Friday, March 3, 2017

Bebal dan jumud

Jumaat, Mac 03, 2017
Bebal dan jumud, tetapi yg bergelar agamawan.

1986 - Kekalahan tercorot 1 kerusi sahaja secara sendirian. Dan inilah bermulanya setiap kata Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mula dijadikan fenomena dan amanat. Perlembagaan Malaysia dianggap musuh, dan wajib diperangi!

tak mustahil rampas Malaysia - Nik Amar
Oleh Ahmad Sayuti Basiron

1. Ramai bertitle agama atau ustaz, cukup suka cakap aci lepas. Kurang guna akal bila berkata. Bercakap demi sedap di mulut, dan khayalan semangat utk ceramah politik semata. Tujuan mereka hanya satu, ie. naikkan semangat ahli.

2. Puaknya jenis inilah sebenarnya yg terus rosaknya parti, kumpulan, atau apa pun jua yg
berlabelkan Islam itu. Golongan sebegini langsung tak kesah jika Islam hina atau hilang izzahnya. Asal suara mereka didengari dan dijulang sbg hero, sebagai "sinya Pas" katanya.

3. Kalau minggu lepas si "singa Pas" terlalak jerit membaham musuh yg dikatakan "lari dari debat itu". Faktanya sebenar bahawa "musuh itu" rupanya segar dan senyum memerhatikan setiap gelagatnya di pentas yg sama, walau dihalang berkata sepatah pun utk menjawab tohmahannya. Esoknya pula, media parti itu memilih fitnah sbg senjatanya, ie. "Husam ceroboh ceramah Pas".

4. Setakat itu lah sahaja kemampuan yg ada pada gelaran "sang agamawan parti berlabel Islam" itu. Ngauman FITNAH dilontar ke sana ke mari, tanpa takutkan Allah.

5. Itulah juga sekarang ini, level JK Pusat parti itu zaman pasca wafatnya almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan zaman pembersihan dilakukan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Exco Agama hanya Islam dipilih atas kuatan jeritan dan syarahannya, sekalipun gagal dalam ijazah pengajian di Mesir pun.

6. Tak sangka semalam seorang lagi pembesar partiitu lakukan benda yg serupa. Ajak ahli bawahan yg dah cukup ter-indoktrinasi itu utk berlawan politik sendirian. Katanya biarlah berapa penjuru saklipun, parti itu tetap lawan dan sudah tak mustahil laluan ke Putrajaya adalah dekat.

Untuk rekod;

Mereka yg emosi sebegini sebenarnya mudah sgt lupa sejarah pencapaian parti mereka, yg tercatat dlm sejarah, antaranya 10 keputusan PRU berikut;

(a) 1974 - Menang besar 14 kerusi hasil "gabungan dengan Umno" zaman awal BN ditubuhkan. Ia berlaku pasca 13 Mei 1969, yg Umno sendiri dikatakan pencetusnya.

(b) 1978 - Kalah dan kekal hanya 5 kerusi, selepas bersendirian dan sedar telah ditipu Umno. Kelantan pun terlepas dgn linangan airmata.

(c) 1982 - Kekal terus dgn 5 kerusi sahaja, dgn Kelantan dan lain-lain kerusi semakin hilang.

(d) 1986 - Kekalahan tercorot 1 kerusi sahaja secara sendirian. Dan inilah bermulanya setiap kata Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mula dijadikan fenomena dan amanat. Perlembagaan Malaysia dianggap musuh, dan wajib diperangi!

(e) 1990 - Hasil perpecahan Umno, kemenangan melonjak 7 kerusi apabila kerjasama dgn S46 atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Ya, tib-tiba Kelantan menang sekali lagi hingga kini hasil kerjasama dgn kumpulan pecahan Umno itu!

(f) 1995 - Kekal menang 7 kerusi walau APU hampir pecah.

(g) 1999 - Paling tak disangka, mendapat kemenangan 27 kerusi, apabila al-Marhum Fadhil Noor bertindak menziarahi DS Anwar Ibrahim yg baru dipecat Umno, dan bersama tubuhkan Barisan Alternatif (BA) bersama parti baru KeAdilan dan DAP. Inilah kemenangan kedua atas perpecahan Umno yg bijak dimanfaatkan oleh Presiden parti itu, dahulu. Inilah juga masanya Hj Hadi Awang merasai enaknya kerusi Menteri Besar utk satu penggal di Terengganu.

(h) 2004 - Jatuh merudum dan menang hanya 7 kerusi selepas perpecahan Pas/Dap pada 2002 apabila Pas bersungguh mahu laksanakan hudud. Terengganu hilang dan Kelantan hanya lebih satu kerusi DUN. Hj Hadi Awang dijulang dan dikenali sbg MB satu penggal yg naik hanya atas penderitaan Anwar Ibrahim. Satu yg tak mampu ditelan oleh Hj Hadi Awang hingga kini.

(i) 2008 - Tanpa disangka menang 23 kerusi, hasil kerjasama KeAdilan dan juga kerjasama tak rasmi dgn Dap. Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan, dan semakin dikukuhkan. Both TG Nik Aziz dan DS Anwar dianggap sebagai faktor sebenar kejayaan. Segala usaha mahu bersekongkol dgn Umno atas nama UG dan kerajaan bersama di tolak langsung oleh TG Nik Aziz. Walaupun sabotaj itu cuba dibuat oleh pelbagai pimpinan utama parti itu.

(j) 2013 - Kebangkitan rakyat menolak BN dgn 52% rakyat bersama kerjsama Pas, Keadilan dan DAP, "asal bukan Umno" (ABU) berkumandang. Tetapi menang 21 kerusi, walau hilang banyak kerusi penting di Kedah apabila rakyat begitu bencikan sikap Presiden dan kepimpinan parti itu yg tak serious menguruskan isu rakyat.

Dan sekarang;

7. Tahun 2015, pasca wafatnya alMarhum TG Nik Aziz dan terpenjaranya DS Anwar Ibrahim, Hj Hadi Awang berasa sebebasnya berkuasa penuh memilih utk putus dgn Dap hingga dan sanggup terbubarnya PR.

8. Dan hari ini Mac-2017, kemelut besar masih melanda parti pembangkang yg sepatutnya bergabung menjatuhkan Umno/BN. Dan parti berlebl Islam itu cukup bergembira mendabik kata, "kita hanya mahukan redha Allah", bukan Putrajaya. Kita tak kisah berlawan dgn sesiapa pun sahaja, dgn PKR, Amanah, Dap... atau dgn sesiapa pun, seberapa banyak penjuru pun yg tiba.

9. Benarlah apa yg pernah disebut oleh TG Nik Aziz sendiri "amatlah bodoh" siapa yg kata parti berlabel Islam itu sudah kuat dan boleh menang Malaysia tanpa bantuan pembangkang lain!

10. Rupanya pada tahun kedua kewafatan TGNA ini, Allah tunjukkan kalimah "bodoh" dan bebal itu terpacul jelas dari mulut kepimpinan utama parti itu sendiri yg dan juga pemimpin kerajaan di Kelantan yg sedang meniti saat tumbang itu.

Ikhwah;

11. Itulah politik. Ini bukan politik Nabi namanya. Ini bukan lagi politik dakwah yg matlamatnya adalah 'amar makruf dan nahi munkar. Ini sudah politik machiavellian yg meletakkan kuasa dan harta sebagai kejaran nya.

12. Nas dan hujjah sudah dibuang jauh, walau pelakunya itu bertitle kan islam, atau ustaz, atau ulamak sekalipun. Kebebalan politik perseteruan bermaharajalela.

13. Benar sekali. Allah sedang tunjukkan balasan pada parti yg menyalahgunakan terma Islam itu dgn lantangnya kepimpinan itu terus menjadi agen perosak dalaman yg terus mereputnya perjuangannya.

Ya, itulah "kaffarah Allah" dan kehinaan yg ditunjukkan, dan kita bersama menyaksikannya.

assayuti | 1 Mac 2017

- Cenangau D'kari

Skandal RM47.6 juta Felda: Bolehkah Isa cuci tangan?

Skandal RM47.6 juta Felda: Isa Samad juga perlu disiasat
02 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE
Isa Samad

Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad perlu disiasat ekoran dakwaan rasuah dua pegawai kanan Felda membabitkan kes pecah amanah RM47.6 juta.
Pengerusi Biro Parlimen Felda DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata, dakwaan salah laku itu berlaku semasa tempoh perkhidmatan Isa sebagai pengerusi Felda.
"Tan Sri Isa Samad perlu pikul tanggungjawab ke atas pertuduhan pecah amanah dua pegawainya.
"Pertuduhan salah laku ini terjadi ketika dibawah jagaan beliau. Malah pegawai-pegawai yang dituduh dilihat sebagai pilihan Tan Sri Isa.
"Maka SPRM mesti siasat adakah salah laku ini berlaku dengan pengetahuan Tan Sri Isa," tegas Ahli Parlimen Raub itu kepada Roketkini.
Siasatan juga, tambah beliau untuk memastikan sama ada Isa lalai berfungsi sebagai pemimpin Felda dan Felda Global Ventures (FGV).
Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan timbalannya Muhammad Sufi Mahbub menghadapi tuduhan pecah amanah dan bersubahat bagi kesalahan yang dilakukan pada tahun 2014 di Bangunan Wisma Felda Kuala Lumpur melibatkan kelulusan projek penternakan ikan Sturgeon.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam dan sebutan semula kes akan dibuat pada 27 April 2017.

Keluarga Ri Jong-Chol masih di Malaysia?

Keluarga Ri Jong-Chol mungkin bersembunyi
Mac 02, 2017 22:57 MYT
Keluarga Ri Jong-Chol mungkin bersembunyi
Keluarga Ri Jong-chol, yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mungkin sedang bersembunyi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keluarga ahli kimia Korea Utara Ri Jong-chol, yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mungkin sedang menyembunyikan diri.

Ini susulan penangkapan Jong-chol oleh polis pada 17 Feb bagi membantu penyiasatan mengenai pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), empat hari sebelum itu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu berakhir esok.

BACA: Lelaki Korea Utara akan dibebaskan, dihantar pulang - Peguam Negara

BACA: 
Warga Korea Utara perlu visa ke Malaysia bermula Isnin


Tinjauan Bernama di sebuah unit kondominium di Jalan Kuchai Lama, tempat tinggal terakhir keluarga itu, mendapati ia berkunci.

Menurut seorang jiran, isteri suspek dalam kes pembunuhan itu serta dua anak mereka, meninggalkan unit berkenaan secara tergesa-gesa beberapa jam selepas Jong-chol, juga seorang pakat IT, ditangkap.

"Saya tidak tahu mereka (keluarga Jong-chol) pergi ke mana. Isteri dan anak-anak Jong-chol pergi dengan tergesa-gesa. Kami masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.

Wartawan Bernama yang membuat tinjauan ke unit kediaman keluarga itu dan cuba mendapatkan maklumat tempat mereka mungkin berada, diiringi dua pengawal keselamatan, yang memberi amaran supaya tidak merakam sebarang gambar atau peralatan kamera akan dirampas.

Bernama difahamkan bahawa penduduk kondominium itu meminta kawalan keselamatan dipertingkatkan berikutan penangkapan Jong-chol.

Dua suspek lain, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia, dan Doan Thi Huong, 28, rakyat Vietnam, dikenakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang semalam, berhubung pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara yang hidup tersisih itu.

Menurut laporan, Jong-nam berada di klia2 pada 13 Feb untuk menaiki pesawat ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu mukanya dengan cecair toksik, yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf 'VX'.
Jong-nam, yang dilaporkan meminta pertolongan di kaunter khidmat pelanggan lapangan terbang selepas itu, segera diberi bantuan untuk dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.

Mangsa tiba di Malaysia pada 6 Feb. - sumber

Kenapa Mahathir buat pusingan U

Hanya pemandu bodoh akan terus pandu, Dr M buat pusingan U
mk  -  Hari ini, 9:44 malam
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat 'pusingan U' dengan menyebelahi pakatan pembangkang dan menggunakan analogi pemanduan untuk mewajarkan tindakan tersebut.

"Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui.

"Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara.

"Oleh itu, buat pusingan U," kata Dr Mahathir dalam catatan di blognya malam ini.

Tambah beliau, hanya orang 'bodoh atau rasuah' akan menyokong Najib dan mengabaikan kecaman antarabangsa berhubung dengan skandal 1MDB.

Mahathir turut memberi maklum balas kepada Pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menuduh bekas perdana menteri itu untuk merosakkan negara ini.

Mahathir menyenaraikan berjela-jela laporan berita antarabangsa yang menonjolkan rasuah yang serius di Malaysia sambil menekankan bukan beliau sahaja yang membangkitkan kebimbangan tersebut.

Tengku Sariffuddin sebelum ini dilaporkan berkata, Mahathir diibaratkan sebagai seekor 'harimau tua' yang digeruni selama 22 tahun sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang sering kali mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik atau nyanyuk.

Kata Tengku Sariffuddin, bekas perdana menteri sepatutnya bersara sepenuhnya kerana rakyat tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.
"Dulu ada 'harimau Asia' bernama Dr Mahathir yang digeruni semua orang, malah beliau sendiri mengakui dirinya seorang diktator sepanjang memegang tampuk kuasa selama 22 tahun.

"Harimau itu kini sudah tua sampai beliau suka sangat (pemimpin supremo DAP) Lim Kit Siang sehingga sanggup menerima individu yang dianggap sebagai pemimpin pembangkang untuk diangkat menjadi timbalan perdana menteri," kata beliau lagi.

Thursday, March 2, 2017

Apa itu BIN, BTE dan BINTI

Benar atau sebaliknya tidak pasti. diambil dari fb isteri
Sesiapa yang lebih arif sila komen

sila klik pada gambar untuk besarkan 

Tak setuju debat: Takkan nak orang terima buta-buta gitu jer

AJK PAS harap Hadi tak sambut cabaran mufti
Anne Muhammad    Hari ini, 6:41 petang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti tidak akan setuju dengan cabaran debat yang ditawarkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin, bagi membincangkan sama ada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 wajib dipinda ada tidak.

Ahli Jawatankuasa PAS Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata Asri tidak seharusnya menjatuhkan satu sama lain, sebaliknya sebagai agamawan, beliau harus menyokong pindaan akta tersebut.

“Sebagai mufti yang kerjanya untuk agama, mempertahankan agama, inilah masanya (menyokong) dan bukannya untuk menjatuhkan satu sama lain dan menunjukkan pandangan kita (dia) yang betul dan orang lain tak betul.

“Saya tak setuju dengan pendekatan tersebut dan saya yakin Hadi pun tak setuju dengan kaedah itu. Saya rasa tak perlu untuk berdebat dan kalau betul pun Dr Asri nak ajak berdebat, saya nasihatkan kepada Hadi, jangan disambut cabaran itu,” katanya.

Mohamed Fadzli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas forum Pasca Himpunan 355 di Bazar Harakah di ibu negara hari ini.

Berhubung pendirian Asri, beliau berkata tidak dapat menerima hal itu dipolitikkan, sikap mudah mengafirkan, melabel anti-Islam atau memaki hamun pihak berbeza pandangan.

* Debat akan membenihkan kejernihan di atas berbalahan fahaman dan tafsiran. Kenapa tidak mahu? Takut kalah?

‘tak pasti’: Jawapan kartun, depa semua dok buat apa?

Kementerian ‘tak pasti’ harga gula naik

  | March 2, 2017
Jamil minta tunggu pengumuman rasmi kenaikan harga gula dari KPDNKK.
PETALING JAYA: Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ‘tidak pasti’ harga gula naik bermula semalam dari RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga gula akan dibuat oleh Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Saya tidak pasti, kita tunggu kalau ada pengumuman rasmi oleh menteri.
“Saya tidak boleh cakap apa-apa,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah harga gula naik sebanyak 11 sen bermula semalam.
Sebelum ini, media melaporkan harga gula naik dari RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.
Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan itu disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa dan penyusutan nilai ringgit.
Akibatnya, kos yang ditanggung oleh pengilang gula tempatan turut meningkat.

Apa macam........ada beranikah Hadi?

Akta 355: Asri cadang debat dengan Hadi
Shakira Buang    Hari ini, 11:48 tengahari
Selepas seorang anggota parlimen mempertikaikan pendirian Mufti Perlis berhubung cadangan pindaan Akta 355, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau hanya akan berdebat mengenai hal itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Itu pun, kata mufti berkenaan, jika Abdul Hadi mahu berbalas hujah dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Asri berkata beliau tidaklah mencabar anggota parlimen yang bulan lalu berceramah dan mencadangkan supaya kepalanya disekeh kerana mempertikaikan cadangan pindaan akta berkenaan.

"Saya tidak mencabar beliau (Datuk Dr Khairuddin Aman Razali).

"Jika PAS teringin hendak saya berdialog, saya cadangkan presiden PAS berdialog dengan saya mengenai hal ini," katanya semalam.

Asri berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kata Kamarul Zaman, debat mengenai pindaan Akta 355 itu patut berlangsung antara Khairuddin - yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS - dan Asri.

Terdahulu, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle 'menyambut tawaran' Khairuddin untuk berdebat mengenai keperluan Akta 355 dipinda.

"Saya nak ajak berhujah, siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 (adalah) harus, sunat ke, makruh ke, haram ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.


"Saya berani berhujah (bahawa) pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus, apatah lagi makruh atau haram.

"(Ia) wajib disokong. Kenapa? Sebab dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam (iaitu zina, qazaf dan meminum arak) dapat dihukum mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

"Takkan benda macam ni mufti Perlis tak boleh faham?" katanya (gambar).

Ceramah itu dipercayai diadakan pada 12 Februari lalu.

Menurut Rozaimi beliau "dengan rendah hati" menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana mengenai isu berkenaan.

"Mungkin ada perkara yang beliau (Khairuddin) tahu yang saya tidak tahu, maka saya boleh belajar (daripada) beliau melalui diskusi ini," kata Rozaimi pada 25 Februari lalu.

Jangan bagi alasan

Semalam Rozaimi yang juga pensyarah Jabatan Fikah dan Usul Fiqh UPSI menyatakan secara rasmi kesediaannya berhujah dengan Khairuddin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, bagi pihak Rozaimi, melalui sepucuk surat rasmi yang disampaikan melalui serahan tangan di pejabat dewan itu di Kuala Lumpur.

Kamarul Zaman dalam satu kenyataan semalam berkata ahli-ahli akademik berbeza pandangan berkaitan cadangan debat Akta 355.

Oleh demikian debat itu patut berlangsung antara Khairuddin dan Asri.

Kenyataan itu juga dikeluarkan sebagai reaksi kepada cadangan penganalisis politik Dr Maszlee Malik supaya Khairuddin menerima cabaran debat Rozaimi.

Langkah itu, kata Maszlee, boleh mengalak Khairuddin dituduh sebagai jaguh kampung.

Mengulas lanjut, Asri mempersoalkan siapa Kamarul Zaman yang mencadangkan supaya beliau berdebat dengan Khairuddin.

"Saya tidak kenal siapa dia Kamarul berkenaan. Dia pensyarah universitikah atau wakil PAS?

"Apa yang saya lihat MP Kuala Nerus mencabar sesiapa sahaja berdebat. Sudah ada yang menjawab iaitu Dr Rozaimi Ramle," kata Asri.


Oleh demikian Asri mengingatkan Khairuddin agar tidak memberi alasan untuk melarikan diri.

"Maka, (Khairuddin) kena setuju sebab dia yang sebut sesiapa sahaja. Dia jangan beri alasan hendak melarikan diri.

"Kita kena faham, seseorang yang tidak menyokong sepenuhnya penjara 30 tahun denda RM100,000 bukan tidak menyokong syariah Islam. Banyak lagi isu lain disebalik 30 tahun dan RM100,000 denda itu," kata Asri.

* Mana jantannya kalau bercakap dan melesing serta melabel orang dengan bercakap sorang-sorang dalam ceramah?

Cerita gajah putih: Antara Mahathir dan Nazri

Thursday, 2 March 2017

ANTARA NAZRI AZIZ DAN PROTON YANG DIILHAM TUN M, SIAPA GAJAH PUTIH?
Dalam tulisan di blognya pada April 2016 iaitu sejurus selepas mengundurkan diri sebagai Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad ada menyenaraikan pemberian kerajaan kepada syarikat kereta nasional itu serta perbandingan dengan sumbangan Proton kepada kerajaan.

Pemberian kerajaan kepada Proton  ialah:-

- RM1,320 juta dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.

- RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.

- RM12,532.6 juta insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif

- secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan kerajaan kepada Proton ialah sebanyak RM14,631.4 juta.

Sumbangan Proton kepada kerajaan pula ialah:-

- duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11,785 juta.

- cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9,470 juta.

- cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1,410 juta.

- duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1,403 juta.

- cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.

- secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah sejumlah RM24,095 juta.

Bermakna, sumbangan Proton kepada kerajaan ialah RM24,095 juta berbanding pemberian kerajaan kepada Proton sebanyak RM14,631.4 juta.

Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi dalam tulisan di blognya itu, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 lagi secara tidak langsung kepada rakyat Malaysia.

Berbanding Nazri Aziz, sejak beliau berada dalam kerajaan bermula ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang, berapa banyakkah pemberian kerajaan dari segi gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain kepadanya?

Apa pula sumbangan Nazri kepada kerajaan yang boleh rakyat ingati sehingga sekarang?

Agak-agak antara pemberian kerajaan kepada Nazri dengan sumbangannya kepada kerajaan sebagai menteri, mana satu yang lebih besar?

Antara Nazri dengan Proton yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, siapa sebenarnya gajah putih? (Shahbudin 02/03/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 08:14

Siasat orang politik: Adakah ini permulaannya?

SPRM teliti laporan polis dakwa MT Umno seleweng dana
mk  -  Hari ini, 5:46 petang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek pembangunan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata laporan itu diterima daripada Polis Diraja Malaysia yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

"SPRM akan meneliti laporan yang telah diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan," kata kenyataan itu.

SPRM juga akan bekerjasama dengan MCMC bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut, kata kenyataan itu.

Sebuah portal berita tempatan sebelum ini melaporkan sebuah syarikat membuat laporan polis mendakwa sebuah yayasan milik seorang anggota MT Umno melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman mengesahkan menerima laporan polis itu.