Thursday, April 28, 2016

Mengimbau masa lalu......

Saya pasti ramai di dalam ni masih ingat 2 September 1998.

Saya tidak pernah lupa. Saya ambil kapal terbang (kali pertama naik kapal terbang domestik) dari Kuantan ke KL bila ditelefon jam 10pg bahawa Saudara Anwar akan dipecat.

2 minggu saya di KL ada beberapa helai baju saja. Tidur di pejabat PKPIM di Kg Baru. Pergi mana2 membonceng dgn Sdr Amidi Abdul Manan naik motor Honda Cup dia (dia presiden PKPIM pada ketika itu).

Kerja pertama diberikan kepada saya ialah menjadi pengarang Suara Mahasiswa yang pertama. Tiap2 hari di UIA UPM dll kami pimpinan siswa ketika itu turun bakar Utusan ramai2. Kami edar Suara Mahasiswa sebagai simbolik media perdana tak boleh pakai.

Malam bagi ceramah kecil2 kalau tidak ke rumah DSAI.

Saya diminta meninggalkan negara cepat takut ada tangkapan. Jadi saya balik ke UK lebih awal sebelum 20 September. Pada hari itu pimpinan siswa lain - Amidi, Shabrimi semua ditahan dibawah ISA.

Masa itu tidak ada KEADILAN. Tidak ada parti. Tidak ada strategi politik. Tidak ada jawatan. Tidak ada ego.

Yang ada hanya mencari kebenaran dan membela mereka yang dizalimi. Ketika itu saya yang tidak pernah ada apa-apa hubungan kepartian turun kerana naluri kita membenci yang zalim.

Saudara Anwar dizalimi dan beliau mengajak rakyat melawan yang zalim. Kita sokong beliau kerana kita rasa beliau berada di pihak yang benar.

Anwar bercakap benar, Anwar cuba berlaku adil, Anwar jujur. Yang musuh rakyat pada ketika itu Mahathir pula berbohong, zalim, pecah amanah. Matlamat menghalalkan cara.

Sekarang kita semua jadi orang politik. Semua ada jawatan baik bergaji atau tidak.

Semua bincang strategi politik.

Saya harap kita tidak pernah sekali pun melupakan kenapa kita turun pada 2 September 1998 atau pada 20 September 1998.

Kita mencari kebenaran. Kita melawan yang zalim. Kita benci pembohongan dan pembodohan.

Malanglah sekali jika selepas begitu banyak pengorbanan dan parti yang lahir dari semangat itu sudah di ambang kuasa; kita lupa kenapa kita masuk gelanggang dulu2.

Kita boleh bersaing, boleh ada strategi. Kita boleh berunding dengan sesiapa.

Tapi jangan lupa niat di hati dan jangan sampai ketepikan naluri mencari kebenaran. Berkatalah benar walaupun itu kepada ayah kita sendiri atau pemimpin yang kita sayangi.

Berlakulah adil kepada semua. Jika tidak sia-sialah kerana reformasi yang kita laungkan itu sudah lompong.

Rafizi Ramli
Anak muda umur 21 tahun pada 2 September 1998

No comments:

Post a Comment