Thursday, December 28, 2017

‘Ilmu kebal’ apa yang dia pakai?

‘Ilmu kebal’ apa yang Isa Samad pakai, soal peguam
 HUSIN MAHAT  -  December 28, 2017 3:33 pm
‘Kekebalan’ bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam menghadapi pelbagai skandal membabitkan agensi tersebut menimbulkan tanda tanya umum sehingga Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamed Hanipa Maidin melontar soalan, ilmu apa yang digunakan tokoh veteran Umno itu?

Mengulas skandal terbaru membabitkan Isa iaitu penjualan tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Hanipa melahirkan kehairanan mengapa seingga kini Isa belum lagi dipanggil polis sedangkan semasa urusniaga itu berlaku, Isa menjawat pengerusi Felda dan pengerusi Felda Investment Corporation, syarikat milik Felda yang diberi tanggung jawab memajukan tanah strategik Felda itu.

“Ada laporan polis dibuat, polis kata mamat ni (Isa) ada di luar negara dan hanya akan diambil keterangan bila dia dah balik Ke Malaysia.

“Lepas tu, menular foto mamat ni dah balik ke Malaysia dan siap boleh pengerusikan mesyuarat Umno (Teluk Kemang) lagi tapi masih tak dipanggil polis.

“Yang bestnya dia boleh kata saya masih belum dipanggil polis. Tak tahu ilmu apa dia pakai hingga polis macam tak boleh nampak dan kesan dia,” ujar Hanipa sinis.
Mohamed Hanipa Maidin

Malah sambung Hanipa, polis dalam satu kenyataan terbaru hanya akan memanggil Isa minggu depan bagi diambil keterangan.

“Lihatlah betapa seriusnya pihak berkuasa!” ujar beliau.

Hanipa turut mempertikaikan kenyataan pihak polis yang hanya akan menyiasat kes penjualan meragukan tanah Felda itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) dan kes pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 471 KK.

Malah tambah beliau, kes ini sepatutnya disiasat di bawah kesalahan pecah amanah (criminal breach of trust) di bawah Seksyen 405, 408 dan 409 KK yang boleh membawa kepada hukuman penjara, sebatan dan denda.

“Bukankah beliau (Isa) ialah pengerusi Felda dan Pengerusi FIC ( Felda Investment Corporation) yang terlibat dalam transaksi tersebut?” ujar Hanipa.

Apa yang lebih mengejutkan, tambah Hanipa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor media mendapati tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes penjualan atau pindah milik tanah Felda itu sebaliknya hanyalah kes kelemahan tadbir urus.

“Apa gamaknya ilmu yang dipakai oleh mantan pengerusi Felda ni… macam kebal semacamlah!” soal Hanipa.

5 comments:

  1. ilmu madah berhelah

    ReplyDelete
  2. Hantu jembalang, setan semua ade... inilah malaysia tanah airku... malaysia boleh!!@@!... sampai mati mcm nilah kalau tak berubah... pemimpin tulah penyangak, penyamun, setan, jembalang... telan semua yg ade ... haram bagi dia tetap halal.... aku sebagai rakyat marhaen tak akan ampunkan penindasan ini... tiada maaf bagimu...

    ReplyDelete

  3. Setiap kawasan mengundi wajib ada Wakil dari setiap Parti yang bertanding jika Pakatan Harapan hendak menang, Jika tiada sesiapa yang memerhati 1000% BN Tetap menipu dari segala macam cara untuk menang majority sewaktu PRU 14,,waspadalah....!!

    ReplyDelete
  4. Takkan tak tau kot? Ilmu tu bernama Pee Dee. U help me, I help u

    ReplyDelete
  5. Depa ber2 ada 1perjanjian kramat.
    I help u.u help me.

    ReplyDelete