Saturday, December 16, 2017

RUU akta pembiayaan politik: Hanya 'janji manis' kerajaan.?

'Tiada kesungguhan bentang RUU akta pembiayaan politik'
mk      Hari ini, 6:13 pm

NGO Transparency International - Malaysia (TI-M) menyuarakan kekecewaannya atas kurangnya kesungguhan politik bagi membentangkan RUU Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) sebelum Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pertama kali mengumumkan hasrat beliau bagi undang-undang itu pada Ogos 2015 berikutan pendedahan beliau menerima RM2.6 bilion di dalam akaun banknya menjelang pilihanraya umum 2013 lalu.

Walaupun RUU akta pembiayaan politik itu dijadualkan akan dibentangkan sebelum PRU14, namun pada September lalu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mengakui pembentangan untuk RUU itu memerlukan banyak masa lagi.

Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar menyifatkan perkara ini sebagai 'janji manis' kerajaan.

"TI-M kecewa kerana RUU Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA)...tidak akan dibentang sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Kelihatan seperti tiada kesungguhan politik daripada kesemua parti-parti politik bagi menyokong PDEA," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

PAS berulang-kali menggesa PDEA dipercepat sebelum PRU14, manakala ahli politik Pakatan Harapan termasuklah naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ong Kian Ming dari DAP tidak bersedia menyokong sepenuhnya RUU ini kerana bimbang BN akan menggunakan PDEA bagi 'menekan pembangkang'

Akhbar menggesa agar tiada penundaan dalam menjadikan PDEA sebagai undang-undang.

"TI-M percaya dengan mempunyai perundangan yang mengatur pembiayaan politik akan memperbaiki imej negara daripada segi ketelusan, integriti, pertanggungjawaban dan keterbukaan dalam politik yang sangat penting untuk sebuah demokrasi yang sihat.

"Hari ini, kempen-kempen pilihan raya menjadi semakin mahal - para ahli politik memerlukan sejumlah wang yang banyak bagi mengerakkan kempen mereka dan ini membangkitkan persoalan integriti yang serius.

"Penguatkuasaan pembiayaan kempen yang cekap juga perlu bagi memantau dan melaksanakan peraturan pembiayaan politik.

"Perkara ini perlu diselesaikan sekarang untuk ketelusan yang lebih baik dalam sistem pilihan raya dan negara ini," kata beliau.

No comments:

Post a Comment