Monday, December 25, 2017

Dr. Mahathir takyah soallah, tak ada yang menungkat langit

'Jangan kelirukan rakyat kerugian Bank Negara bawah Najib'
mk      24 Dec 2017, 7:23 pm
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan cuba mengelirukan rakyat berkenaan isu kerugian rizab luar Bank Negara kira-kira RM161 bilion antara 2013 hingga 2015.

Bekas perdana menteri itu mengulas kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Gani yang menyatakan kerugian disebabkan aliran keluar dana asing, bukannya kerana kegiatan pertukaran mata wang asing.

Dalam kenyataan di blognya hari ini, Mahathir mendakwa kerugian itu kerana Bank Negara menjual rizab mata wang asingnya untuk meningkatkan nilai ringgit, yang menurun ketika itu ekoran kemerosotan keyakinan pasaran.

"Tugas (Bank Negara) adalah untuk mengekalkan nilai ringgit jika pasaran hilang keyakinan, misalnya terhadap pengurusan kewangan kerajaan.

"Untuk mengekalkan nilai ringgit, Bank Negara perlu membeli ringgit (untuk) menunjukkan ada permintaan terhadap ringgit," katanya yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

Untuk berbuat demikian, katanya, Bank Negara perlu meniagakan dolar AS daripada rizab nasional untuk membeli ringgit yang telah menurun nilainya.

Tetapi kaedah itu hanya akan berjaya untuk suatu tempoh masa, katanya lagi.

"Nilai ringgit mungkin kekal. Tetapi kurangnya keyakinan dalam pasaran secara berterusan boleh mencetuskan sekali lagi kemerosotan nilainya. Dan Bank Negara perlu menggunakan lebih banyak dolar AS daripada rizab untuk menyokong ringgit.

"Seperti yang kita tahu, (nilai) ringgit tidak pulih ketika tempoh itu (2013-2105)," katanya.

"Aliran keluar AS$39.6 bilion (RM161 bilion) hanya terjadi apabila Bank Negara menjual dolar AS daripada rizab nasional, menyebabkan rizab berkurangan pada tempoh 2013-2015. Hal ini diakui Bank Negara sendiri. Inilah yang berlaku apabila ringgit diapungkan," katanya lagi.

Mahathir juga mencabar Johari untuk memberikan penjelasan lain tentang bagaimana rizab luar Malaysia merosot dari 2013 hingga 2015, dan mengapa Bank Negara memperdagang dolar AS untuk ringgit ketika sektor swasta berbuat sebaliknya.

Terdahulu, susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (forex), Mahathir berkata kerugian Bank Negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih besar.

Dalam rakaman video pada 10 Disember lalu, beliau mendakwa kerugian yang ditanggung pada 2013-2015 berjumlah AS$39.6 bilion, berbanding RM31 bilion ekoran urus niaga forex pada awal 1990-an.

“Tapi untuk ini tiada siasatan dilakukan, tiada Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan jawapan yang diberikan dalam parlimen tidak memuaskan,” katanya.

Mengulas kenyataan itu, Johari berkata kerugian tersebut disebabkan salah urus tadbir dan tidak memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Kerugian AS39.6 bilion seperti yang didakwa sebenarnya jumlah penurunan rizab antarabangsa ekoran aliran keluar dana asing dari Malaysia, bukannya kerana urus niaga forex," katanya.

3 comments:

  1. Kalau najib ni mau tak lepas jawab...mesti mtk anak buah dia tolong spin

    ReplyDelete
  2. Thanks for your marvelous posting! I quite enjoyed reading
    it, you could be a great author.I will be sure to bookmark your blog and may come
    back sometime soon. I want to encourage you to continue your great job, have a nice afternoon!

    ReplyDelete
  3. I pay a quick visit daily some web sites and sites to read posts,
    but this weblog provides quality based writing.

    ReplyDelete