Showing posts with label jasa. Show all posts
Showing posts with label jasa. Show all posts

Thursday, February 15, 2018

Rasanya tak ada lagi di Malaysia ni selainnya yang bersikap dan semurah ini

Jutawan wakafkan semua harta
AZIMAH GHAZALI  -  14 FEBRUARI 2018
BELIAU berjaya mencipta kejayaan di pelbagai bidang, termasuklah pembuatan dan import eksport, perniagaan barangan kulit, perabot, pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi.

Perniagaannya bercawangan sehingga ke London, Australia dan seluruh Indonesia dengan rangkaian perniagaannya menjana jutaan ringgit. Acap kali kisahnya tersiar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca televisyen sebagai usahawan Melayu cemerlang.

Insan ini antara anak orang biasa berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, hingga hasil usahanya beliau mampu memiliki kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, rumah banglo, berhektar tanah dan wang simpanan.

Jika diikutkan beliau sudah berstatus jutawan ketika itu boleh saja memilih untuk bersenang-senang menikmati pulangan dimilikinya itu setelah menghadapi jerih-perihnya mengharungi kehidupan susah sebelumnya.

Namun, apa dilakukan Dr Masjuki Mohd Musuri.... beliau memilih untuk mewakafkan keseluruhan harta miliknya, tanpa satu sen pun gaji dari syarikat Wakaf Enterprise (WE) rumah amalnya!

Bukan sekadar harta benda, malah dirinya sendiri 'diwakafkan' untuk mengelola dan mengasaskan rumah amal asnaf, anak yatim dan pembangunan akhlak dinamakan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).  

"Yang saya dapat kepuasan. Bagi saya jenayah, masyarakat hari ini pun berpecah belah berpunca kerana harta dan kuasa. Kerana harta dan kuasa juga bermacam dosa berlaku.

"Dulu saya fikir kalau bersedekah kita dah boleh cuci harta. Tapi bagaimana kita pasti baki hasil pendapatan kita itu masih bersih. Jadi untuk pastikan semua tu bersih, saya nampak kita perlu wakafkan semua, sama seperti isteri nabi, Khadijah, dan sahabat-sahabat Baginda yang wakaf harta benda.

"Kita hidup seadanya dengan orang yang mengendalikan rumah (RPWP) ini, makan pakai tempat tinggal kita kongsi semuanya. Bila dah tak ada apa, punca fitnah membawa saya kepada dosa dah jauh ditinggalkan, jadi dah tak ada modal, masa pun tak ada, nak buat dosa pun dah tak boleh," kongsinya dengan Sukarela.  

Bagi Dr Masjuki mesra dipanggil 'Ayah' kalangan warga RPWP ini, itu yang dikatakan kepuasan dan kepastian penyucian hartanya.

Tambahnya lagi, bila otak jadi lapang dari hanya memikirkan harta, dirinya sendiri berasa lebih sihat dan ketenangan yang menghasilkan hormon positif menjadikan tubuh lebih seimbang.

"Insya-ALLAH di dunia kita dah ada ketenangan itu, di sana nanti pun kita mudah. Jadi saya tak perlu kalut-kalut berasak fikir cari duit. Dah 13 tahun, alhamdulillah tak berlapar walaupun tak bergaji, masih pakai baju dan rumah yang baik.

"Sumber pendapatan sekarang, dari pulangan perniagaan yang diwakafkan. Kita pakai apa perlu, bukan pakai apa yang kita mahu," katanya.

Tercetus idea

Dunia hari ini penuh kerosakan akhlak, malah pelbagai isu timbul kalangan masyarakat, lantaran kasih sayang tidak lagi menjadi bahasa dunia menggusarkannya.                        

Pengalamannya sendiri sedari kecil, belajar dan berniaga, sehingga terlibat pelbagai NGO sana dan sini, membuka matanya sekalipun NGO banyak yang 'ditunggang' untuk mengejar pangkat dan harta. Justeru idea penubuhan RPWP tercetus.

Dr Masjuki sebagai pengasas utama bersama sekumpulan 20 keluarga Warga Prihatin, masing-masing berkongsi visi dan misi untuk merealisasikan usaha amal bagi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat dengan gerak kerja lebih jelas dan teratur.

Mereka terdiri daripada pelbagai golongan, dari profesional hingga fakir miskin dan asnaf yang menjalani hidup berkeluarga di bawah naungan RPWP itu sendiri.

Bangunan RPWP ini menempatkan keluarga asnaf kalangan pengasas dan sukarelawan sepenuh masa.

Mereka bertugas menjaga pelbagai golongan seperti anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas, asnaf dan pelbagai golongan rosak akhlak. Kesemua mereka disatukan di bawah satu bumbung menjadi sebuah keluarga besar.

* Rasanya dia war-war tentang perkara ini pun adalah bertujuan berikan jalan dan semangat untuk jutawan lain

Sunday, December 17, 2017

Jelitawan Besi Bangsa Monggol: Pembakar semangat perempuan termasuk puteri sulungku

Khutulun: Jelitawan Besi Bangsa Monggol
By Helmi Effendy  September 27, 2017
Antara tamadun yang terhebat pernah dunia lihat ialah Tamadun Monggol, yang didirikan oleh puak berkuda daripada padang rumput Eurasia. Meskipun asalnya, mereka dari bangsa gasar yang selalu menyerang dan menhancurkan tamadun yang berjiran dengan mereka, tetapi ada helaian positif yang boleh dipelajari oleh bangsa ini – kedudukan wanita dalam hierkrari pemerintahan yang dikuasai oleh kebanyakan kaum lelaki.

Wanita Monggol tidak menerima penghinaan yang sering dilemparkan ke atas para wanita yang hidup sezaman dengan mereka. Mereka tidak ditindas sebagai makhluk yang lemah, tetapi budaya Monggol mengangkat mereka lebih tinggi daripada kebanyakan tamadun yang didirikan oleh bangsa yang wujud. Mereka diberikan penghormatan yang selayaknya dan banyak juga tokoh wanita yang lahir dalam kalangan bangsa mereka. Antara yang sering dibicarakan oleh ialah seorang wanita bernama Khutulun.

Ini kisah tentang cicit kepada Genghis Khan, penakluk agung yang menyatukan seluruh bangsa Monggol. Ayahandanya iaitu Khaidu Khan ialah seorang pemerintah disebuah tanah yang terletak di Pergunungan Tian Shan dan sekitar wilayah Uzbekistan dan Kyrgyztan moden hari ini. Meskipun tidak dapat berjumpa dengan moyangnya, Khutulun mewarisi sifat gagah perkasa yang dimiliki oleh Genghis Khan sendiri. Khutulun yang namanya membawa maksud Bulan Cerah mungkin tidak semanis namanya.

Disebalik wajah jelita dan kemanisan nama, Khutulun adalah seorang wanita yang gagah perkasa. Dari kecil lagi, beliau dibesarkan sebagai seorang pahlawan. Khutulun diajarkan untuk menunggang kuda laksana semua anak lelaki monggol yang lain, belajar bagaimana untuk membidik anak panah setepat mungkin dan yang paling penting, wanita jelitawan bernama Khutulun ini turut diajarkan untuk bergusti. Khutulun angat dikenali dikalangan bangsanya sebagai seorang yang sangat ternama dalam arena pengustian.

Namun, hakikat disebalik kegagahan yang dimiliki oleh beliau, beliau tetap seorang wanita. Sampai usianya, ayah kepada Khutulun sedang mencari jodoh untuk dikahwinkan dengan Khutulun. Tetapi dibesarkan seperti anak lelaki Monggol yang berjiwa pahlawan yang lain, Khutulun memberi syarat kepada sesiapa yang bermimpi mahu menjadi suaminya. Mereka harus menewaskannya dalam sukan gusti barulah layak untuk berkongsi hidup dengannya. Tetapi kalau kalah ialah pengakhirannya, maka mereka harus membayar taruhan dengan memberikannya sepuluh ekor kuda.

Dipendekkan cerita, tawaran daripada Khutulun itu tersebar ke seluruh Monggol. Kejelitaan yang tiada tandingan yang dimiliki oleh gadis itu telah menarik perhatian para lelaki gagah. Namun, selepas beberapa ketika, tiada siapa yang mampu mencuri hati gadis itu. Bahkan, Marco Polo seorang pengembara Eropah ketika bertemu dengan Khutulun mengatakan bahawa jelitawan besi itu memiliki sekurang-kurangnya 10, 000 ekor kuda menandakan bahawa betapa banyaknya lelaki yang ditumbangkannya.

Catatan Marco Polo tentang batang tubuh bernama Khutulun ini masih segar. Kononnya pada satu malam, dicatatkan bahawa seorang putera raja dari tanah asing menghadap Khan Khaidu, ayahandanya Khutulun. Putera tersebut dicatatkan sebagai seorang yang sangat kacak dan tampan. Tidak seperti lelaki lain, putera raja tersebut mempertaruhkan 1000 ekor kuda. Namun, pada malamnya si putera bertemu dengan Khutulun lalu mencuba untuk memujuk gadis itu agar kalah kepadanya keesokan harinya supaya dia boleh memiliki hati Khutulun. Namun, pengkhirannya seperti dijangka dan putera raja tersebut kalah ditangannya.

Namun, kisah bagaimana beliau menemui cinta sejatinya ialah ketika tercetusnya perang saudara yang melibatkan antara ayahandanya dan juga Kublai Khan pemerintah Dinasti Yuan, China. Dalam peperangan tersebut, Khutulun diamanahkan untuk memimpin salah satu sayap berkuda dalam tentera Khutulun. Namun bukan itu fokus ceritanya tetapi tentang bagaimana pada suatu malam, di mana Kublai Khan telah mengarahkan untuk seorang lelaki bernama Abtakul untuk menyelinap masuk ke kem Khaidu Khan untuk membunuhnya. Malangnya, Abtakul telah tertangkap.

Namun, disebalik dihukum mati, sebaliknya Khaidu Khan melantiknya menjadi orang kanannya kerana kagum dengan keberaniannya mempertahankan bondanya daripada turut dihukum bunuh. Abtakul dibebaskan daripada penjara. Sejak hari itu, Abtakul berperang bagi pihak Khaidu Khan sebelum tercedera dalam sebuah pertempuran. Ketika dia dibawa ke tempat perawatan, dia dan Khutulun bertemu lalu sama-sama jatuh cinta.

Perang saudara yang berlaku antara Kublai Khan dan Khaidu Khan akhirnya berakhir tanpa pemenang dikedua-dua belah pihak, sebaliknya kerugian nyawa, tenaga dan harta benda yang agak banyak. Tidak lama kemudian, Khaidu Khan pun mangkat lalu dia melantik Khutulun sebagai pengganti atau Khan yang baru. Namun, Khutulun menolak sebaliknya hanya mahu menjadi jeneral perang bagi puak Khaidu Khan dan berkhidmat sebagai orang kanan kepada Khan yang dilantik.

Namun, khidmat Khutulun sebagai jeneral dan komander perang tidak bertahan lama apabial 5 tahun kemudian, Khutulun meninggal dunia. Ada versi yang mengatakan bahawa dia telah dibunuh oleh musuh politiknya. Ada pula versi mengatakan bahawa dia tewas dalam medan perang.

Namun demikian, kisah Khutulun, seorang wanita yang gagah dan menongkah arus pada saat wanita lain didiskriminasi harus menjadi inspirasi kepada para wanita diluar sana bahawa menjadi seorang wanita bukanlah bermaksud anda menjadi makhluk yang lemah. Khutulun, seorang jelitawan dari padang rumput Eurasia telah membuktikannya…

Saturday, September 2, 2017

Nurul Huda: Selepas lama menghilang, muncul di upacara pembukaan Sukan SEA 2017

Nurul Huda sedia tabur bakti selepas 27 tahun menyepi
Astro Arena |  Diterbitkan pada September 01, 2017 23:30 MYT
NURUL HUDA: Ia sesuatu yang istimewa dan penghormatan

LEGENDA tidak pernah hilang, hanya menyepi buat sementara waktu, tetapi 27 tahun adalah waktu yang terlalu panjang untuk seorang ikon menghilangkan diri daripada kancah sukan tanah air.

Selepas sekian lama, legenda renang negara, Nurul Huda Abdullah, berkongsi apa yang terbuku di hatinya menerusi bicara eksklusif bersama Nadi Arena.

Dalam Sukan SEA edisi 1989 di Kuala Lumpur, Nurul Huda mencetuskan sensasi apabila mengaut lapan pingat emas dan satu perak untuk menjulang namanya sebagai antara atlet terhebat sepanjang zaman dalam saingan di kolam renang.

Dengan himpunan 22 emas Sukan SEA bermula edisi ke-13 di Bangkok, Thailand, Nurul pada usia 18 tahun mengucapkan selamat tinggal kepada arena sukan Malaysia.

Fenomena pengundurannya begitu terasa sehinggalah hari ini.

"Menjadi perenang kompetitif menuntut pengorbanan besar. Saya berlatih selama tujuh jam sehari, termasuk sesi persekolahan.

"Saya bersekolah menengah pada ketika itu dan perlu bangun pagi untuk menjalani latihan sebelum ke sekolah. Sebaik kelas saya berakhir, saya terus ke kolam renang untuk berlatih.

"Jadi, saya terlepas banyak perkara yang remaja ketika itu lazimnya lakukan.

"Sebaik bersara, saya mahu menjalani kehidupan dengan menamatkan pengajian di Australia. Kemudian saya mula bekerja lalu berkahwin dan mendapat dua orang anak.

"Ini semua adalah perkara besar dalam kehidupan saya dan ia tidak dapat dilakukan ketika saya bergelar atlet.

"Saya bersyukur mendapat peluang dalam kehidupan," katanya.

Rindu Malaysia kepada Nurul Huda sukar dijelaskan dalam bentuk perkataan, hanya emosi mampu menggambarkan betapa penampilannya sepanjang Sukan SEA Ke-29 kekal sebagai sesuatu yang istimewa.

Antara cerita menakjubkan dalam temasya KL2017 adalah kelibat seorang atlet veteran, ratu boling tenpin negara, Shalin Zulkifli, yang kini hanya kurang tiga emas untuk mengatasi pencapaian Nurul Huda.

"Saya amat terkejut dihubungi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dan diminta untuk membawa bendera dalam upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Saya bersetuju kerana bagi saya, ia sesuatu yang istimewa dan penghormatan.

"Pada awalnya, saya bersikap biasa sahaja sehinggalah saya berada dalam kalangan atlet ikonik semasa latihan upacara pembukaan. Kemudian barulah saya sedar peranan yang akan saya mainkan.

"Ketika bergelar atlet, saya tidak pernah berpeluang untuk menghadiri upacara pembukaan kerana acara saya akan bermula keesokan harinya.

"Saya sangat bangga dapat tampil dalam upacara pembukaan, ia pengalaman yang harus ditempuhi bagi seseorang atlet.

"Saya harap Shalin meneruskan usahanya dan mengatasi pencapaian saya," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, aneh apabila memikirkan impak pencapaian Nurul belum memadai untuk menyuntik skuad renang negara untuk meneruskan legasinya.

Pedih untuk Malaysia mengakui bahawa Singapura menerusi Joseph Schooling sudah menggenggam emas Sukan Olimpik.

Dalam masa sama, sukan terjun sudah meletakkan renang dalam bayangan sebagai pendukung harapan Malaysia di pentas akuatik dunia.

Terbukti, peranan Nurul Huda dalam temasya KL2017 menyentuh hatinya untuk kembali menabur bakti bersama Malaysia.

Walau sekecil mana pun ilmu yang akan diturunkan, sudah pasti bintang generasi hari ini seperti Welson Sim dan Phee Jinq En akan menikmati hasilnya.

"Saya sedia mempertimbangkannya dan berharap pada suatu hari nanti berkesempatan untuk melihat perenang Malaysia dapat bertanding dalam temasya besar seperti Sukan Asia dan Olimpik secara konsisten."

Malaysia akan sentiasa mengenang Nurul Huda sebagai seorang legenda.

Bagaimanapun, dalam bicaranya, dia hanya mahu dikenang sebagai seorang atlet yang mahu Malaysia dipandang tinggi di mata dunia.

Tuesday, August 1, 2017

Kisah Mohamad Iskandar

Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad
(MOHAMAD ISKANDAR)

Apabila Datuk Seri Zahid Hamidi mula menyerang keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya terpanggil untuk menulis. Kenalkah beliau siapakah insan yang beliau cerca tersebut?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui malah tidak menyedari siapa sebenarnya ayahanda Tun Dr Mahathir. Betapa besarnya jasa yang pernah di lakukannya buat negeri Kedah dan Malaysia khususnya.

Janganlah kerana ingin meraih sokongan politik maka keluarga mahupun keturunan di jadikan sebagai hujah untuk menghalalkan cara. Tidakah ini adalah tindakan dangkal untuk menguasai undi mahupun sokongan. Banyak lagi cara mahupun kaedah untuk merealisasikan hasrat seseorang yang terlibat di dalam dunia politik.

Sepatutnya seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri wajar memperlihatkan kepada rakyat tentang jasa serta sumbangan yang lebih bermakna kepada negara untuk meraih sokongan rakyat. Bukannya mencerca malah menghina susur galur keturunan.

Nabi SAW pernah melarang para sahabat melukakan hati Ikrimah Abu Jahal dengan sejarah yang terdahulu dengan bersabda: “Sesungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal akan datang kepadamu dalam keadaan beriman dan berhijrah, maka janganlah kamu mencela AYAHNYA, karena mencela orang yang sudah mati dapat menyakitkan orang yang masih hidup, walaupun celaan itu tidak sampai kepada orang yang sudah mati.”

MOHAMAD ISKANDAR

Beliau ialah "THE PERSON WHO FOUNDED KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID (KSAH)"

Pengetua Pertama  yang mengasaskan Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH) pada 8 Disember 1908 sebagai "Government English School" (GES) berlokasi berhampiran dengan Balai Nobat di Alor Setar. KSAH merupakan di antara sekolah terawal negara.

KSAH merupakan sekolah Inggeris pertama dan tertua di Kedah itu, kemudiannya dipindahkan ke Jalan Penjara Lama, di belakang IPD Kota Setar, pada 1911 dan sekali lagi dipindahkan ke Jalan Langgar pada tahun 1917, di mana ia kekal di situ hingga kini.

Pengetua pertama KSAH ialah Mohamad Iskandar, bapa kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1935, nama GES secara rasminya ditukar kepada Kolej Sultan Abdul Hamid bersempena nama Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Dianggap sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah, KSAH diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1999.

Melahirkan Anak Kedah Yang Berwibawa

Boleh dikatakan KSAH sejak zaman berzaman telah berjaya melahirkan ramai pemimpin unggul, cendikiawan, tokoh sukan dan tokoh-tokoh yang terkenal serta berjasa kepada negeri Kedah, mahupun di peringkat nasional. 2 Perdana Menteri Malaysia lahir di sini.

Antaranya ialah;

~Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah - Sultan Negeri Kedah,YDPA ke-5 dan YDPA ke-14

~Tuanku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah - Raja Muda Negeri Kedah

~Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah Ke-5
Osman Bin Haji Aroff- bekas Menteri Besar Kedah Ke-6

~Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj- bekas Perdana Menteri Malaysia pertama.

~Tun Dr Mahathir bin Mohamad - bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4.

~Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya - bekas Menteri Besar Kedah ke-2

~Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah ke-3

~Tan Sri Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin - bekas Menteri Besar ke-4,T.Y.T Yang di-Petua Negeri Melaka Ke-5

~Datuk Seri Chor Chee Heung - Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

~Tun Daim Zainuddin - bekas Menteri Kewangan Malaysia ke-6

~Prof. Emeritus Shahnon Ahmad - Sasterawan Negara

~Tunku Osman Tunku Mohammad Jiwa - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia

~Tan Seri Murad b. Ahmad - Ketua Pengarah Penjara ke-4

~Tun Zaki Azmi - Bekas Ketua Hakim Negara

~Tan Sri Azizan Ariffin - Panglima Angkatan Tentera Malaysia

~Dr Uthman el-Muhammady - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan. Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

~ Tan Sri Ilyas bin Haji Din - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-13

~Tan Sri Mohamed Khir Johari - Menteri Pendidikan

~ACP Abd Razak bin Mohd Yusoff -satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang pernah berkhidmat dalam PDRM.

~Datuk Azhar Mansor - Wira Samudera Negara

~Sukar nak di bayangkan berapa ramai lagi hasil keluaran KSAH yang memberi khidmat serta manfaat kepada rakyat dan negara

~Malah ramai juga ahli sukan di peringkat negeri mahupun negara hasil keluaran KSAH yang tidak dapat di nyatakan di sini.

Kesimpulan

Sekurang-kurangnya beliau telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan amal jariah serta jasa yang baik kepada generasi yang akan datang menerusi bidang pendidikan.

Marilah kita doakan yang terbaik buat beliau. Semoga segala amal jariah yang ditinggalkan oleh beliau mendapat Rahmat oleh Allah SWT.

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312).

Mazhar Yusof
Old Collegian
(SAHOCA)

Tuesday, July 25, 2017

Akhlak dan budi: Bagus untuk pengajaran dan panduan

Penimbang sayur buat muka 'ketat', tahu apa wanita ini lakukan?
Astro Gempak |  Diterbitkan pada Julai 20, 2017 18:01 MYT
Kita tidak tahu sesuatu kebaikan yang besar itu adakalanya bermula dengan sesuatu yang kecil. - Foto Astro Gempak

SEORANG wanita bernama Adlil Rajiah menceritakan pengalamannya berurusan di sebuah pasar raya.

Adlil cuba untuk melemparkan senyuman kepada seorang pekerja lelaki yang bertugas di kaunter timbang sayur sebagai tanda hormat namun tidak dibalas.

Menerusi status Facebook yang telah dimuat naik oleh Adlil, wanita itu mencoretkan kisah yang dihadapinya bersama lelaki tersebut.

"I went to Giant to buy some sayur. 
So masa beratur nak timbang tu, 
saya perhati je muka brother kat penimbang tu.
Ketatnya la haiii. 

Saya cakap dalam hati--
kalau aku bagi pikap line confirm dia tak gelak ni. Ketat sangat nih.

So I just smiled looking at him, 
sambil dalam hati saya doakan semoga Allah berikan dia good news sampai dia boleh senyum lebar selebar lebarnya.

Bila sampai giliran saya untuk timbang--
muka dia masih ketat. 
Langsung tak pandang saya. 
Apatah lagi nak senyum.

Ah lantak lah.
Habis timbang, 
saya ambik sayur saya, dan cakap--

"Terima kasih."

Tiba-tiba brother tu pandang saya. 
And he said--

"Sama-sama kak. Akak lah orang pertama yang cakap terima kasih kat saya hari ni. Kalau semua pelanggan macam akak, pandai cakap terima kasih, semangat lah sikit saya nak kerja jaga penimbang nih."

Andddddd he was SMILING! 
Sampai nampak gigi dia yang cantik tersusun.

MasyaAllah. 
How a simple "thank you" can actually lift up someone's mood.

Saya sendiri tak sangka, 
dan mungkin Allah dah makbulkan doa saya, 
so terus saya jadi good news untuk mamat tu.

But Alhamdulillah, 
I'm happy that Allah gerakkan lidah saya untuk ucap terima kasih and be the reason for his wide smile.

So moral of the story --
never underestimate the power of "terima kasih". 

We never know how empowering it can be to boost people's emotional drive.

So jom hidupkan budaya berterima kasih--
walaupun kat benda-benda kecik atau common sense.

Kita berterima kasih bukan sebab nak menghargai semata-mata, tapi sebagai tanda syukur kerana Allah permudahkan urusan kita melalui orang-orang tersebut.

Walaupun kepada penimbang sayur, 
atau kepada pengutip sampah, 
atau tukang cuci jamban.

TERIMA KASIH.

Dan sebagai ibu bapa, 
untuk tanam budaya terima kasih dalam diri anak-anak, we have to lower down our ego and always say thank you to our children.

When they listen to us, say thank you. 
When they kiss us, say thank you. 
When they finish their food, say thank you. 
When they behaved, say thank you. 
When they help people, say thank you.

Tak luak pun hormat mereka terhadap kita, 
bila kita berterima kasih kepada anak-anak. 
Malah anak-anak akan semakin hormat dan hargai ibu bapa, insyaAllah. 

The best parenting is through AKHLAK. 
Kan? 

Haa. Kemain berguna moral lesson yang aku dapat daripada brother penimbang tu tadi. 
Terus abadikan sebagai status FB.

Apa pun, 
saya percaya hidup kita pasti akan gembira,
bila kita tahu menggembirakan dan menghargai orang lain.

Because we always receive the vibes you send out. 
Happy Monday, peeps!" tulis Adlil.

Setakat ini, status Adlil mendapat 670 komen serta 6,00 perkongsian daripada pengguna Facebook.
I went to Giant to buy some sayur.
So masa beratur nak timbang tu,
saya perhati je muka brother kat penimbang tu.
Ketatnya la haiii.
...
See more
** Ini mungkin kisah kecil tentang hal yang kecil. Sama ada benar atau rekaan, bukan lagi keutamaannya kerana ada mesej yang perlu kita teladani bersama. Cerminlah diri kita, tentang cara kita melayan orang lain, kerana hal yang kecil pun adakalanya membawa makna, pengajaran dan perubahan yang besar dalam kehidupan sehari-hari.

Monday, May 22, 2017

Bot TLDM hilang: PNK Sedili muncurah bakti walau tidak diminta

70 nelayan bantu kesan bot TLDM yang hilang
MASTURAH SURADI - 22 MEI 2017
Bidin (kiri) ketika ditemui media di LKIM Tanjung Sedili. – Foto Sinar Harian

KOTA TINGGI - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili di sini mengambil inisiatif sendiri menggerakan lapan buah bot besar dan 10 buah bot kecil yang disertai kira-kira 70 nelayan dalam usaha membantu pihak berkuasa mengesan sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana yang hilang Sabtu lepas ketika mengusir bot nelayan asing.

Ahli Lembaga Pengarah PNK Sedili, Bidin Sulong berkata, operasi mencari yang digerakkan bermula jam 8.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kehilangan bot tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dari Pengurus Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurutnya, kawasan pencarian yang dilakukan melibatkan 29 batu nautika dari Pulau Aur ke Desaru.

"Kita pihak nelayan mengambil inisiatif sendiri membantu pihak berkuasa dengan menggerakkan nelayan kita yang berada di perairan untuk turut sama mencari kapal berkenaan meskipun tiada bantuan rasmi yang diminta pihak berkuasa.
Nelayan PNK Sedili bersiap sedia untuk turut serta dalam operasi mencari bot TLDM KD Perdana yang hilang Sabtu lepas ketika mengusir bot nelayan asing.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bot milik TLDM hilang ketika usir nelayan asing]

"Apabila berlaku kejadian seperti ini, sebagai nelayan kita sering memberikan pertolongan untuk membantu pihak berkuasa kerana kita mempunyai ahli yang sentiasa berada di laut.

"Bot kita lengkap dengan sistem kedudukan global (GPS) dan pencarian yang kita lakukan membabitkan pencarian secara rawak mengikut kaedah nelayan,"katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks LKIM Tanjung Sedili di sini.

Monday, March 6, 2017

Kasihnya ibu hingga ke hujung nyawa

SUNDAY, 5 MARCH 2017

Parah Selepas Kemalangan. Ibu MERANGKAK Menyusu Bayinya Yang LAPAR Sebelum Hembus NAFAS TERAKHIR !!!

sumber screenshot dari sini

Tuesday, January 10, 2017

Setinggi tahniah kepada Faiz Subri, anda juga adalah wira!

Faiz sudah banggakan negara, negeri, keluarga
SH - 10 JANUARI 2017
Faiz Subri Keluarga Mohd Faiz Subri, (tengah,depan) Subri Kader, Sa'diah Ishak dan Nor Hazwani Subri bergambar bersama sebahagian orang ramai yang hadir menonton Anugerah Puskas Fifa yang disiarkan secara langsung melalui skrin besar di pekarangan rumah pemain itu di Kampung Tok Kepak Pida 6 awal pagi tadi. - Foto Bernama
KEJAYAAN Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016 adalah satu kebanggan buat negeri kelahirannya, Kedah dan juga negara.
Bapanya, Subri Kader, 64, yang terharu dengan kejayaan  anak kelima daripada enam beradik itu, disifatkan sangat bermakna buat keluarga yang sememangnya dinanti-nantikan sejak tercalon untuk anugerah berprestij itu.

"Saya terharu dan gembira dengan kejayaan Mohd Faiz ini dan ini adalah hadiah untuk negeri dan negara.

"Saya berharap kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk dia terus berjaya pada masa depan," katanya kepada pemberita sebaik sahaja Mohd Faiz diumumkan sebagai pemenang anugerah itu kira-kira pada pukul 2.40 pagi.

Subri berkata kejayaan itu juga sangat berbaloi apabila selama ini keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya.

"Apa yang saya rasa ketika ini adalah mahu memeluknya apabila sampai ke tanah air nanti.
"Dia seorang anak yang baik dan sentiasa ingat keluarga dan ibu bapa," katanya.

Beliau melahirkan rasa terharunya apabila nama keluarga disebut Mohd Faiz ketika berucap sempena kemenangannya di Zurich, Switzerland.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jaringan langgar 'hukum fizik' menang!]

"Ini mungkin kejayaannya disebabkan mendapat restu kami seluruh keluarga," katanya.

Menurutnya Mohd Faiz ada menghubungi keluarga pada sebelah petang tadi sebelum berlangsungnya majlis anugerah itu.

Mengenai majlis kesyukuran, Subri berkata, mereka sekeluarga akan berbincang dengan Mohd Faiz terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Sementara itu, ibu Mohd Faiz, Saadiah Ishak, 55, berkata, mereka sekeluarga mengicapkan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung, penyokong dan rakyat Malaysia di seluruh negara yang mendoakan kejayaan anaknya itu.

Katanya ia juga sebagai semangat buat Mohd Faiz untuk lebih berjaya termasuk mewakili negara pada masa akan datang.

Saadiah berkata kejayaan yang dikecapi anaknya itu sudah tentu merupakan saat yang terbaik buat hidup anaknya itu.

"Bukan senang nak dapat anugerah ini. Ini semua berkat doa keluarga dan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Mohd Faiz merupakan finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Teknik 'knuckleball' yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Februari tahun lepas.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - Bernama

Laporan dailymail.co.uk: Mohd Faiz Subri wins FIFA Puskas Award 2016 for best goal of the year after stunning free-kick in Malaysian Super League

Wednesday, December 21, 2016

Cina ni memang berhati mulia, Melayu dok bising2 pun tak ada dengar bertindak begini

Pemenang Lelongan Serah Rumah Kepada Pemilik Asal
Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 8:30 AM
PETALING JAYA: Apabila Lee Hui Sen menghadiri sesi lelongan rumah yang ditarik oleh bank, beliau menyukai sebuah rumah teres dua tingkat dan membida sebanyak RM445,000 untuk rumah tersebut.

Beliau kemudiannya membayar deposit sebanyak 10% kepada mahkamah tinggi untuk rumah tersebut.

Hui Sen kemudiannya pergi memeriksa keadaan rumah berkenaan.

Sebaik sahaja beliau melihat keluarga pemilik rumah itu masih tinggal di kediaman tersebut, beliau tidak sampai hati untuk mengambilnya daripada mereka.

Lelaki berhati mulia itu kemudiannya memutuskan untuk melepaskan wang deposit itu dan menyerahkan semula rumah tersebut kepada pemilik asalnya.

Peguam Lee sudah menghantar notis pengosongan dan surat meminta pemilik asalnya yang hanya dikenali sebagai S, 47, dan isterinya Nor, 42, untuk keluar dari rumah tersebut.

S diisytiharkan muflis pada 2014 selepas gagal membayar pinjaman gadai janji.

Dalam sepucuk surat tulisan tangan kepada S, Lee memaklumkan beliau tidak akan meneruskan pembelian rumah itu walaupun sudah membayar deposit sebanyak 10%.
Surat yang ditulis Hui Sen kepada S.

"Saya Lee Hui Sen, pembeli rumah lelong yang sedang anda duduk sekarang. Saya minta maaf sebab sudah beli rumah ini dan mungkin anda dan keluarga risau dan bimbang.

"Hari itu, keluarga saya ada pergi ke rumah anda dan kami ada nampak baju-baju budak di luar rumah. Keluarga saya tidak sampai hati nak halau anda.

"Keluarga saya sudah buat keputusan, untuk tidak beli rumah encik lagi. Walaupun kita sudah payah (bayar) 'high court' 10% (RM44,500).

"Kita akan kehilangan wang itu, tapi itu wang akan pergi ke akaun bank rumah encik. Harap itu adalah pertolongan kecil untuk anda," katanya menerusi surat dua muka surat.

Beliau turut menasihati S supaya pergi ke bank untuk menyusun semula pinjamannya bagi mengelakkan rumah tersebut dilelong semula.

Nor berkata dia tidak mempercayai surat yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya pada 21 Julai lalu.

Dia menunjukkan surat tersebut kepada Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan untuk mengenal pasti ketulenan surat tersebut dengan peguam bank.

"Ia sukar dipercayai dan satu keajaiban hadir memberi peluang kepada kami untuk membina semula kehidupan sekeluarga," katanya.

Nor berkata S telah membuat bayaran balik pinjaman selama hampir 20 tahun tetapi tidak tepat waktunya.

Pihak bank didakwa mengisytiharkan S sebagai muflis pada Jun 2014 tanpa pengetahuannya dan pada masa sama menawarkan penyusunan semula bayaran sebanyak RM350,000 bagi tempoh 25 tahun.

S dan Nor merupakan bekas pegawai bank sebelum mereka meletak jawatan masing-masing pada 2010 dan 2011 bagi memberi tumpuan kepada perniagaan mereka dalam sektor perkhidmatan.

Namun mereka berdepan masalah kewangan selepas perniagaan mereka jatuh.

"Saya benar-benar rasa tertipu kerana mereka tidak pernah memberitahu kami mengenai kebankrapan dan masih menawarkan kami penyusunan semula pembayaran.

"Pada 2014, kami menerima notis lelongan pertama. Selepas mesyuarat dengan pegawai bank, kami diberitahu untuk membayar RM40,000 sebelum tarikh lelongan. Kami membayar jumlah tersebut dan berbincang dengan bank mengenai proses penyusunan semula bayaran.

"Dari situ, perkara itu berlanjutan sehingga lelongan keempat," kata Nor.

Nadzim yang menemani pasangan tersebut untuk membantu mereka berkata beliau cuba mengatur mesyuarat dengan pihak bank sejak tiga bulan lalu tetapi tidak berjaya. - sumber