Thursday, March 29, 2018

Forum NGO mesra PAS: Dr. Mahathir kata panelis tak layak, sebaliknya cabar Hadi dan Najib debat

* Korang tengoklah nama-nama panelis di bawah.
Memang patut pun Dr. Mahathir kata panelis tak layak dan mereka memang bukan tarafnya nak jemput Dr. Mahathir berbahas
Tengok Dr. Mahathir pun dah terkucil, inikan pulak nak berbahas?

'Saya nak debat Najib dan Hadi, bukan konco mereka'
mk  |  Dikemaskini 28 Mac 2018, 8:41 malam
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau tidak akan menghadiri forum “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi" yang dianjurkan oleh sebuah NGO mesra PAS, esok.

Beliau menganggap panelis jemputan dalam forum itu sebagai tidak layak dan tidak tahu cara berdebat.

Sebaliknya, Dr Mahathir mengajak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berdebat dengannya.

“Oleh kerana dia nak jemput saya, saya nak jemput Hadi dengan Najib. Saya ketua parti, dia pun ketua parti juga. Jadi Hadi dengan Najib patutlah datang. Janganlah buat macam forum Nothing to hide, lari.

“Kalau dia nak datang, saya jemput dia datang, saya boleh bagi makan pun. Tapi buatlah dengan orang yang ni, kalau nak (debat tapi) cari konco-konco yang tak layak, tak tahu nak debat, tak payah lah,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian mengulas jemputan forum "Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi" anjuran NGO mesra PAS, esok di Dewan Purnama Pengekalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.

Forum itu adalah rentetan daripada forum wacana Sinar Harian “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?” minggu lalu yang turut dikejutkan dengan kehadiran Dr Mahathir sendiri.

Siri wacana itu disertai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Manakala panelis yang akan turut serta pada forum “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi" adalah Kamarul Zaman, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari, dan Ketua penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard.

10 comments:

  1. Orang2 cap bulan ni tk cerdik laa, tak pandai menilai kehebatan orang3 dari parti lawan.
    Saya sokong 110% kilasan DrM, biar la ketua parti dgn ketua parti yg berforum, bukannya yg bertaraf macai yg beridea ciput.
    Ke macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah saya sokong... level tak sama.

      Delete
  2. My brother recomnended I might like this blog. He used to be entirely right.
    This put up truly mmade my day. You can not
    imagine simply how much time I had spent for this info! Thank
    you!

    ReplyDelete
  3. 3 tiga Panelist .. forum d Kelate .. tok pakai gawai BELAKO ..
    UMPAMA .. AYAM JATAE BERKOKOK DALAE REBAN BULOH ..

    ReplyDelete
  4. Mungkin komen Tun M bunyinya agak menghina keoada status panelis tetsebut. Tapi itulah srbenarnya balasan keoada penganjur yg berniat tidak ikhlas dan bertujuan utk menghina Tun M.
    Allah bayar cash dah tu .... takkan tak faham-faham jugak??

    ReplyDelete

  5. Kalo takut katalah takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa barang debat puun takoot??
      Takut tanda2 teloq dah kecut..!!
      hak umuq 93 thn tu brani sgt apsai??
      Kikikikikikh...

      Delete
    2. Kalau walaon PAs bodoh katalah bodoh hahahaha!!!

      Delete
  6. Najib hang jangan perasan bila parlimen d bubar hang masih PM lagi..!! Hang hnya "care taker to the goverment"
    Hang jdi PM bkn rakyat pilih tpi ahli parti kleptokrat yg pilih..!!
    Kinilah masanya hang kena berani bersemuka dgn calon PM baru slepas PRU 14 nti..!!
    Tok Hj Hadi... hang nak pi mana??
    Adakah Gagasan Sejahtera menamakan Tok Hj sbgai calon PM??
    Jika ya! Terimalah tawaran Tun M utk sepentas berwacana..!!
    Pastinya Tok Hj ada hadis, kias & fatwa utk menolak Tun M dan Najib sbgi PM baru mysia..!!
    Tiada sebab Najib & Tok Hj menolak cabaran Tun M si tua yg brusia 93 thn tu!!
    Tak sabar rasanya nk dengar hujah2 calon PM.. sungguh mengujakan..!!

    ReplyDelete
  7. aku tabik tun .. jwbn tun mmg ngam n mantap. org beradat kite berbahase!. ape mcm skg pis? walaun ade brani ke sorong adiwang, xpn adiwang sndri kedepan sahut cabaran berdebat ngan tun? slame nie adiwang cume brani berckp sehale jer. ckp pn slalu sgt merapu n menghine tun .. klau nk kedpn berdebat ngan tun pn xbrani xpyah la berangan nk jd PM, adiwang patut sdar diri tu dh la bodoh pemalas pulak. ade ht jgk eh nk mtk org agkat die jd PM!.

    ReplyDelete