Wednesday, March 7, 2018

Santai: "Saya nak jadi macam ayah" - Cristiano Ronaldo Jr

"Saya nak jadi macam ayah" - Anak Cristiano Ronaldo tayang badan berotot
Astro Gempak |  Diterbitkan pada Mac 04, 2018 18:14 MYT
Cristiano memberitahu anaknya mahu menjadi sepertinya

ANAK kepada bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo iaitu Cristiano Ronaldo Jr. yang berusia tujuh tahun kini mempunyai tubuh berotot.

Menerusi perkongsian Cristiano Ronaldo di Instagram (IG) peribadinya dia memuat naik foto anaknya yang ketika itu berada di dalam gim.

Dalam foto tersebut anak lelakinya tersenyum lebar dengan bangga menunjukkan tubuhnya yang berotot tanpa baju

Cristiano memberitahu anaknya mahu menjadi sepertinya.

"Jr. kata 'saya nak jadi macam ayah!' Apa pendapat kamu?" tulisnya.

No comments:

Post a Comment