Thursday, March 22, 2018

Woyyo...dah tua untuk ke dalam, tapi duit banyak oo...!

Invois beli berlian, zamrud dikemuka di mahkamah
Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan hadapi 32 tuduhan salah guna kedudukan, tuntutan palsu RM38.4 juta
KUALA LUMPUR, 4 Rejab 1439H, Khamis – Sijil pengesahan keaslian dan invois pembelian barangan kemas seperti berlian, zamrud dan mutiara dikemukakan di Mahkamah Sesyen sebagai barang bukti perbicaraan bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd, hari ini.

Otman didakwa bagi 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta.

Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi A/L Kulup Lam memberitahu mahkamah bahawa semua barangan kemas itu berharga antara RM22,800 dan RM644,000 mengikut jenis dan reka bentuk.

Beliau yang merupakan saksi pendakwaan ke-49 berkata, invois dan sijil berkenaan dikeluarkan kepada isteri Otman iaitu Mastura Annuar dan telah dicatatkan dalam borang sitaan terhadap tertuduh ketika SPRM menjalankan siasatan.

Asmawi, 37, dalam keterangannya juga mengesahkan ada membuat rampasan terhadap sijil penggredan berlian yang dikeluarkan oleh Institut Gemological dari Amerika Syarikat dan sijil pengesahan keaslian batu zamrud yang dikeluarkan oleh American Gems and Trade Association.

“Turut dicatatkan dalam borang sitaan ialah sebuah kotak biru yang mengandungi seutas rantai ‘cultured pearl’ serta sijilnya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Husmarudin Husin ketika pemeriksaan utama pada perbicaraan kes berkenaan.

Selain mengemukakan sijil pengesahan keaslian cincin jenama Cartier dan jam tangan mewah jenama Patek Philippe, Asmawi juga mengemukakan resit pembelian dua utas jam tangan jenama Cartier yang dibeli oleh Mastura pada 2011 dengan harga masing-masing RM350,000 dan RM105,000.

Pada 21 April 2016, Otman, 59, yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin, didakwa bagi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad, melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS, Abdul Gafar Abdurahiman, 44, dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 44, suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman dalam tempoh masa yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza termasuk RHB Bank cawangan Presint 8 di Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – sumber

3 comments:

  1. ikut hukum Allah curi potong tanagn
    ini lebih dari curi
    bila lagi nak buat hukum jinayah ynag Allah suruh
    keadilan apa kebenda macam ni

    ReplyDelete
  2. dari atas pun merompak...gila kebendaan..yg bawah sikit pun teringin...rakyat gigit jari.....bagi aku sikit ..utk langsaikan hutang PTPTN je....

    ReplyDelete
  3. Kuatnya nafsu kebendaan umat islam wasatiyyah di malaysia ni. Klu ya pun gunalah duit simpanan sendiri. Jgn guna duit hasil rasuah atau curi drp tabung simpanan pelaburan negara. Ikut cth hajjah yg simpan wang sejak kecil utk beli beg birkin idaman! hahaha0

    ReplyDelete