memberitahu Malaysiakini, ahli politik tersebut mempunyai kaitan dengan pegawai atasan kerajaan.

Beliau juga digantung tugas dalam pentadbiran selepas disiasat SPRM tetapi dilaporkan oleh akhbar tempatan berbahasa inggeris telah dilantik untuk memegang jawatan di Pusat Khidmat Umno bahagian Tangga Batu.

Tangga Batu adalah kawasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Idris menafikan dakwaan bahawa beliau memberi jawatan penting dalam Umno Melaka kepada seorang ahli politik yang pernah dikaitkan dengan kes rasuah sebelum ini.

Idris berkata, beliau tidak pernah melantik individu terbabit secara rasmi memegang sebarang jawatan penting dalam pertadbiran parti seperti yang didakwa akhbar tempatan berbahasa Inggeris.

"Saya hanya arah beliau untuk melaksanakan pemantauan demi kelicinan jentera parti dan bukannya terlibat dalam urusan mentadbir jentera parti,"katanya kepada pemberita pada majlis sidang media ketika menghadiri Program Bandaraya Penyayang sempena Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah kali ke-14 di rumah seorang penerima bantuan bagi kawasan Tangga Batu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa beliau melantik seorang pegawai kanan kerajaan bergelar yang sebelum ini pernah ditahan direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka.

"Saya hanya melantik beliau bagi memastikan kerja-kerja pemasangan bendera dan sepanduk (Barisan Nasional) mengikut peraturan (yang ditetapkan).

"Kalau itu pun nak dijadikan isu besar...saya tak tahu kenapa kerana (tugasan) itu bukanlah jawatan yang membabitkan kepimpinan atau pentadbiran parti tetapi (hanya) pemantauan," katanya

Biar betul dakwaan ini: Belum berkuasa apa-apa dah jual jawatan?

Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu?
FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDHUAN NOR ASHAHA - 24 APRIL 2017
Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu? Tawaran menjual jawatan ketua bahagian dengan harga RM250,000 menerusi WhatsApp didedahkan sumber kepada Sinar Harian

SHAH ALAM - Belum pun reda kemelut ahli keluar parti, Bersatu terpalit pula dakwaan wujud aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor.

Mendedahkan perkara itu kepada Sinar Harian, sumber yang berkepentingan dalam parti itu mendakwa, seorang individu telah ditawarkan jawatan ketua bahagian Bersatu di negeri itu namun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

Beliau mendakwa, antara syarat tawaran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp itu ialah individu itu perlu membayar RM250,000 untuk mendapatkan jawatan tersebut selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi ketika jawatan itu menjadi miliknya.

"Selain wang tunai yang perlu diberikan, syarat lain yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan pejabat kekal, mengekalkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut ranking, memberikan gaji kepada setiausaha dan meneruskan serta menambah program di bahagian tersebut.

“Itu baru satu bahagian. Bagaimana pula dengan bahagian Bersatu yang lain?,” dedahnya kepada Sinar Harian.

Sumber tersebut turut mendedahkan, ada kalangan ketua bahagian parti itu berstatus muflis tetapi tetap dilantik.

“Malah, beberapa ketua bahagian juga didakwa mempunyai rekod dikehendaki polis.  Bagaimana lantikan dan sumpah ikrar terhadap presiden parti itu boleh dilakukan sekiranya ada ketua bahagian muflis dan mempunyai rekod polis?

“Sebelum lantikan dibuat, seharusnya kesemua calon ketua bahagian diselidik latar belakang mereka. Tidak sukar untuk menyemak sejumlah nama ini,” katanya.

Sementara itu, sumber tersebut mempersoalkan adakah pucuk pimpinan tertinggi Bersatu menyedari perkara tersebut atau adakah lantikan itu dilakukan secara tangkap muat bagi membuktikan bahawa mereka merupakan parti yang sudah bersedia berdepan PRU14 nanti.

“Pucuk pimpinan tertinggi Bersatu seharusnya memandang serius berhubung apa yang berlaku di negeri ini. Jangan kerana nila setitik, perjuangan Bersatu terus berkubu,” katanya.

Katanya, tindakan beberapa individu ini telah merosakkan parti dan ia telah melemahkan semangat akar umbi.

“Mereka membawa budaya politik dari parti-parti tertentu. Kita di bawah mahukan pemimpin yang benar-benar ikhlas bagi membawa negara ke arah yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan respons Bersatu berhubung dakwaan ini.

KaitanAhli mohon pemimpin 'bersihkan' Bersatu

Kerana adik, abang jadi pembunuh......

Remaja mati dipukul akibat ber'dating'
Astro Awani |  Diterbitkan pada April 24, 2017 17:54 MYT
Mohd Ayieruchizamsyah Lambang didapati meninggal dunia di dalam biliknya pada pagi ini. - Astro AWANI

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun selepas dia dipercayai memukul teman lelaki adiknya sehingga mati, dalam kejadian pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, suspek sebelum itu ternampak adik perempuannya bersama mangsa di padang taman perumahan.

“Suspek kemudiannya berang dan memarahi kedua mereka sebelum bertindak menumbuk muka serta memukul teman lelaki adiknya menggunakan kayu di bahagian tengkuk.

“Orang awam yang berada di kawasan berhampiran kemudiannya menghalang suspek daripada terus memukul mangsa.

“Siasatan awal mendapati, suspek berang kerana adik perempuannya sebelum ini pernah beberapa kali lari dari rumah mengikut teman lelakinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, 16, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara di Tawau.

Selepas dipukul, mangsa pulang ke rumah dan sempat memaklumkan kepada ibunya mengenai kejadian itu sebelum ditemui tidak sedarkan diri pagi tadi.

Tambah Fadil, pihaknya kini menahan suspek bagi melakukan siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Kleptokrasi Najib: Kenapa MCA, Gerakan kecut?

Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib?
24 April 2017 | MOHD ALI HASHIM
Nurul Izzah turut berucap di Tasek Gelugor bersama Tun Mahathir dan Husam

Fakta bahawa pemimpin MCA dan Gerakan tidak berani menegur kleptokrasi yang diamalkan perdana menteri Datuk Sri Najib Razak membolehkan calon mereka tidak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

Demikian kata Datuk Husam Musa ketika memberikan ceramah di Tasek Gelurgor semalam.
Orang ramai yang penuh dalam khemah ketika ceramah di Tasik Gelugor semalam

Husam yang memberikan ceramah bersama Tun Dr Mahathir dan Nurul Izzah Anwar bertanya, kenapa sehingga kini tiada seorang pun dari pimpinan MCA maupun Gerakan yang berani bersuara untuk menegur kleptokrasi yang diamalkan Najib.

Sejak sekian lama isu ini dibangkitkan sehigga ke Parlimen, tetapi pimpinan MCA dan Gerakan semakin membisu seribu bahasa.

Apakah mereka tidak faham apa yang sedang dipersoalkan oleh rakyat atau terpaksa membisu seribu bahasa.

Tanya beliau lagi, apakah MCA dan Gerakan yang telah pun sedar bahawa Najib tidak layak untuk memimpin negara dan komponen parti mereka tidak mempunyai pendirian.


"Mana pendirian MCA dalam isu 1MDB yang begitu banyak diperkatakan sehingga ke hari ini oleh rakyat maupun pimpinan pembangkang.

"Apakah Parti Gerakan juga goyang dan tidak mempunyai pendirian setelah tahu bahawa skandal yang melibatkan Najib dalam isu kewangan negara begitu terserlah.

"Kenapa kedua-dua parti komponen BN tersebut tidak langsung bersuara setelah begitu banyak kleptokasi dan penyelewengan membabitkan Perdana Menteri dibongkar," kata Adun Salor Kelantan itu.

Tegasnya lagi, sekiranya kedua-dua parti tersebut tidak berani untuk mengeluarkan bantahan terhadap kejelekan yang dilakukan oleh Najib dalam isu 1MDB, secara jelas membuktikan bahawa MCA dan Gerakan tidak layak untuk menerima mandat rakyat lagi.

"Sepatutnya MCA dan Gerakan berjuang untuk kepentingan negara dan bukannya untuk mempertahankan kedudukan Najib.

"Penyelewengan, kerugian dana negara dan wang rakyat harus ditentang tidak kira siapa yang melakukannya.

"Kalau sudah tahu Najib terlibat, kenapa MCA dan Gerakan tidak berani menentang kleptokrasi dan skandal tersebut, tidak beranikah mereka, " jelas naib presiden Amanah itu lagi yang mendapat tepukan ribuan hadirin yang membanjiri program ceramah tersebut.
Orang ramai melimpah keluar khemah di Tasek Gelugor semalam

Oleh kerana itu katanya, rakyat negara ini harus membuat perubahan dalam pilihan raya yang begitu hampir tidak lama lagi.

Malah katanya, negara tidak harus ditadbir oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai sepertimana yang sedang dipertontonkan oleh Najib dan pimpinan Umno serta BN dan sekutunya.

Justeru itu tambahnya, PH telah pun mempunyai pasukan pimpinan yang 'reliable' serta boleh dipercayai bagi menggantikan Umno dan BN untuk menerajui negara.

Rentetan itu, rakyat harus membuat pendirian tegas dengan menolak Umno dan BN serta yang seiring dengannya dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Tun Mahathir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah serta mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan kepimpinan PH Pulau Pinang.

Korea Utara bersedia menenggelamkan 'binatang jijik’

Korea Utara sudah bersedia tenggelamkan 'binatang jijik' Amerika Syarikat
Agensi |  Diterbitkan pada April 23, 2017 15:53 MYT
Kapal perang USS Carl Vinson kini sedang mengadakan latihan ketenteraan di perairan barat lautan Pasifik bersama sekutunya Korea Selatan dan disertai tentera Jepun. - Courtesy U.S. Navy/Handout via REUTERS

SEOUL: Korea Utara berkata negara itu kini bersedia untuk menenggelamkan kapal pengangkut pesawat tentera Amerika Syarikat sebagai membuktikan kekuatan tentera negara itu.

Kapal perang USS Carl Vinson kini sedang mengadakan latihan ketenteraan di perairan barat lautan Pasifik bersama sekutunya Korea Selatan dan disertai tentera Jepun.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini mengarahkan kapal perang itu agar berlayar ke perairan Korea susulan meningkatnya ketegangan di rantau itu.

Kapal itu dijangka tiba dalam tempoh beberapa hari lagi.

Korea Utara bagaimanapun terus mengambil pendirian enggan tunduk kepada sebarang ancaman luar.

“Tentera revolusi Korea Utara kini dalam situasi bersedia untuk menenggelamkan kapal perang dengan satu serangan sahaja,” lapor Rodong Sinmun, akhbar milik parti pemerintah, Parti Buruh.

Akhbar itu menyamakan kapal perang Amerika Syarikat itu sebagai ‘binatang jijik’ dan sebarang serangan akan menggambarkan kekuatan Pyongyang, katanya dalam ruangan komentari.

Korea Utara akan menyambut ulangtahun ke 85 penubuhan angkatan Tentera Rakyat Korea pada Selasa ini.