Friday, April 29, 2016

Saja nak kenalkan anggota baru keluarga (cucu-cucu) dalam blog baru ini

Yang sulong dari anak kedua saya 
Ungku Zul Farrel Ungku Mohd. Zulkifli
Ungku Zul Farrel - 22 bulan
Agak-agak mewarisi hobi Datuk.........climbing!
Renung adiknya yang masih bertali pusat
baru lahirkan di rumah
Ungku Zul Farrel juga lahir di rumah
Ungku Zul Farrez Ungku Mohd. Zulkifli  - 10 hari
Anak kedua dari Anak Sulong saya
Khairunnisa' Mohd. Yusof - 3 bulan
Anak sulong kepada anak sulong saya
Haris Salahuddin Mohd. Yusof  - 4 tahun

Thursday, April 28, 2016

Pencipta hantu mungkin akan berkubur!

Generasi muda utamakan kawan berbanding kaum – tinjauan
 | April 28, 2016
Perkara itu didedahkan menerusi siri kedua kajian CENBET yang membabitkan 1,056 penduduk di Semenanjung Malaysia.
chenbet
PETALING JAYA: Meskipun rasisme dikatakan semakin mencengkam Semenanjung tanahair, tinjauan Centre for Better Tomorrow (CENBET) memberi beberapa petunjuk memberangsangkan untuk masa hadapan kepelbagaian kaum.
Tinjauan itu mencerap maklum balas daripada 1,056 responden di kawasan bandar dan luar bandar Semenanjung Malaysia, dari Pulau Pinang dan Pantai Timur hingga ke Johor.
Dibahagikan mengikut empat braket umur (18-25, 26-35, 36-45 dan 56 ke atas), tinjauan dibuat secara rawak, bersemuka dan berdasarkan penilaian kendiri kecenderungan perkauman responden.
Dari segi hubungan kaum, 42% dalam kalangan braket umur pertama (18-25) dan 31% (26-35) daripada braket umur kedua mendahulukan kawan berbanding kaum, manakala 49% dan 56% daripada braket umur yang sama memilih kawan tanpa melihat warna kulit.
Kecenderungan itu ditunjukkan meskipun 30% dan 31% daripada braket umur yang sama mengakui ada unsur-unsur rasisme dalam diri mereka.
Malah, 49% dan 38% daripada braket umur yang sama bersetuju Malaysia berada di ambang pergaduhan antara kaum.
“Kajian ini diharap dapat membantu kerajaan untuk merangka dasar dan kemudian menilai pelaksanaan satu-satu dasar itu,” kata Presiden CENBET, Gan Ping Sieu.
Tren mendahulukan insan berbanding kaum turut ditemui dalam dinamik ekonomi dan politik antara kaum.
Warna kulit bukan faktor dalam penilaian penganugerahan projek, pengambilan kakitangan baharu dan langganan perkhidmatan buat 88% daripada braket umur pertama dan 82% daripada braket umur kedua.
Hanya 9% dan 15% daripada braket umur yang sama mengambil kira faktor warna kulit.
Ditanya sama ada dasar berasaskan kaum relevan atau tidak, 45% daripada mereka yang berumur 18 ke 25 tahun dan 51% mereka yang berumur 26 ke 35 tahun mengatakan tidak.
Rata-ratanya sedia memilih wakil rakyat daripada kaum berbeza (63% dan 55%), dan 26% daripada braket umur pertama dan 21% daripada braket umur kedua sedia menerima bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.
66% dan 70% dalam kalangan braket umur yang sama menolak.

# Maknanya momok yang dicipta UMNO sudah tidak digeruni lagi oleh generasi muda dan pencipta hantu mungin akan berkubur!

Pandangan ni aku setuju

Perbalahan PKR-DAP hakis keyakinan rakyat

 | April 28, 2016
Ramkarpal berkata, perebutan kerusi antara sekutu dalam Pakatan Harapan telah mengecewakan rakyat Sarawak
ramkarpal-dap-pkr-sarawak
KUCHING: Perbalahan berterusan antara PKR dan DAP berhubung pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak bersetuju dengan perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu, di mana kedua-dua pihak enggan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.
“Terus terang saya katakan, pertandingan tiga penjuru antara ahli Pakatan sendiri sangat tidak wajar.
“Tetapi, saya rasa sampai ke tahap tertentu, rakyat telah dikecewakan oleh tindakan tidak bertanggungjawab itu.
“Ia akan menghakis keyakinan orang ramai. Tetapi, kami (Pakatan Harapan) akan cuba terangkan kepada rakyat, bagi mengembalikan keyakinan mereka,” katanya kepada FMT, semalam.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang kesal dengan isu itu, turut mengikut jejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang memohon maaf kepada rakyat.
“Apa pun, ia telah berlaku. Amat dikesali perkara sedemikian berlaku dan sudah tentu kami ada sebab tersendiri dan PKR juga mempunyai alasan mereka.
“Kami memohon maaf kepada pengundi Malaysia dan Sarawak, kerana tidak dapat memastikan pertandingan satu lawan satu.
“Tetapi apa pun, kami perlu teruskan,” katanya kepada FMT selepas menghadiri satu ceramah DAP, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan sebagai berkata, parti itu bersedia menarik diri daripada bertanding di kerusi Batu Kitang dan sebagai pertukaran, PKR perlu berundur daripada lima kerusi lain yang turut ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR semalam menegaskan, mereka tidak akan menarik diri daripada enam kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, seperti yang dicadangkan sekutunya, DAP.

Laa.......patut ler......baru berapa bulan di kerusi tu, negeri dijadikan milik peribadi!

Ikut perangai sape tu?

EXCO Terengganu tidak pernah bincang isu beri pulau pada Dr Zakir
 | April 28, 2016
EXCO Terengganu tidak pernah bincang isu beri pulau pada Dr Zakir
ghazali-taib_ahmad-razif_zakir-naik_600
KUALA TERENGGANU: Cadangan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib mendedahkan cadangan sebaliknya keputusan peribadi Ahmad Razif dan beliau mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.
“Oleh kerana Menteri Besar yang cakap, maka kena tanya pada beliau. Isu ini juga tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya kepada FMT.
Malah, menurut ADUN Ajil itu sebarang penggunaan rizab tanah Kerajaan Terengganu hendaklah mendapat persetujuan daripada Tuanku Sultan.
“Semua tanah di Terengganu ini selain milik individu, adalah kepunyaan kerajaan dan Raja. Bahkan keputusan muktamad Ahmad Razif (mahu beri tanah kepada Dr Zakir Naik) terletak pada Tuanku Sultan. Kalau Tuanku Sultan kata tidak boleh maka kena akur malah, membuat pengumuman tanpa maklum kepada Tuanku Sultan pun sudah dikira salah,” katanya.
Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri mungkin menyebarkan ajaran sesat.
Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di negeri itu.
Tindakan Ahmad Razif menyokong pendakwah kontroversi juga diduga sebagai punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.

Pakatan Pembangkang: Hanya dua parti saja boleh 'diyakini'

Only a DAP-Amanah Opposition pact ‘believable’, says Zaid

 | April 28, 2016
Former minister says the two parties have a close affinity with each other and should only maintain a "loose arrangement" with PKR.
zaib-ibrahim_sarawak_pakatan_600_1
PETALING JAYA: After the disappointing squabble over seats between DAP and PKR in view of the Sarawak election next month, former law minister Zaid Ibrahim now feels that the only “believable” Opposition pact would be one between DAP and Parti Amanah Negara (Amanah) minus PKR.
He said this was the third time DAP elder Lim Kit Siang has had to “grovel” and apologise to the people for friction among those within the Opposition pact, the first being the 13th General Election in 2013 and later when PAS exited Pakatan Rakyat.
“The Opposition has always been fractious but to show its penchant for disunity in the way it has in the Sarawak election is unforgivable,” Zaid wrote in his blog today.
“The best hope for a truly believable Opposition pact is between DAP and Amanah. The two parties have a close affinity and should constitute the core Opposition,” Zaid suggested, confident that discussions on seat allocation between the two would be “more meaningful” as there was a higher chance both would honour any arrangements agreed upon.
He said the DAP-Amanah pact could maintain a “loose arrangement” with PKR although he advised against forming any future electoral pacts as these were a waste of time and would likely only lead to “worse acrimony”, something Barisan Nasional would use to their advantage.
Zaid also voiced his reservations over PKR, saying it was a party that believed one of its leaders i.e. Anwar Ibrahim, would be the next prime minister should Umno exit the political scene.
He also said PKR was however divided in that while Nurul Izzah, Rafizi Ramli and Saifuddin Nasution would likely have “important key positions” should Anwar become PM, there was already another group within the party led by its deputy president Azmin Ali who already believed the party was under their control, and that it was they who would make key decisions and not anyone else.
“PKR under Azmin will be flexible and it is not inconceivable that PKR+PAS or PKR+Umno deserters will be on the menu for the consideration of voters,” Zaid predicted.
Political pacts aside, Zaid said politicians should start offering Malaysians a credible political platform that took the interests of the people to heart, and added, “They need only form alliances with a view towards forming a government after they have obtained the mandate of the people when the General Election results are known.”
He said there was no need for Opposition politicians to follow the BN formula of “ganging up to win as many seats as possible” regardless of the individual party’s manifestos.

Pakatan Harapan masih mewarisi sikap dan tingkah laku "degil"

Isu berkaitan pertindihan calon antara DAP dan PKR,  di lima kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak; Mambomg, Ngemah, Simanggang, Batu Kitang dan Murum,  memperlihatkan kewujudan Pakatan Harapan masih belum mampu untuk lari daripada bayangan konflik sebagaimana yang wujud dalam Pakatan Rakyat. Ini bermakna, parti-parti politik yang membentuk Pakatan Harapan masih mewarisi sikap dan tingkah laku "degil" dalam mengendali konflik kepentingan sesama sendiri.

Secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Harapan, bukanlah pakatan yang dapat memberikan harapan terhadap usaha untuk memperkukuh integriti dan akauntibiliti. Juga, menjadi tanda soal dalam konteks keupayaan dalam mengurus perbezaan pandangan serta ideologi politik, ini tentunya memberi kesan kepada potensi pengurusan politik dan pentabiran negara, seandainya berpeluang menjadi parti pemerintah.

Senario pertindihan calon, berlaga sesama sendiri, menggambarkan kalangan anggota Pakatan Harapan tidak mempunyai daya kreativiti dan kemahiran yang tinggi dalam aspek keberkesanan komunikasi, keupayaan perundingan, wujudnya konflik personaliti dan juga terpantulnya kelemahan akal budi. Kesan daripada itu, sukar untuk membentuk situasi menang, menang. Apalagi untuk membina realiti belajar untuk bersetuju, dalam keadaan tidak bersetuju. Fenomena pertindihan calon ini juga memperlihatkan ketidakupayaan untuk membina kerjasama dalam situasi sukar bagi mencapai matlamat bersama.

Persoalannya, apakah dengan realiti ketidakmampuan mengurus konflik tuntutan sesama anggota dalam Pakatan Harapan, membolehkan Pakatan Harapan untuk terus hidup sebagai model kerjasama politik alternatif kepada Barisan Nasional? Apakah rakyat berkesanggupan untuk terus memberikan harapan kepada Pakatan Harapan, bagi menggerakkan perubahan politik dan seterusnya membentuk reformasi politik negara? Atau blok ketiga akan muncul menjadi juara dan peneraju reformasi politik yang mampu memecah benteng Barisan Nasional? - Zulhanin Ab. Ghani

Mengimbau masa lalu......

Saya pasti ramai di dalam ni masih ingat 2 September 1998.

Saya tidak pernah lupa. Saya ambil kapal terbang (kali pertama naik kapal terbang domestik) dari Kuantan ke KL bila ditelefon jam 10pg bahawa Saudara Anwar akan dipecat.

2 minggu saya di KL ada beberapa helai baju saja. Tidur di pejabat PKPIM di Kg Baru. Pergi mana2 membonceng dgn Sdr Amidi Abdul Manan naik motor Honda Cup dia (dia presiden PKPIM pada ketika itu).

Kerja pertama diberikan kepada saya ialah menjadi pengarang Suara Mahasiswa yang pertama. Tiap2 hari di UIA UPM dll kami pimpinan siswa ketika itu turun bakar Utusan ramai2. Kami edar Suara Mahasiswa sebagai simbolik media perdana tak boleh pakai.

Malam bagi ceramah kecil2 kalau tidak ke rumah DSAI.

Saya diminta meninggalkan negara cepat takut ada tangkapan. Jadi saya balik ke UK lebih awal sebelum 20 September. Pada hari itu pimpinan siswa lain - Amidi, Shabrimi semua ditahan dibawah ISA.

Masa itu tidak ada KEADILAN. Tidak ada parti. Tidak ada strategi politik. Tidak ada jawatan. Tidak ada ego.

Yang ada hanya mencari kebenaran dan membela mereka yang dizalimi. Ketika itu saya yang tidak pernah ada apa-apa hubungan kepartian turun kerana naluri kita membenci yang zalim.

Saudara Anwar dizalimi dan beliau mengajak rakyat melawan yang zalim. Kita sokong beliau kerana kita rasa beliau berada di pihak yang benar.

Anwar bercakap benar, Anwar cuba berlaku adil, Anwar jujur. Yang musuh rakyat pada ketika itu Mahathir pula berbohong, zalim, pecah amanah. Matlamat menghalalkan cara.

Sekarang kita semua jadi orang politik. Semua ada jawatan baik bergaji atau tidak.

Semua bincang strategi politik.

Saya harap kita tidak pernah sekali pun melupakan kenapa kita turun pada 2 September 1998 atau pada 20 September 1998.

Kita mencari kebenaran. Kita melawan yang zalim. Kita benci pembohongan dan pembodohan.

Malanglah sekali jika selepas begitu banyak pengorbanan dan parti yang lahir dari semangat itu sudah di ambang kuasa; kita lupa kenapa kita masuk gelanggang dulu2.

Kita boleh bersaing, boleh ada strategi. Kita boleh berunding dengan sesiapa.

Tapi jangan lupa niat di hati dan jangan sampai ketepikan naluri mencari kebenaran. Berkatalah benar walaupun itu kepada ayah kita sendiri atau pemimpin yang kita sayangi.

Berlakulah adil kepada semua. Jika tidak sia-sialah kerana reformasi yang kita laungkan itu sudah lompong.

Rafizi Ramli
Anak muda umur 21 tahun pada 2 September 1998

Wednesday, April 27, 2016

Menakutkan: Banyaknya hutang negara yang anak cucu kena tanggung!

RM587 bilion, banyaknya hutang Malaysia
Posted on Wednesday, April 27 @ 16:18:50 MYT by paktam
Oleh AHMAD AMZAD HASHIM

ADA beberapa perkara yang sempat saya catatkan daripada Wacana Ekonomi Terengganu 2016 yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort kelmarin 26hb April 2016.

Wacana ini menampilkan tokoh ekonomi seperti Prof Dr Anuar Ahmad, mantan Naib Canselor UNISEL dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, mantan Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, mantan penasihat Ekonomi kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya diminta menjadi moderator dalam Wacana berkenaan.

Menurut angka rasmi daripada Kerajaan Malaysia, jumlah Hutang Luar Negara 2015 adalah RM587 Billion. Untuk jumlah hutang sebegitu, anggaran jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar pada setiap tahun adalah RM21 Billion. 

Ini menjadikan nisbah hutang luar negara Malaysia sudah mencapai 55.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Iaitu sudahpun melepasi tahap 55 peratus yang ditetapkan sebagai kritikal oleh Kementerian Kewangan sendiri.

Saya ada membangkitkan bagaimana pula dengan ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (Umno) di Sidang Parlimen Sukuan ke Tiga tahun 2015 lalu yang menerangkan keadaan kewangan yang lebih tenat dengan Hutang Luar RM847.9Billion. 64 peratus dari KDNK. Paras Hutang isi rumah 84 peratus, tertinggi di benua Asia?

Dijawab mungkin itu berasaskan analisa ekonomi bukan sumber rasmi kerajaan. Tengku Razaleigh Hamzah adalah mentan menteri kewangan Malaysia dan seorang pakar ekonomi yang pernah menjadi penasihat Bank Dunia.

Hutang 1MDB sebanyak RM42 Billlion disebut sebagai hutang swasta syarikat 1MDB. Jumlah bayaran faedah untuk hutang ini setiap tahun RM2.6 Billlion.

Mengejutkan Laporan tiga hari lalu Arul Kanda, CEO 1MDB menyebut, ekoran pertikaian 1MDB dan IPIC, Putrajaya akan tanggung hutang 1MDB pula!

Pendapatan GST ternyata tidak kembali dalam bentuk faedah kepada rakyat seperti dijanjikan kerajaan. RM28 juta setahun GST habis untuk bayar faedah hutang luar sahaja.

Terengganu mengalami Penguncupan Bajet

Asal Bajet yang dibentangkan bernilai RM2.3 Billion. Sebahagian besar bulat bulat bergantung melalui pembiayaaan RM1.7B Dana Khas Persekutuan. Itu lebih 80 peratus sumber pendapatan Terengganu.

Ekoran kejatuhan harga minyak, maka Dana Khas pun kena dipotong oleh Kerajaan pusat. (Pelik, pusat masih berdolak dalih bahawa Terengganu berhak kepada Royalti Petroleum dalam masa yang sama menyebut nilai pasaran minyak mentah dalam tentukan bayaran dana khas)

Dari Bajet RM2.3Billion, cuma tinggal RM640juta

Belanja bayar gaji kakitangan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sekitar RM200juta setahun. Belanja perbekalan setahun RM300juta setahun.

Wang tidak cukup kerana Kerajaan Terengganu gagal mengurus negeri dalam menambah pendapatan negeri. Terlalu bergantung duit minyak.

Tanpa wang minyak, Terengganu tak cukup wang.

Berbeza semasa PAS memerintah 5 tahun. Cuma sempat terima sekali bayaran royalti RM400juta pada tahun pertama. Berjaya mencari asas baru pendapatan hingga Kerajaan diurus dengan baik. Kecualikan bayaran cukai pintu kediaman, cukai bakul, tol jambatan. Mudahkan rakyat miliki tanah untuk rumah kediaman. Pulihkan syarikat milik kerajaan yang rugi menjadi untung.

Misalnya TDM yang sebelumnya rugi mula beruntung

Malah ketika PAS kalah dan kerajaan negeri diambil alih BN, masih ada simpanan wang ratusan juta.
Bajet tahunan Terengganu sekitar RM2 Billion setahun walau rakyatnya cuma 1.2juta penduduk. Selangor pun berbelanja RM2Billion, tapi penduduknya 6 juta.

Terengganu belanja RM2 Billion setahun, tak cukup kena ada hutang lagi RM1billion lebih. Selangor dengan bajet begitu mampu kumpul simpanan rezab hingga RM3.6Billion.

Kelantan bajetnya RM500 juta tetap lancar pentadbiran malah maju sejahtera. Pahang pun sekitar RM800 juta sahaja setahun.

Azrul Azwar membentang banyak fakta teknikal berhubung persekitaran makroekonomi, angka-angka petunjuk yang perlu dibuat rujukan dan mengulas penelitiannya berhubung prospek pelaburan masa hadapan bagi melonjakkan ekonomi Terengganu agar tidak lagi 80 peratus perlu spoonfed (disuap wang) melalui dana khas persekutuan.

Antara pelaburan impak tinggi yang benar-benar boleh menganjak kedudukan masa hadapan Terengganu adalah dengan merealisasikan kewujudan semulajadinya sebagai negeri pengeluar petroleum dan negeri maritim yg menjadi tumpuan kapal segmen sederhana khususnya dalam logistik industri cari gali petroleum.

Saya agak teruja kerana ini kebetulan sungguh bersamaan dengan perjuangan saya sejak di MSET lagi dan ketika menjadi Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara dan Persatuan Industri Maritim AMIM.

Kali ini ia datang dari penasihat ekonomi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Setahu saya blueprint di MITI pun ada begitu juga.

Tapi ahli politik Umno Terengganu tidak berfikir ke situ. Tukang sabotaj lagi ada lah. Seperti sesudah dibelanja RM470juta untuk memperdalamkan muara Sungai Terengganu, ditimbus kembali dengan pelbagai penambakan dan terakhir sekali dibuat jambatan melintang di muka kuala.

Ini termasuk perkasakan peranan pelabuhan. Markas Senggaraan untuk Naval dan juga industri pembinaan dan pembaikan kapal. Limbungan fabrikasi onshore dan offshore.
Industri petrokimia. Hub plastik, komposit.

Perladangan. Sawit, Getah.

Industri perikanan. Pengurusan Sumber Perhutanan lestari.

Perlombongan. Besi, bauxite, silika. Tumpu kepada pelaburan nilai tambah dan teknologi lestari yang selamat alam sekitar.

Pelancongan dan Kraftangan , batik dan sutera

Kunci katanya mempelbagaikan portfolio asas pendapatan.

Supaya jangan berterusan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. 

Berita yang buatkan para wala'un mengetap gigi!

Wednesday, 27 April 2016
"ORANG INI" YANG SEPATUTNYA JADI PRESIDEN PAS
Berikut ialah kenyataan media Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menampakkan memang wujud "kong kali kong" dalam syarikat pelaburan tersebut.

Pastinya Pas akan lebih dihormati dan disanjung tinggi jika "orang ini" yang menjadi Presiden parti Islam itu.

1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion-bilion dolar ang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tiada sebarang komen daripada Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akhbar Singapura menyatakan bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan kepada PM bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion" kepada Abu Dhabi – Menteri Kewangan Malaysia tetap membisu.

Apakah impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek? – Sunyi sepi daripada Menteri Kewangan.

Arul sebelum ini berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat sehingga RM16 bilion. Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?

Jadi berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab? – Menteri Kewangan tidak mengendah.

Yang diwar-warkan hanyalah “kejayaan” Program Transformasi Negara (NTP) yang kesannya tidak dapat dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini bukti Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang “terhebat.” Sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada Menteri Kewangan “terhebat” ini?

Apakah PAC perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang  1MDB yang masih gagal didedahkan.  Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?

Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
27 April 2016


Di bawah ini pula kenyataan media oleh Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena yang diberikan surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam Gerakan Selamatkan Malaysia.

Apakah menyelamatkan negara dan menentang kemungkaran sudah menjadi suatu "dosa" dalam Pas?

GOOD MORNING DATUK SERI NAJIB:AWAT TAK BAYAQ HUTANG AS50.3 JUTA DATUK SERI?. ADOI!.MALU HABIH 1MALAYSIA.

1.Good Morning Datuk Seri.Ish awat yang Datuk Seri tak bayaq hutang tu?.Malu kami jadi rakyat Malaysia ni bila diistihar 1MDB yang Datuk Seri berkuasa penuh tiba tiba tak bayaq hutang malu besaq kami.

2.Awat Datuk Seri buat lagu tu.Tak bayaq pasai apa?.tak dak duit ka?.SENGKEK sangat ka?.Awat Datuk seri ni Orang dah tak percaya ka nak berghutang (berhutang) bayaq hutang?.Ni kan dah susah orang istihar Datuk Seri ketegaq (degil) dan engkaq (ingkar).

MACAM MANA LAPAIH NI KEPERCAYAAN OGHANG PADA MALAYSIA?.

3.Bila Datuk Seri lari dan liat nak bayaq hutang macam mana pulak lepaih ni tahap kepercayaan (credit rating) oghang yang duk bagi hutang kepada Malaysia,depa percaya lagi ka.Saya ni oghang kampung Pokok Sena saja tapi gheti juga sikit sikit bab ni.Bila Datuk Seri buat peghangai dalam kes bayaq hutang,dia akan bagi kesan menyebabkan Credit Rating Malaysia jatuh.Bila credit rating jatuh dia akan bagi kesan besaq kepada sistem kewangan dan ekonomi Malaysia.Cheti dan Along kat Malaysia pun tak percaya dah.Kalau depa bagi hutang pun kadar faedah yang tinggi.Takkan lepaih ni Datuk Seri pakai bergantung pada meniaga bulu ketiak dengan sigheh saja kut.

4.Ghimaih betoi kami kut kampung.Sughuh (suruh) Datuk seri beghundoq (berundur) dari PM tak mau.Bila Datuk Seri duk betunggoi jadi PM dengan kami kami tanggung hutang kelilin pinggang bila mai bab nak bayaq Datuk Seri laghi (lari) ikut pintu belakang,dah jadi macam lagu M.Daud Kilau "HUTANG MINTA HUTANG".

5.Macam ni lah Datuk Seri,baik Datuk Seri beghenti lah dari jadi PM.Duk tang tu lagi bukan ada faedah apa pun pada negara dan rakyat.Jangan duk buat peghangai macam DAUN PISANG KEGHIN  ghentap pun tak putuih.Jangan ketegaq sangat.

#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Apr 2016

Berdasarkan kedua-dua kenyataan media ini, mudah-mudahan ahli Pas segera membuka mata dan membawa  kembali parti itu ke jalan yang benar? (SH 27/04/2016) - sumber

Pertembungan PAS - Amanah PRU14: Alaa......apa nak kepoh.....kan Amanah hanya parti serpihan dan takkan bertahan dua tahun pun!

PRU14: PAS ramal bertembung AMANAH di kerusi sama

 | April 27, 2016
Tindakan AMANAH meletakkan calonnya di kawasan PAS bertanding pada PRN Sarawak merupakan petanda awal perkara sama akan berulang pada PRU14.
nik-mohamad_amanah_pas_600
PETALING JAYA: Tindakan Parti Amanah Negara (AMANAH) meletakkan calonnya di kawasan PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak merupakan petanda awal perkara sama bakal berulang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu sudah menjangkakan perkara berkenaan, kerana yakin isu pertindihan kerusi tidak akan berlaku kepada AMANAH, DAP dan PKR.
“Kita sudah tahu AMANAH akan meletakkan calon di tempat PAS bertanding. Ia adalah gambaran awal untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang bahawa AMANAH akan bertanding di kawasan-kawasan PAS,” ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Tambahnya, sikap PKR dan DAP yang sukar melepaskan kerusi ditandingi kedua-dua parti itu pada PRN Sarawak adalah petanda AMANAH tidak mempunyai pilihan, selain bertanding di kawasan PAS.
“PAN tidak akan bertembung dengan parti dalam Pakatan Harapan, kerana mereka tidak akan beri kerusi (merujuk pertembungan kerusi DAP dan PKR). Ia menjadi petanda bahawa tidak mudah untuk DAP dan PKR beri kerusi kepada AMANAH,” ujar beliau lagi.
Calon AMANAH dan PAS akan bertembung di lima kerusi sama, iaitu di Dewan Undangan Negeri Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, parti itu sudah bersiap sedia dengan tindakan AMANAH meletakkan calon di kawasan PAS bertanding.
“Walaupun ada pertembungan dengan PAN, tapi kita tidak anggap ia sebagai isu besar,” katanya.