Wednesday, March 7, 2018

Dah tua nak mampos pun masih buat kerja ni?

Kononnya Jumpa Bayi Tapi 'Anak' Sendiri
Published: Tuesday, 6 March 2018
Lelaki ditahan selepas didapati membuat laporan palsu kononnya menemui bayi lelaki ditinggalkan di taman reaksi di Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Lelaki berusia 60 tahun itu ke Balai Polis Serdang bersama bayi berkenaan untuk membuat laporan dan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, ketika diambil keterangan, anggota polis berasa curiga dengan maklumat yang diberikan dan hasil soal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit dengan teman wanitanya.

"Siasatan lanjut mendapati bayi berkenaan baru dilahirkan oleh teman wanitanya yang berusia 32 tahun di kediamannya di Cheras dengan menggunakan khidmat bidan kampung.

"Suspek kemudian terus membawa bayi terbabit ke balai polis dengan niat membuat laporan palsu, bagaimanapun banyak maklumat yang diberikannya itu meragukan," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Katanya, suspek sudah berkeluarga dan mempunyai enam anak serta sudah menjalin hubungan dengan teman wanitanya sejak dua tahun lalu.

Susulan itu, lelaki berkenaan serta teman wanita ditahan dan direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat membuang bayi.

Bayi berkenaan pula dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan, manakala ibu bayi terbabit dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan susulan.- myMetro

* Kalau beragama Islam lagilah memalukan agama!

2 comments:

  1. My developer is trying to persuade me to move to .net from PHP.
    I have always disliked the idea because of the costs.
    But he's tryiong none the less. I've been using Movable-type on a variety of websites for about a year and am nervous about switching to another
    platform. I have heard great things about blogengine.net.
    Is there a way I can import all my wordpress content into it?
    Any help would be greatly appreciated!

    ReplyDelete
  2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    ini hukum pun tak mau buat apa nak kata lagi
    bukan bunuh sebat 100 rotan
    lepas kena sebat dosa tak abeh lagi kena taubat nasuha kepada Allah

    tanggunglah dosa hai sang sang penguasa tm islam

    apa nak malu memang dah ramai orang islam tak takut ngan Allah
    tmabah lagi snag penguasa tak mau jaga umat islsm ngan hukum hukum Alahh

    ReplyDelete