Wednesday, March 7, 2018

Isu sokong Murtad: Baca dan apa pandangan korang?

ISUNYA BUKAN SOKONG MURTAD TAPI MENYELESAIKAN MASALAH MANUSIA

Oleh Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Syarifah Nooraffyza lahir sebagai seorang Islam tapi amalkan Kristian sejak 2009. Memohon untuk keluar Islam dan mendapat kebenaran menukar nama pada kad pengenalan.

2. Salina seorang Kristian,  masuk Islam pada Nov 1992 kerana berkahwin, tapi kembali menganut Kristian selepas bercerai pada 2010.

3. Jenny lahir Kristian. Menganut Islam pada 2002 kerana berkahwin dengan lelaki Islam, tapi kembali menjadi Kristian selepas bercerai pada 2006.

4. Mohd Syafiq, penganut Kristian, masuk Islam pada 1996 kerana berkahwin dengan orang Islam mahu kembali kpd Kristian selepas isterinya meninggal pada 2007.

5. Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan status mereka sebagai beragama Islam dan memaksa JPN mengiktiraf mereka selaku penganut Kristian.

6. Mereka berempat mahu perkataan Islam dikeluarkan drpd kad pengenalan masing-masing kerana mereka memang tidak beramal dgn Islam lagi.

7. Hakim Mahkamah Persekutuan Kuching memaklumkan, kes berkenaan perlu dikendalikan oleh Mahkamah Syariah Sarawak kerana ia bidangkuasa mahkamah itu.

8. Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.

9. Isunya sekarang mahkamah mana yg ada bidangkuasa utk mendengar permohonan mereka. Jika mahkamah syariah juga tiada bidang kuasa, kes ini tiada penyelesaiannya.

10. Jika desakan mewujudkan SOP dlm isu ini dianggap sokong murtad, bagaimana penyelesaiannya? Atau, kes keempat-empat individu berkenaan dan ramai lagi dibiar tergantung begitu?

11. Jika ada orang yg masuk Islam tak mahu lagi bersama Islam, berikan dia pilihan. Jika Tuhan sendiri membiarkan mereka yg tidak menyembahnya hidup dgn aman di dunia ini, apa hak manusia utk menyusahkan mereka?

12. Adakah mahkamah syariah Perak dan Selangor yg ada bidangkuasa mengisytiharkan seseorang sebagai orang bukan Islam juga dianggap sokong murtad?

13. Tolonglah sambung sel-sel otak tu. Jangan biarkan ia terputus begitu. Kasihan anak cucu...!

3 comments:

  1. betullah tulisan ustaz tu..... sebuk nak paksa orang jadi Islam tapi dok sokong pemerintah yg rasuah, rembat nalak sewenang2nya pun tak ada makna kpd masyarakat....

    ReplyDelete
  2. lain kali pastikan sebelum nak masuk islam ckapir tu dipahamkan betoi betoi tentang islam dan akibatnay jika murtad ikut hukum Islam nasehat pinjara n bunuh.
    ni bukan ugama suka suka nak masuk keluar
    dakwah saja .sapa paksa pulak ckapir masuk islam
    jangan sebab hanya nak nikah saja senang senang bagi jadi islam
    salah sapa pulak ni???

    Jika Tuhan sendiri membiarkan mereka yg tidak menyembahnya hidup dgn aman di dunia ini, apa hak manusia utk menyusahkan mereka?

    kalau macam tu jika ada orang islam berzina mabuk mencuri bunuh rasuah
    tak solat tak puasa tak keluar zakat dll perintah Allah jangan diambek kisah biarkan lah

    apa hak manusia utk menyusahkan mereka?

    macam tu ka ya usataz?????
    senangnya nak hidup macam perangai kapir
    lain kali jika orang islam buat zina mabuk curi rogol dll bila kena tangkap tak boleh hukum ikut Islam la
    jika depa istihar murtad

    jadi tak perlu takut nagn hukum jinayah islam
    bila kena tangakp aja bgai tau dah murtad maka hukum ikut hukum kapir l rid

    apa hak manusia utk menyusahkan mereka?

    Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

    ini perintah dari Allah jugak tak payah buatlah kalau ikut otak ustaz ni

    ReplyDelete
  3. kalau mahkamah syariah tiada kuasa, berilah kuasa tu?
    sekarang punca kuasa tu di mana?

    point 11 tu amat bahaya pemikiran begini... seharusnya dibuat sesuatu untuk pencegahan, bukannya dibiarkan...

    ReplyDelete