Friday, December 29, 2017

Nasiblah.......sendiri terima, sendiri tanggunglah!

Kesian abang saya, kata Khalid mengenai nasib Shahrir di Felda

  | December 29, 2017
Pemimpin Amanah itu menasihati abangnya agar tidak membiarkan imejnya terpalit kerana menangani 'biawak hidup'.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata beliau bersimpati terhadap abangnya, Tan Sri Shahrir Samad dalam menangani kontroversi terkini membabitkan Felda.
“Kesian abang saya. Sebenarnya, saya ada pesan padanya supaya berhati-hati, jangan sampai imejnya terpalit hanya kerana menangani satu biawak hidup sedangkan dia ikhlas untuk membantu,” katanya dipetik Sinar Harian semalam.
Khalid berkata disebabkan abangnya mempunyai “imej yang baik”, beliau digunakan untuk “menutup kerosakan yang berlaku” dalam Felda.
Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik menjadi pengerusi Felda awal tahun ini, menggantikan Tan Sri Isa Samad.
Bekas menteri itu baru-baru ini memberikan jaminan akan memulihkan Felda daripada pelbagai kontroversi, termasuk isu pindah milik tanah dipercayai bernilai RM1 bilion di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Shahrir, 68, merupakan abang kepada Khalid, 60. Mereka turut mempunyai 6 adik-beradik lain.
Kedua-duanya berlainan pegangan politik, di mana Shahrir merupakan veteran Umno yang terkenal dengan kejutan politik di Johor Bahru apabila menang sebagai calon bebas susulan peletakan jawatannya daripada Umno pada 1988.
Khalid, bekas timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, merupakan antara pemimpin kelompok “progresif” dari parti itu yang turut sama menubuhkan Amanah pada 2015.
Khalid berkata walaupun berbeza parti, mereka tetap mempunyai hubungan baik.
“Kita memang berbeza fikiran, pandangan dalam hal politik tapi tidaklah sampai nak bermusuh, cara selamat, kalau jumpa tak perlu bincang soal politik.
“Ya, ada masa memang berbeza pendapat, bergaduh tapi tiada yang simpan dalam hati pun atau nak jatuhkan sesama sendiri,” katanya dipetik Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment