Thursday, March 8, 2018

Apa agaknya akan jadi kepada Rais Yatim selepas ini?

Wednesday, 7 March 2018
APA NASIB RAIS YATIM SELEPAS INI?

Dr. Rais Yatim ketika ini adalah penasihat sosio budaya kepada kerajaan, suatu jawatan bertaraf menteri, selain turut menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

Kedua-dua jawatan itu diraihnya selepas tidak lagi menganggotai kabinet dan dipilih sebagai calon pada pilihanraya 2013 yang lalu.
Tetapi, beliau kini terlibat dalam perbalahan yang belum berpenghujung dengan menteri pengampu paling tersohor kepada Najib Razak iaitu Salleh Said Keruak.

Punca perbalahan pula ialah berkaitan Jho Low, kawan karib kepada Perdana Menteri dan keluarganya.

Dengan reaksi terbaru Rais yang bukan saja menempelak Salleh Said Keruak, tetapi juga mengaitkan kedudukan Jho Low yang diburu oleh 8 negara serta meminta siasatan dibuka terhadapnya, persoalan kini ialah apakah nasib selepas ini?

Sebelumnya, Rais juga mempertikaikan tindakan pantas Salleh Said Keruak yang terlalu cepat membela Jho Low dengan mengatakan tiada bukti kapal Equanimity yang dirampas itu sebagai miliknya.
Oleh kerana Jho Low adalah kawan karib Najib dan sudah ramai yang dipecat, kehilangan jawatan, malah juga dihantar ke dipenjara kerananya, tidakkah Najib akan tersinggung juga dengan tulisan Rais kali ini?

Apakah beliau mampu terus kekal dengan kedua-dua jawatan itu atau tidak lama selepas ini kita akan mendengar berita mengenai pengundurannya? (ShahbudinHusin 07/03/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 19:35 

No comments:

Post a Comment