Monday, December 4, 2017

Sandiwara Pandikar-Johari: Perang mulut yang menarik perhatian rakyat, siapa menang?

Siapa menang dalam sandiwara Pandikar-Johari?
Timmy Say  -  December 4, 2017

Perang mulut antara Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi hangat minggu lepas.

Perang mulut kedua-dua tokoh besar Barisan Nasional (BN) itu bermula setelah buku Pandikar terbaru bertajuk “Berpisah Tiada” dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid pada 27 November yang lalu.

“Saya dapati tidak wujud perkara seperti Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya. Bagaimana boleh dikatakan Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya kerana selepas Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Malaya sudah tidak lagi wujud,” kata Pandikar ketika melancarkan bukunya bagi menjawab hujah sesetengah pihak bahawa Sabah dan Sarawak adalah setaraf Malaya.

Sebenarnya 2 minggu sebelum itu, Pandikar sudah pun mengeluarkan pandangan yang sama. Beliau menyeru rakyat Sabah untuk memahami kandungan sebenar MA63 dan proses pembentukan Malaysia sebelum membuat tafsiran berhubung isu berkaitan kerana beliau bimbang ada pihak luar yang berkepentingan sengaja memainkan emosi rakyat Sabah di dalam isu ini.

Di bawah MA63, Pandikar menjelaskan Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan yang sama dengan negeri lain di Semenanjung, tetapi ia memiliki autonomi dan hak jaminan perlembagaan.

“Namun, ada pihak seperti kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) berpusat di United Kingdom yang diketuai Doris Jones serta pemimpin pembangkang di negeri ini, mendakwa taraf Sabah dan Sarawak sudah dilucutkan.

“Jadi, apa motif sebenar mereka kalau bukan untuk politik kerana dakyah mereka membangkitkan kemarahan, khususnya kepada generasi muda untuk membenci kerajaan?” kata beliau.

Pandikar mengingatkan bahawa perbandingan kemajuan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bagi menggambarkan keadaan kedua-dua negeri yang masih ketinggalan adalah tidak sesuai kerana pembangunan infrastruktur seperti jalan raya bersifat antara daerah berbanding antara negeri di Semenanjung.

Hujah Pandikar turut disokong Zahid.

Ketika melancarkan buku Pandikar, Zahid turut menyambung hujah Pandikar sambil menyelar “pihak tertentu” yang menggunakan kajian akademik bagi menimbulkan ketegangan hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

“Mutakhir ini, ada ahli akademik menggunakan kajian seumpamanya untuk cuba mempengaruhi pembaca dan menyemarakkan api kebencian terhadap kononnya, kelemahan dalam 20 Perkara yang dipersetujui pemimpin dulu.

“Jika memang ada kelemahan atau perkara yang harus dikemas kini, kaedah terbaik adalah melakukan perundingan dengan kebijaksanaan dan ketatasusilaan,” jelas Zahid.

Pandangan Zahid yang menyokong hujah Pandikar inilah yang memulakan perang mulut antara Johari dan Pandikar apabila Johari selaku ketua menteri disoal DAP mengenai sokongan Zahid terhadap Pandikar di saat Sarawak sedang memperjuangkan lebih kuasa autonomi daripada kerajaan persekutuan.

Johari menjawab beliau tidak bersetuju dengan pandangan Pandikar. Jawapan itu menyebabkan Pandikar tercabar lalu mencabar Abang Jo untuk berdebat.

“Ada orang itu hendak ajak saya berdebat, tapi untuk apa hendak berdebat dengan dia? Macam budak-budak. Paloi! (Bodoh) Sebaliknya kita Sarawak ada maruah dan cara untuk berunding dengan persekutuan,” terus jawab Johari yang seolah-olah menghina Pandikar.

Selaku Speaker Dewan Rakyat sudah tentunya Pandikar tidak berundur. Beliau membidas penolakan debat Johari sambil menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin yang menganggap diri mereka elit tidak sanggup berbahas dengan “budak-budak paloi”.

Perang mulut ini sangat menarik perhatian rakyat.

Persoalannya, jika perang mulut ini membawa keburukan kepada BN, mengapa tiada pimpinan tertinggi BN yang cuba menghentikannya?

Ini kerana di dalam perang mulut ini tiada pihak yang kalah, kedua-duanya menang.

Pandikar, selaku seorang pimpinan Sabah berjaya memenangi hati para pimpinan Semenanjung dan sebilangan besar rakyat yang tegar dengan konsep negara Malaysia. Ini kerana beliau berani menjadi lidah mereka untuk mengeluarkan apa yang tersemat di hati sekian lama terhadap sesetengah pihak yang menabur jarum untuk mengasingkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia sehinggakan para ahli politik BN juga terbawa-bawa oleh agenda tersebut demi keuntungan politik.

Kelantangan Johari melawan Pandikar dan mempertahankan kedaulatan Sarawak serta MA63 terus melonjakkan imejnya setaraf dengan Tan Sri Adenan Satem. Rakyat Sarawak dipercayai akan terus memberikan kepercayaan kepada Johari dan PBB.

Tapi Johari dan Pandikar bukanlah pemenang terbesar di dalam perang mulut ini. Johari adalah pemimpin BN, dan Pandikar juga dari BN. Jadi pemenang terbesar di dalam perang mulut ini ialah BN – sementara rakyat terus diperbodohkan oleh sandiwara politik yang berterusan.

8 comments:

  1. bookmarked!!, I love your blog!

    ReplyDelete
  2. Howdy! I know this is somewhat off-topic but
    I had to ask. Does operating a well-established website such as yours require a lot
    of work? I am brand new to writing a blog however I do write in my diary on a daily basis.
    I'd like to start a blog so I can share my experience and thoughts online.
    Please let me know if you have any kind of recommendations
    or tips for brand new aspiring bloggers. Appreciate it!

    ReplyDelete
  3. I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you design this
    website yourself or did you hire someone to do it for you?

    Plz respond as I'm looking to construct my own blog and would like to find
    out where u got this from. thanks a lot

    ReplyDelete
  4. Hiya! Quick question that's totally off topic. Do you know how
    to make your site mobile friendly? My weblog looks weird when browsing from my iphone 4.
    I'm trying to find a template or plugin that might be able to fix this problem.
    If you have any recommendations, please share. Thank you!

    ReplyDelete
  5. I blog frequently and I genuinely appreciate your information. This great
    article has really peaked my interest. I am going
    to bookmark your blog and keep checking for new details about once per week.
    I opted in for your RSS feed too.

    ReplyDelete
  6. We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community.
    Your website offered us with valuable information to work on. You've done
    a formidable job and our entire community will be thankful to you.

    ReplyDelete
  7. Pretty component of content. I just stumbled upon your web site and in accession capital to say that I acquire in fact enjoyed account your
    weblog posts. Any waay I wikl be subscribing foor your feeds or even I achievement you gett admission to persistently rapidly.

    ReplyDelete
  8. Thanls for another fantastic post. Where else could anyone gget that type of information in such an ideal
    manner of writing? I've a presentation next week, and I'm at the search
    for such information.

    ReplyDelete