Sunday, December 17, 2017

Najib-Hadi akan tangani nasib rakyat Palestin?

Perhimpunan Najib-Hadi akan tangani nasib rakyat Palestin
Diterbitkan pada Disember 17, 2017 06:37 MYT
Menurut laporan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Langkah sewajarnya yang perlu diambil bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Pas di Putrajaya pada 22 Dis ini.

Presiden UMNO itu berkata UMNO dan Pas perlu bersama-sama mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.

"Perlu ada pendirian bersama apabila ia melibatkan isu kepentingan Islam dan umatnya," kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di sini, pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata beliau juga akan menjelaskan tentang pendirian Malaysia berhubung perkara itu.

Menurut laporan, Najib akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata beliau juga akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini, tentang perkara itu.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam di seluruh dunia. - sumber

* Trump dan Yahudi akan dengar? Adakah pengaruh kita di dunia lebih besar dari Turki?

1 comment:

  1. Persiapan utk PRU14. Amerika tak dengar pun tak per.Yang penting KUASA...

    ReplyDelete