Thursday, March 29, 2018

Rupanya bagi 'Lobai' mesyuarat lebih penting dari amanah rakyat yang berikannya elaun MP

Hadi tak datang mengundi usul persempadanan semula kerana ada mesyuarat ‘penting’, kata PAS
Kamles Kumar · Diterbitkan pada 29 Mar 2018 1:37PM
Presiden PAS Hadi Awang tidak datang ketika proses pengundian usul persempadanan semula di Dewan Rakyat semalam kerana ada mesyuarat penting, walaupun beliau hadir di sebelah pagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018

SEMUA ahli Parlimen daripada PAS mengundi menentang laporan persempadanan semula semalam kecuali Presiden Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan Nasruddin Hassan Tantawi

Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata semua 11 ahli Parlimen PAS yang berada di Dewan Rakyat semalam ketika pengundian dijalankan adalah sebahagian daripada 80 wakil rakyat pembangkang yang tidak menyokong usul itu.

“PAS mengundi menentang usul itu kecuali Hadi, dia tak datang pun,” kata Loke kepada wartawan ketika ditemui di Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Hadi yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat penting.

“Marang (Hadi datang pada waktu pagi tetapi) ada mesyuarat penting dan Temerloh (Tantawi) cuti sakit,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu mesej pesanan ringkas.

BN menggunakan majoriti dimiliki mereka untuk meluluskan laporan persempadanan semula itu melalui undi blok sekitar jam 5.15 petang semalam, dengan 129 wakil rakyat menyokong berbanding 80 menentang.

PAS menang 21 kerusi pada PRU2013 tetapi tujuh daripada mereka memasuki parti serpihan, Amanah dan seorang memasuki PKR.

The Malaysian Insight sudah menghubungi Hadi dan sedang menunggu ulasannya mengenai perkara ini. – 29 Mac, 2018.

* MP Lobai yang ponteng memanjang. Aku tak tahu apa hukumnya dedudukan tu dengan elaun sebagai MP tak pernah ralat pun rasanya. Cakap hal agama berdegar-degar tapi dia sendiri amanah pengundi kawasannya diabaikan.

5 comments:

  1. Hadi Awe ni lebih sesuai beragama Majusi. Kalau beragama Islam, maka dia akan memburukkkan lagi reputasi Islam dan menimbulkan banyak fitnah dengan perangai beliau yg langsung tidak mengikut nilai-nilai dan kesucian ajaran Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. mane akhlak seorg islam dlm memikul amanah tambah pulak xde lgsung prasaan malu n rase bersalah. ulamak ke peel hudoh melampau2 .. lg ditegur lg sombong lagaknye ..

    ReplyDelete
  3. Hadi ada mesy penting? Mesy dgn bini tua ke muda? Aduuhhhh ashik ponteng jer hadi. Elaun full. Cuba jelas mesy apo dan dimano? Rakyat nk tahu jugak. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Dia perosak parti!
    Lebai yg takde hala tuju politik, tutur katanya kasar dan cakapnya merapu.
    Satu hari nanti, walaun akan sedar yg mr presideng mereka ni bukan bertaraf pemimpin politik tapi layak sebagai pengerusi masjid/surau je.

    ReplyDelete
  5. Itu le perangai pemimpin parti spesis yg tidak ada rasa tjawab terhadap amanah rakyat....
    bab dongeng agama DIA le jaguhnya
    ...bab memaki hamun seterunya DIA le orgnya...
    yg sanggup tikam..makan kawan DIA juga orgnya...
    ini le parti spesis yg dulu pernah kata umno tu najis...siapa yg nak cuci najis samaada dari dlm atau luar akan terkena najis...rujuk DSAI masuk umno..
    Tapi kini najis tulah yg dikutipnya ....apa nak jadi..

    ReplyDelete