Wednesday, December 20, 2017

Tang ni bagi aku ada keraguan sikit

Pakatan menang PRU14 walaupun 3 penjuru, kata Invoke
Diterbitkan pada 19 Dec 2017 4:25PM
Pengasas Invoke, Rafizi Ramli berkata kaji selidik yang dijalankan antara November dan Disember tahun ini menunjukkan Pakatan Harapan boleh menang 115 daripada 222 kerusi Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2017

PAKATAN Harapan (PH) akan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya sentimen pengundi yang menolak Barisan Nasional (BN) sekarang berterusan, walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru, kata badan kaji selidik Invoke.

Pengasas Invoke, Rafizi Ramli berkata kaji selidik yang dijalankan antara November dan Disember tahun ini menunjukkan PH boleh menang 115 daripada 222 kerusi Parlimen.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, mana-mana parti politik atau gabungannya memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Berdasar angka-angka terkini, BN hanya akan menang 63 sahaja kerusi di Semenanjung Malaysia manakala PH akan menambah kerusi kepada 102 kerusi, kata ahli Parlimen Pandan itu.

Di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Invoke mengunjurkan PH akan menang 8 kerusi, termasuk oleh Warisan, manakala BN 14 kerusi. Di Sarawak pula, PH diunjurkan menang lima kerusi manakala BN 26 kerusi.

Kaji selidik Invoke itu juga menunjukkan PAS langsung tidak akan menang satu pun kerusi Parlimen dalam pertandingan tiga penjuru.

"Tahap sokongan pengundi kepada PAS telah jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan," kata Rafizi dalam satu kenyataan media, hari ini.

"Hanya 14% pengundi Melayu menyatakan akan mengundi PAS dalam pertandingan 3 penjuru, jatuh 11% berbanding 25% pengundi Melayu yang memilih PAS dalam kaji selidik yang sama Januari 2017 lalu." 

Sokongan pengundi Melayu kepada juga, kata Invoke, dijangka terus merosot beberapa bulan akan datang.

Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar pengundi PAS memilih untuk menyokong PH jika hanya ia dan BN bertanding, iaitu sebanyak 51% mengundi PH berbanding 28% yang akan mengundi BN.

BN sekarang memegang 132 kerusi Parlimen, PH 70, PAS 15 dan Warisan 2.

Unjuran Invoke ini bagaimanapun bertentangan dengan beberapa pandangan penganalisis politik sebelum ini yang mengatakan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan menguntungkan BN kerana memecahkan sokongan kepada pembangkang.

Kaji selidik Invoke itu melibatkan 5,000 pengundi berdaftar di seluruh negara yang dijalankan antara 5 hingga 13 Disember lepas.

Invoke juga membuat kaji selidik kecenderungan pengundi di kerusi-kerusi marginal yang akan menyaksikan saingan sengit di antara BN dan PH, melibatkan 1,500 orang pengundi berdaftar di setiap kerusi marginal, antara 6 November hingga 15 Disember lalu.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong daripada DAP baru-baru ini meramalkan keputusan PRU14 akan ditentukan oleh 40 kerusi marginal di Semenanjung yang dimenangi tipis oleh BN dalam PRU13.

Menurut Rafizi, kaji selidik Invoke itu mendapati pertembungan tiga penjuru pada PRU14 tidak akan menguntungkan Umno dan BN sementara sokongan pengundi Melayu ke atas Umno dan PAS semakin merosot.

"Hanya 41% dari pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi Umno jika PRU dipanggil dan berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Rafizi.

Invoke juga mendapati sekitar 50% pengundi Melayu yang akan mengundi Umno bersetuju yang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membebankan dan menyokong jika ia dihapuskan.

"Ini bermakna tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno akan terus merosot kerana pengundi Umno pun merasa tekanan kos sara hidup," kata Rafizi.

Invoke merumuskan tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno "lebih parah" di negeri-negeri yang jadi tumpuan utama iaitu Kedah dan Johor.

Rafizi memberikan contoh misalnya hanya 31% pengundi Melayu di Kulim Bandar Baru dan Merbok menyatakan akan memilih Umno dalam pertandingan tiga penjuru, manakala hanya 30% pengundi di Johor Bahru akan memilih Umno.

"Angka tersebut konsisten dengan kajian Institut Kajian Asia Tenggara NUS (ISEAS) yang mendapati tahap sokongan pengundi Melayu seluruh Johor kepada Umno hanyalah 35%," katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata tahap sokongan pengundi Cina kepada PH telah kembali ke paras 2013 iaitu melepasi 80% dalam bulan Disember 2017 manakala tahap sokongan pengundi India juga sama iaitu 60% berpihak kepada BN dan 40% kepada PH. – 19 Disember, 2017. - sumber

6 comments:

  1. I'm amazed, I must say. Seldom do I come aceoss a blog
    that's equally educative and amusing, and let me tell you, you've hit the nail on the head.
    The problem is an issue that not enouyh people arre speaking intelligently about.
    I'm very happy that I camje across this in my hunt for something
    regarding this.

    ReplyDelete
  2. aku pun ragu juga dengan invoke rafizi ni....jangan duk pelekeh parti orang...aku rasa lebih baik dia perbaiki pkr dan gabungan parti lain dalam PH tu...jangan duk syoq sendiri...

    ReplyDelete
  3. biase la .. bg aku ini adelah sebahagian drpd propagande perang saraf bg menaikan semangat n keyakinan penyokong'2 ph .. ketepatan unjuran ini mgkin skdar 40-60% sje

    ReplyDelete
  4. Walau Apa pun kami Tetap bersama Pakatan Harapan..........!!!!

    ReplyDelete
  5. Invoke have its own class in doing its research...but it does not mention specifically..does it cover the rural dominated malays.Anyway...bravo to rafizi..one of malay genius..who works very hard for the msian people.my vote is for u...put that in ur statistic.

    ReplyDelete