Saturday, December 23, 2017

Siasat isu Felda: Polis tubuh pasukan khas

Polis tubuh pasukan khas siasat kes Felda
mk   -   Hari ini, 8:09 am
Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pasukan itu ditubuhkan sehari selepas laporan polis dibuat oleh Felda pada 12 Disember lalu dan siasatan dijalankan menurut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu berhubung penipuan dan pemalsuan dokumen.

“Selepas laporan diterima, kami membuka satu kertas siasatan serta menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Polis Diraja Pulau Pinang, di George Town malam tadi.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan

“Saya difahamkan beliau tiada di dalam negara ketika ini. Jadi, bila (beliau) dah balik polis akan ambil keterangan daripadanya,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan memanggil beberapa pihak lain untuk diambil keterangan.

"Selepas selesai rakam percakapan, kita akan lihat mana arah tuju kes tersebut," katanya.

Kelmarin, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik yang dianggar bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala Lumpur susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah agensi itu termasuk membuat laporan polis pada 12 Disember lalu.

baca juga: siapa dia ni. betul ke suara PAS/Hadi?

10 comments:

  1. I'd like to find out more? I'd love to find out some additional information.

    ReplyDelete
  2. Hi, I check your blogg like every week. Your writing
    style is awesome, keep it up!

    ReplyDelete
  3. belapa bnayaak dah pasukan has abok pun tarak
    harap mealyu amono memang boddo la
    nyanyi lagu anak kecik main api
    pak budak jual kereta api
    cis memang bedebah

    ReplyDelete
  4. Fastidious response in return of this difficulty with genuine arguments and explaining
    all on the topic of that.

    ReplyDelete
  5. Siasat punye siasat akhir jawapan Tiada salah laku olih Felda.hanya kesilapan Teknikal berlaku.itu pun srlepas PRU 14 klu UMNGOK/BN menang.terjadi lah episod RAKYAT MALAYSIA DIKENCINGKAN DAN DIBERAK KAN OLIH UMNGOK/BN.Sampai kiamat pun tiada kesudahan.RAKYAT JUGAK YANG MAMPUS BAYAR HUTANG PENYAMUN PENYAMUN JILAKE NI.

    ReplyDelete
  6. Dalam isu ini, tobat lahom la kalau ada yang benar-benar gentleman sukarela ikhlas mengaku macam Noor Mohamad Yaakub dalam RCI forex tuhari. Kalau ada, maka kiamatlah UMNO.

    ReplyDelete
  7. Pasukan khas ni boleh percaya ke? Mcm pasukan khas yg siasat tan sri dzulkifli boss sprm yg didakwa main bini org di bali. Apa hasil??

    ReplyDelete
  8. Your style is so unique compared tto other folks I've read stuff
    from. Thank you for posting when you have the opportunity, Gusss I will just bookmark this blog.

    ReplyDelete
  9. Hi, Neat post. There's an isue togetheer with
    your web site in web explorer, could check this? IE still is thee marketplace chief and
    a good section of other people will pass over your wonderful writing due to this
    problem.

    ReplyDelete
  10. Sapa pulak duk gelenyar guna b.i dlm komen. Ohh unique oh awesome wondwrful. Phuiiii

    ReplyDelete