Wednesday, March 7, 2018

Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru

* Gunakan nama Islam lagi untuk berhelah......hisy macam Tokcha pulak!
Itu jer ke penafian dan alasan menolaknya cara PAS?
Patutnya buktikan cara forensik, cara sains dah ada dan boleh digunapakai sekarang ni Tok Lebai oiii.....

Itu bukan suara Nik Abduh, kata MP Kuala Nerus
mk  |  Dikemaskini 7 Mac 2018, 8:58 pagi
Seorang pemimpin ulama PAS hari ini menegaskan rakaman audio yang didakwa suara Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebenarnya bukan milik anggota parlimen Pasir Mas itu.

Menurut Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ada ramai yang boleh meniru suara orang lain, termasuk menyerupai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bapa Nik Abduh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebab itu dalam Islam, audio tidak menjadi satu inti yang kukuh (untuk dijadikan bukti) kerana ia terdedah untuk ditipu, ditiru dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Khairuddin yang juga bendahari Dewan Ulama Pusat PAS memberitahu Nik Abduh sendiri sudah membuat penafian sebelum ini.

Beliau diminta mengulas mengenai satu rakaman audio yang dikaitkan dengan Nik Abduh.
Petikan itu sekadar sepanjang kurang dari 80 saat dan melibatkan suara didakwa Nik Abduh yang mengaku menerima dana RM2 juta daripada Umno.

Ia juga melibatkan 'pengakuan' bagaimana PAS kononnya menerima bantuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak serta gerakan menjatuhkan DAP.

Kini zaman fitnah

Ia mula menjadi tular sejak minggu lalu dan dipercayai bahagian kedua rakaman berkenaan akan didedahkan selepas ini.

Nik Abduh menganggap dakwaan berkenaan adalah suatu fitnah dan mengarut.

"Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya," kata Nik Abduh.

Baca 'Dia ingat pahala ikut dia saja'

Nik Abduh turut menggesa pihak yang menyebarkan rakaman itu agar bertaubat jika tidak ingin ditimpa balasan Tuhan ekoran memfitnahnya.

Khairudin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus memberitahu ramai orang mempunyai suara semula jadi yang mirip pemimpin PAS.

“Ia telah dinafikan oleh Nik Abduh. Ramai orang bersuara sama macam Tuan Guru Haji Hadi. (Allahyarham) Nik Aziz ramai orang yang boleh bersuara macam suara Nik Aziz.

Bagaimanapun untuk rekod ada pengkritik menegaskan penafian Nik Abduh itu bersifat umum dan beliau bukan menafikan suara itu adalah suaranya.

Khairuddin berkata sekarang adalah zaman fitnah dan PAS sudah lali dengan situasi sebegitu.

Katanya amalan politik fitnah akan merosakkan negara dan PAS tidak akan berbuat demikian demi meraih undi.

“PAS sudah lali dengan unsur-unsur fitnah seumpama ini. Sebab itu PAS berpendirian bahawa negara perlukan perubahan berdasarkan Islam.

“PAS takkan buat fitnah kepada mana-mana parti, itu bukan dasar kami," katanya.

16 comments:

  1. What do u expect from hypocrites in PAS?????

    ReplyDelete
  2. Apa komen tuang punaisihat dan t8mbalangnya ya.

    ReplyDelete
  3. Ada saksi bukan robot, tunggu pendedahan seterusnya. Setakat ni mmg sah tu suara nik abduh. Pemimpin pas semakin kepanasan sbb ambil dedak umno tetapi ahli bawahan terus tertipu.

    ReplyDelete
  4. Penyangak pertahankan penyamun tarbus. Aku tak pernah anggap individu penerima rasuah ini sebagai saudara seagama. Lebih baik mereka ini isyhtihar sahaja keluar Islam. Selagi mereka bertitle kan Islam, maka selagi itulah nama baik dan maruah Islam akan punah dan dipandang hina oleh masyarakat dunia. Masuk aje agama anutan Yahudi, ianya memang sesuai dengan peribadi dan reputasi buruk mereka.

    ReplyDelete
  5. masuk mahkamah..
    boleh minta pakar analisa suara untuk sahkan suara siapa...

    ReplyDelete
  6. sekiranya audio itu benar benar suara abduh dan kharudin juga tahu ia benar.

    bukankah itu satu pembohongan.
    bolehkah mereka di percayai lagi.

    ReplyDelete
  7. parti amanat sesat
    mcm tu laaa...

    ReplyDelete
  8. YB Husam Musa dah buka pintu untuk Parti PA$ saman beliau kalau beliau fitnah.....Bila agak2nya...?Beranikah Parti PA$ nak saman...Saman SR pun tak tentu hala.....!

    ReplyDelete
  9. Munafik haraki?

    ReplyDelete
  10. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, istri-istri kami dan istri-istri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.

    ada berani buat sumpah ni
    tak kira sapa pung

    ReplyDelete
  11. Nik abduhhhhh duuuuduuu .. kena berani la buat penafian. Tu pun kalo dia anak jantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lah nak abis pakai ayat " anak jantan ". Sikit sikit " kalu anak jantan ". Jaman hang tuah boleh lah pakai ayat tu sebab sumer tak nak jadi anak tak jantan. La ni dah ramai jadi jantan sebenarnya betina, jantan menjelma betina dan ada yg kejap jantan kejap betina. Rentikan lah pakai ayat anak jantan tu. Lagi pulak nik abduh tu anak nik aziz bukan anak jantan. Boring betul lah korang. Nak mengata pun tak pandai.

      Delete
  12. Apa lagi nik abduh saman aje
    Jangan tunggu dapat blion blion
    Leh beli kapal cam quanminti tuu..
    😁😁😁

    ReplyDelete
  13. Bersumpahlah Nik Abdul dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak pernah mengucapkan perkataan itu dan itu bukanlah suara nya.. Berani ke? Setakat penafian..semua orang berani..

    ReplyDelete
  14. Mamat ulama pun kaki klentong jugok... pi enjoy ke HCM City hinggakan ponteng kuliah maghrib, dicanangkan kpd jamaah surau konon terlepas flite balik Ganu.

    ReplyDelete
  15. Mamat ulama pun kaki klentong jugok... pi enjoy ke HCM City hinggakan ponteng kuliah maghrib, dicanangkan kpd jamaah surau konon terlepas flite balik Ganu.

    ReplyDelete