Sunday, December 17, 2017

Inilah OKU yang syahid......

Inilah OKU yang dibunuh askar Israel
16 DISEMBER 2017
Ibrahim Abu Thurayeh. - Foto sumber AFP

KEHILANGAN kedua-dua kaki, menggunakan kerusi roda dan berisiko ditembak mati tidak menghalang Ibrahim Abu Thurayeh, 29 untuk memprotes tindakan Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Malah, sebelum maut ditembak oleh askar Israel, protes semalam bukanlah protes dan pertembungan pertama Ibrahim dengan askar Israel.

Ibrahim yang didakwa kehilangan kedua-dua kakinya pada 2014 dilaporkan sebelum ini aktif menyertai pertembungan diantara penduduk Palestin dan askar rejim Zionis di bandar Gaza dan Tebing Barat.
Dalam kebanyakan foto yang merakam Ibrahim, soldadu OKU berkenaan dilihat dengan berani mara berkerusi roda sambil mengibarkan bendera Palestin, tatkala rakan seperjuangan tunduk mengelak hujan peluru getah dan bom pemedih mata.

Hamba ALLAH S.W.T. tersebut akhirnya gugur semalam selepas ditembak di sempadan berhampiran bandar Gaza.

Mangsa yang dibawa ke hospital al-Shifa di bandar sama diisytiharkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Ketika ini, beribu-ribu lagi rakyat Palestin berterusan bersemangat bangkit untuk menentang penjajahan haram oleh Israel.

Ekoran pengisytiharan 'muka tak malu'  Presiden Amerika Syarikat, dijangka lebih hebat lagi protes-protes yang akan bukan sahaja dijalankan di Palestin, malah di seluruh dunia.
Walaupun negara-negara paling berpengaruh di dunia seperti Amerika Syarikat 'membenarkan' kewujudan negara haram Israel, semangat juang penduduk Palestin tidak pernah rapuh walaupun sudah ramai yang gugur menyembah bumi.

Bayangkan jika ada penceroboh pecah masuk rumah anda dan mendakwa sebahagian rumah anda kononnya hak milik mutlak mereka.

Tak cukup dengan itu, 'jiran-jiran rumah' di sekeliling 'rumah' anda buat tidak peduli dan tidak tahu, malah ada jiran yang bersetuju dengan kata penceroboh tersebut.


[ARTIKEL BERKAITAN: 367 penduduk Palestin cedera dibelasah askar Israel]

Bagaimanakah perasaan anda? Adakah anda akan berdiam diri? Adakah ia akan menjadi satu alasan kukuh untuk anda bermati-matian berjuang mempertahankan hak?

Al-Fatihah kepada Ibrahim Abu Thurayeh. - sumber

Kaitan: 'Jangan berani isytihar Baitulmaqdis milik Israel'

2 comments:

  1. Al fatihah
    Innalillah...
    Manisnya syahid

    ReplyDelete
  2. Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.

    yakin lah saudara islam disana berjuanglah dijalan Allah jangan harap kat ketua negara negara Islam sangat
    depa bnayka yang jadi barua amalika n yahudi

    ReplyDelete