Sunday, April 15, 2018

Ya'fullahu Ta'ala 'Anhu


Saya menantu kepada Fakhruddin Yusoff (pemilik blog ini) dukacita ingin menyatakan bahawa Almarhum telah meninggal dunia pagi tadi bertarikh 15-April-2018 di rumah kami Ulu Yam,Batang Kali dan telah pun dikebumikan di tanah perkuburan Desa Kaloi,Ulu Yam selepas Asar. Sila panjangkan pada kenalan yang mengenalinya.

Sekian

Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya

Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal
By Ana Ghoib - 2016-04-14
Datuk Seri Shafie Afdal, berkata skandal 1MDB tidak boleh disamakan dengan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun bekas peradana menteri membuat tindakan drastik menyelamatkan negara. – Gambar wiraveteran.blogspot

Selain itu, kata Naib Presiden UMNO, malah Tun Dr Mahathir jugalah pemimpin yang bertanggungjawab memajukan negara sehingga mencapai kedudukan membanggakan ke hari ini.

“Dan ini memang satu kenyataan yang wajar diakui rakyat,” tegas bekas menteri itu. – KiniTV

Tun M tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Saturday, April 14, 2018

Adakah dia boleh landa apa saja bila di sebelah yang berkuasa?

Saturday, 14 April 2018
KU NAN WAJAR DISIASAT DI BAWAH AKTA BERITA PALSU

Dua kenyataan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor seperti di bawah ini, selain terdedah kepada tindakan saman oleh pihak yang dikaitkannya, juga berkemungkinan besar adalah suatu berita palsu.

Kedua-dua dakwaan ini sesungguhnya adalah tuduhan yang berat, apalagi jika diperkatakan tanpa bukti atau fakta yang kukuh.
Meskipun di musim kempen pilihanraya, tetapi dakwaan Ku Nan ini seharusnya segera disiasat oleh pihak berkuasa, setidak-tidaknya di bawah akta berita tidak benar atau berita palsu.

Selain itu, tuduhan beliau berkaitan mubaligh Kristian dalam DAP juga boleh disiasat di bawah akta hasutan, kecuali jika dapat disertakan bukti-bukti kukuh mengenainya.

Hanya dengan penyiasataan terhadap Ku Nan saja dapat membuktikan sama ada kedua-dua dakwaan beliau benar atau sebaliknya.

Jika berita "berbahaya" seperti ini tidak segera disiasat, ia tidak lain hanya mengesahkan lagi bahawa akta tersebut diluluskan semata-mata untuk disasarkan kepada pembangkang serta untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.  (ShahbudinHusin 14/04/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 19:17 

Ini pula respon Tuan Ibrahim: Pil Kuda: Ku Nan jangan mengarut, kata Tuan Ibrahim

Sape yang berani siasat Najib, SPRM?

Peguam gesa SPRM siasat Najib kerana rasuah pilihan raya
mk  |  Dikemaskini 14 Apr 2018, 5:00 petang

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mendakwa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak melakukan kesalahan rasuah apabila memberi kad bantuan teksi 1Malaysia kepada pemandu teksi dan menjanjikan kenaikan gaji kepada penjawat awam sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-14.

Peguam itu merujuk beberapa laporan yang memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa sebagai berkata bahawa kerajaan sementara hanya boleh meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini sehingga hari mengundi.

Oleh itu, peguam itu berkata, melainkan jika ia diluluskan oleh kabinet atau diumumkan dalam belanjawan negara dan diluluskan parlimen, kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa membuat janji atau memberi hadiah kepada sesiapa pun, sama ada orang awam atau sektor swasta.

Haniff, yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes berprofil tinggi, menjelaskan bahawa Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Haniff menjelaskan bahawa pemberian hadiah untuk mendapatkan undi bagi tempoh antara hari penamaan, 28 April hingga hari mengundi, 9 Mei merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Namun katanya jika perbuatan itu dilakukan sebelum hari penamaan, tindakan sedemikian mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mengikut Seksyen 17 (b) akta itu, Haniff berkata adalah suatu kesalahan bagi seseorang memberi hadiah untuk tujuan mendapatkan sesuatu.

"Oleh itu, Najib tidak boleh berbuat sesuatu yang sama seperti rasuah dan SPRM harus memantau dan mencegah amalan sedemikian dengan segera," katanya dalam tulisan di blog.

Beliau berkata sejak parlimen dibubarkan, Najib terlibat dalam dua kesalahan rasuah apabila membuat dua pengumuman.

"Pada 4 April, dua hari sebelum pembubaran, beliau mengumumkan bonus dan kenaikan gaji untuk 1.6 juta penjawat awam.

"Semalam, seminggu selepas pengumuman pembubarkan Parlimen, 67,000 pemandu teksi menerima kad bantuan teksi 1Malaysia di bawah inisiatif Teksi 1Malaysia," katanya yang mendesak SPRM menyiasat perdana menteri sementara itu kerana kesalahan rasuah.

Berebutkan Nik Omarlah pulak!

Nik Abduh nafi abang nak menyeberang ke AMANAH
mk  |  Dikemaskini 14 Apr 2018, 3:59 petang
PRU14 | Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan salah seorang anggota keluarganya akan menyertai AMANAH sekali gus diturunkan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN).

Kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS yang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan lalu itu abangnya, Nik Omar, kekal istiqamah bersama PAS.

Nik Abduh juga menegaskan tiada sebarang rundingan dijalankan untuk memujuk Nik Omar menyertai AMANAH.

“Tidak akan berlaku (Nik Omar) menyertai AMANAH.

"Tiada rundingan (berlangsung), keluarga kami menafikannya. (Dakwaan AMANAH) ini propaganda untuk pecah-belahkan rakyat Kelantan," katanya kepada media di Pasir Mas hari ini.

Nik Abduh ditemui semasa menghadiri majlis kenduri anak bekas wakil rakyat kawasan Bukit Tuku, Abdul Fattah Haron.

Semalam salah seorang pemimpin AMANAH Kelantan mendakwa mereka sedang berunding untuk memuktamadkan penyertaan anak kedua Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ke dalam parti berkenaan.

Jika menjadi kenyataan ia akan mewujudkan pertembungan adik-beradik di kalangan waris bekas menteri besar Kelantan berkenaan.

Serah kepada parti

Nik Abduh dikenali sebagai salah seorang pemimpin PAS yang tegar menyokong pendekatan diambil parti itu sejak Nik Abdul Aziz meninggal dunia.

Pada masa sama Nik Omar pula kelihatan lebih terbuka dan pernah dilihat bersama-sama pemimpin AMANAH sekarang dalam majlis tertentu.

Perwatakan Nik Omar juga banyak mengingatkan orang ramai kepada ketokohan serta sikap lemah-lembut Nik Abdul Aziz.

Pemerhati berpendapat jika Nik Omar benar-benar menyertai AMANAH kemungkinan besar dia akan menjadi calon PRU akan datang.

Sementara itu mengenai kedudukannya dalam PRU ke-14 ini - sama ada kekal bertanding di parlimen atau tidak - Nik Abduh berkata dia menyerahkan keputusan itu kepada kepimpinan parti.

"Tentang pencalonan, saya tak mahu ulas sebab adat dalam jemaah, tak molek. Kita kena serah kepada pimpinan," katanya yang menyandang kerusi parlimen Pasir Mas.

Menurut Nik Abduh setakat ini hanya satu nama sudah disahkan menjadi calon PAS iaitu ketua penerangan parti berkenaan, Nasrudin Hassan.

Nasrudin sebelum ini memenangi kerusi parlimen Temerloh namun dinamakan sebagai calon Indera Mahkota oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN

'Jual negara kepada China, fitnah jahat mahu jatuhkan BN'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  - 14 APRIL 2018
Singapura mencatatkan pelaburan langsung asing tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM - Propaganda bahawa BN menjual kedaulatan negara kepada China kembali disebar pihak tertentu demi kepentingan politik, menjelang PRU14.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang sebenar, tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada BN.

"Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65 billion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kisah terbaharu yang kembali tular di media sosial yang mendakwa BN menjual kedaulatan negara kepada China.

Jelas Abdul Rahman, nilai dagangan itu lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6 billion).

"Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun," katanya.

Justeru katanya, menurut logik pembangkang, kedaulatan Malaysia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu kerana jumlah pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh China dalam negara kita.

"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi tidak terhad kepada China sahaja," katanya.

Tegasnya, jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia sehingga 2017 adalah RM565 billion. Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5 peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia juga menerima pelaburan dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom, Denmark dan juga Amerika Syarikat.

Baru-baru ini syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi bersetuju melabur AS$7 bilion (RM27 bilion) di dalam Projek Rapid Pengerang.

"Saya yang terlibat secara langsung di dalam rundingan bersama-sama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid al-Falih mendapat maklum balas yang positif dari pihak mereka tentang ekonomi Malaysia," katanya.

Oleh itu, beliau menasihati rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati sebelum percaya dan menyebarkan propaganda seperti ini.

"Tidak ada sekelumit pun kedaulatan negara yang akan BN pajakkan kepada mana-mana negara asing.

"Jangan gadaikan masa depan anda dan tanahair yang kita cintai ini," katanya.

Negaraku berada di tangan Melayu sejak 60 tahun

* Tajuk di bawah ini sudah pun menghurai segalanya. Mengapa ada Melayu yang mertad dari Melayu?

'Murtad dari Melayu'
Mohd. Fudzail Mohd. Nor |  Dikemaskini 13 Apr 2018, 11:44 pagi
Saya masih teringat satu tajuk cerpen yang pernah dibaca sewaktu sekolah rendah, "Murtad Dari Melayu'.

Tidak ingat siapa penulis. Kalau tidak silap, cerpen itu berkisar mengenai seorang tua yang sakit di hospital sebelum dia meninggal dunia telah mengisytiharkan kepada anak-anaknya bahawa dirinya murtad daripada menjadi orang Melayu.

Lelaki itu kecewa melihat betapa teruknya perangai dan situasi orang Melayu yang menjadi tuan di tanahair sendiri.

Keputusan untuk murtad daripada menjadi orang Melayu itu menimbulkan ketegangan di kalangan anak-anaknya.

Kesan membaca cerpen itu terhadap saya, walau masih bersekolah rendah masih berterusan ke hari ini. Tidak tergapai pemikiran saya sewaktu dalam kehidupan di kampung yang masih belum membangun itu, pada akhir tahun 1970an berkenaan apa yang mungkin berlaku hari ini.

Ruang, peluang penguasaan politik

Sepanjang 4 dekad kemudian, apakah ada perubahan besar sikap, minda, mentaliti dan pendirian orang Melayu?

Dengan jutaan yang sudah bersekolah, menjadi graduan, berjaya dalam pelbagai bidang melalui DEB, tentunya orang Melayu di bawah kepimpinan parti kebangsaan boleh berbangga dengan kejayaan yang ada.

Penguasaan dalam politik semenjak merdeka memberi banyak ruang dan peluang. Tidak dapat disangkal memang ada banyak kemajuan yang dicapai terutama dalam dekad 1980an.

Begitupun, dengan media sosial hari ini, penyebaran maklumat, berita dan propaganda, termasuk berita palsu membongkar realiti yang hampir sama dengan keadaan dekad 1970an.
Apalagi dengan pembubaran parlimen dan kemeriahan pilihan raya semakin menjadikan suasana membahang di mana-mana.

Kita boleh mengukur sejauh mana negara telah bergerak progresif atau berpatah balik regresif, arah sebenar majoriti orang Melayu yang juga majoriti warganegara Malaysia ini ke depan atau ke belakang?

Kita lihat sahaja bagaimana sikap politikus Melayu daripada parti kebangsaan misalnya dalam proses demokrasi 'acuan tempatan'.

Apabila disebut mengenai negara kita hari ini di luar negara, seperi kami di di UAE, tanggapan pertama adalah soalan,'what happened to your country'?

Apa yang telah berlaku di negara yang dahulunya gah dan menjadi kebanggaan. Sekarang dicemar dengan imej rasuah, kleptokrasi dan perompakan siang hari yang terlampau.
Kita masih dipimpin oleh politikus Melayu daripada parti kebangsaan yang terus menang dalam pilihan raya. Tetapi apakah mereka yang berkuasa melalui demokrasi itu benar-benar demokrat mengikut piawaian sebenar?

Bukan sahaja politikus Melayu parti kebangsaan yang mengaku Muslim, solat lima waktu, puasa sebulan ramadan, membayar zakat, pergi haji dan umrah itu kelihatan syok sendiri dengan propaganda sendiri, tetapi mereka seakan berada di cakerawala selari yang hanya didiami mereka.

Penguasaan kuasa sepenuhnya di bawah seorang politikus dengan jawatan perdana menteri, walau bukan penjawat awam menurut mahkamah, menjadikan setiap cabang pentadbiran hanyalah boneka tanpa wibawa dan integriti.

Ingat, mereka yang memegang jawatan eksekutif sebagai ketua polis, peguam negara, ketua setiausaha negara, panglima tentera, ketua pengarah SPRM dan ROS, semuanya terdiri daripada orang Melayu atau muslim.
Mereka ini, penjawat awam sepatutnya bebas daripada kuasa politikus yang mentadbir melalui mandat yang diberikan lima tahun sekali.

Mereka yang memegang amanah dan mengangkat sumpah dengan nama Allah itu sepatutnya menjiwai konsep berani kerana benar dalam memikul tanggungjawab kerana setiap urusan membawa sama ada ke syurga atau ke neraka.

Imej negara yang dicintai ini tercemar teruk dengan penyelewengan, kerakusan, rasuah, ketamakan dan kejahatan politikus serta penjawat awam yang bertaraf boneka. Lantaran itu, hal paling ketara yang ditunjukkan daripada kesemua ini adalah kebangsatan moral bangsa Melayu!

Apakah mereka tidak merasa berdosa kerana menidakkan keadilan untuk semua, apabila parti lawan tidak diberikan ruang yang bebas dan adil untuk bertarung di padang yang sama rata, dengan pengadil yang saksama?

Tidakkah ada sekelumit perasaan bersalah? Atau memang matlamat menghalalkan cara?
Sebaik pembubaran parlimen, tiada lagi kerajaan sah. Dalam pilihanraya hanyalah parti-parti yang berkempen.

Begitupun, para pemegang jawatan menteri di bawah kerajaan sementara atau caretaker government terus sahaja melakukan apa sahaja, termasuk penggunaan fasiliti, jentera, media dan kemudahan awam untuk berkempen.

Lebih teruk, kempen pilihanraya tidak banyak berubah dari lima dekad lalu. Pemberian rasuah melalui saguhati seperti kain pelikat, kain batik, wang tunai dan pelbagai pemberian 'one-off', janji-janji bina itu dan ini dengan jutaan bajet, berterusan menjadi strategi untuk menang pilihan raya.

Para calon yang bertaraf menteri terus berlagak mempunyai kuasa untuk memberi apa sahaja dalam meraih undi.

Sedangkan mereka sepatutnya di sebut calon, bukan lagi perdana menteri atau menteri itu dan ini.

Debat ketua-ketua parti politik

Kita tidak berpeluang mendengar ketua-ketua parti politik berdebat sesama mereka secara langsung melalui media kepunyaan awam mahupun swasta. Sedangkan kita telah pun dianggap negara maju oleh perdana menteri dan para menteri.

Pihak yang dikatakan pembangkang tentunya bersedia untuk program debat antara calon. Inilah antara acara terbaik dalam demokrasi yang subur, maju dan telus.

Manakala pihak yang masih terasa sebagai kerajaan, hanya berani melalui media yang dikuasai. Monolog di atas pentas rapat umum atau di televisyen.

Dengan media sosial juga, pelbagai sebaran bahan kempen yang ditularkan sama ada untuk menakutkan atau menerangkan.
Perang politik telah lama bermula dalam Facebook dan Whatsapp.

Maki-hamun telah menjadi sebahagian suasana politik maya, lebih teruk dari luar alam maya. Kebebasan yang sedikit sebanyak membawa kesan negatif dalam perhubungan sesama sendiri.

Hakikatnya, begitu hodoh, buruk, tidak jantan dan tidak Islamik sekali untuk para politikus Melayu terutama daripada parti kebangsaan yang mahu terus berkuasa. Tidak ketinggalan juga tindakan para penyokong mereka (sama ada penjawat awam atau pengundi) dalam proses demokrasi yang dipantau oleh masyarakat dunia ini.

Disebabkan majoriti pihak yang berkuasa dan pengundi ialah orang Melayu Islam, maka orang Melayu dan Muslim dilihat semakin tersasar daripada demokrasi tulen.

Barangkali jika orang tua dalam cerpen 'Murtad dari Melayu' itu hidup kembali, dia akan tetap murtad daripada menjadi orang Melayu!

* MOHD FUDZAIL MOHD NOR bermastautin di UAE sejak 2000. Pernah bekerja di TV3 dan kini usahawan serta pengarah beberapa syarikat antarabangsa. Beliau juga penulis prolifik dengan sembilan judul buku dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

ATM dipuji kerana pendiriannya tidak berpihak

Puji ATM tidak berpihak pada parti — Mohamed Arshad Raji
Tuesday April 10, 2018 - 9:55 PM GMT+8
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohd Affandi

10 APRIL — Persatuan Patriot Kebangssan (Patriot) memuji kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohd Affandi yang dibuat di Kuching pada 10 April 2018. 

Panglima Angkatan Tentera menyebut bahawa kesetiaan ATM adalah kepada Raja dan negara, dan ATM tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. 

Patriot menabik Panglima Angkatan Tentera di atas perisytiharan terbuka beliau.

Patriot terkejut mendengar menteri pertahanan penjaga (caretaker) Hishammuddin yang menyatakan, “Jangan cuba untuk menipu anggota ATM dan jangan cuba mengelirukan orang lain dengan tuduhan (anggota ATM berpihak dengan parti tertentu )” (Borneo Post online 10 April 2018). 

Patriot tidak menyalahkan Panglima Angkatan Tentera kerana membuat kenyataan di Mes Perwira Kementah pada 30 Mac 2018 menyatakan kesetiaan kepada kerajaan dan perdana menteri kerana kami percaya beliau hanya mengikuti naratif penulis ucapan dari kementerian Hishammuddin. 

Patriot telah menyebut sebelum ini bahawa pengundian dan kertas undi adalah rahsia dan adalah mustahil bagi sesiapa untuk mengesan parti atau calon mana yang telah dipilh. 

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah membuat pernyataan yang sama. 

Memandangkan Panglima Angkatan Tentera telah membuat kenyataan yang dialu-alukan di Kuching, kami merayu agar beliau segera membuat pernyataan seperti berikut, untuk mengelakkan ketakutan, kecurigaan dan kekeliruan di kalangan anggota tentera dan masyarakat umum:

1.   Semua anggota angkatan tentera dan ahli keluarga mereka bebas mengundi sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

2.    Mereka yang berhak membuat undi pos / awal hendaklah menandakan kertas undi sendiri, dan tidak ada orang lain yang menandakan kertas undi untuk mereka.

3.    Menandakan kertas undi bagi pihak orang lain adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Pesalah juga akan diambil tindakan secara serius di bawah Akta Angkatan Tentera 1972. - sumber

* Briged Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji adalah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan

Segalanya mudah bila Allah campakkan hidayahNya


Dan semasa aku tonton video di bawah ni pula entah berapa banyak air mataku tumpah berderai

Ceramah Tun M di Felda Bukit Tangga: Ribuan Warganya HADIR , adakah mereka akan terjemahkan pada Kertas Undi?

* Gambar dan keterangan aku bawa dari blog celahgelegar

Saturday, April 14, 2018
[15 GAMBAR] Ribuan Warga Felda Bukit Tangga HADIR ceramah Tun M
Sakit kepala pulak la najib tengok gambar Tun M dengan ribuan rakyat Felda Bukit Tangga semalam. 

Kehadiran yang tidak terjangka ribuan rakyat felda Bukit TanggaBukit Kayu Hitam semalam menafikan sama sekali fitnah tv3 suku bahawa penduduk Felda masih setia bersama dengan kepimpinan al Najib.

Sebenarnya rakyat Felda juga telah bangkit bersama dengan gelombang kebangkitan rakyat. Mereka mahu berubah. 

Mereka tahu, sudah sekian lama mereka ditipu di bawah kepimpinan najib. Rakyat Felda bangkit mahu berubah untuk membina semula negara dan Felda bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua yang hadir semalam pun turut kehairanan, dari celah pelusuk manakah rakyat yang muncul. Mungkinkah juga yang turun dari langit seperti yang didakwa oleh so called Ust. Pas.