Thursday, March 8, 2018

Najib telah mengambil sikap "apa nak jadi jadilah"?

WEDNESDAY, 7 MARCH 2018
UMNO TAK PERLUKAN LAGI UNDI CINA UNTUK CETUSKAN TSUNAMI MELAYU
Berasaskan kepada ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang lantang dan jelas  mengungkit semula ehsan  UMNO dalam mengkayakan  beberapa orang  Cina  maka jelaslah bahawa beliau telah bertekad  dan bermatlamat dengan penuh keyakinan dan keberanian  untuk BN  tidak  bergantung kepada undi orang Cina dalam Pilihanraya  Umum ke 14 ini.

Najib telah menyatakan UMNO memberikan kunci kekayaan kepada billionair   Robert Kuok, YTL, IOI, Genting Highland( Najib dakwa Tunku  memberi lesen dan bukan bapanya Tun Razak) dan beberapa orang lagi Cina lain-lain yang diantara mereka tidak  mengenang budi.

Kelantangan Najib ini boleh dianggap sebagai meneriak suara hati orang Melayu yang terpendam selama ini yang diyakini akan dapat menggantikan Tsunami Cina dengan Tsunami Melayu yang boleh mengembalikan maruah Melayu dan Islam yang telah menghadapi beberapa cabaran getir sejak pilihanraya 13.

Ini amat berbeza sekali dengan sikap beliau yang menutup mulut terhadap Tsuami Cina setelah ketelanjuran menyebut istilah ini yang meletup dan popular dalam sekelip mata yang menakutkan beliau sendiri untuk mengulangi pengucapannya.

Tetapi nampaknya Najib  telah mengambil sikap "apa nak jadi jadilah" apabila beliau membidas Robert Kuok dan beberapa orang lagi Cina yang lupa diri yang disokong kuat oleh serangan liar ganas dan pedas   oleh generalnya Datuk Nazri Aziz.

Orang yang waras dan berakhlak tidak sanggup mendengar serangan ini yang dirasakan sebagai di luar peradaban Malaysia yang meletakkan Robert Kuok sebagai Cina penjual sayur dan bukan sebagai billionair..

Ini membuktikan kesanggupan UMNO untuk berkerat rotan berpatah arang dengan MCA yang tidak pernah dilakukan dari zaman Tunku hingga ke Hussein Onn walaupun Dr. Mahathir pernah meminta UMNO supaya menyingkirkan MCA dari  Perikatan setelah kekalahannya yang yang teruk dalam pilihanraya 1969. (Saya sendiri yang menulis berita ini dengan menghubungi Dr.Mahatir di Alor Setar)

Indikasi kesanggupan UMNO untuk bersendirian telah dibayangkan  dalam Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr.Zahid Hamidi yang  dengan ranggi (bahasa orang Penang yang bererti sombong) menganggap sokongan MCA tidak perlu untuk  pindaan RUU 355 (Sila rujuk kepada Hansard Parlimen).

Kesombongan UMNO terhadap MCA dan orang-orang Cina menggambarkan UMNO telah nekad untuk bersendirian tanpa sokongan orang Cina tetapi akan bekerjasama dengan Pas demi untuk kepentingan menegakkan sebuah negara Melayu dan Islam berasaskan kepada sentimen orang Melayu selama ini.

Ini bererti UMNO sanggup  berganjak dari asas kemerdekaan yang  dicapai dengan kerjasama MCA dan MIC demi  menghadapi cabaran Pakatan Harapan yang telah berkonspirasi  dengan musuh utama orang Melayu iaitu DAP.

Yang utama bagi UMNO sekarang  adalah untuk bekerja keras  meyakinkan orang Melayu bahawa DAP adalah musuh Islam dan Melayu.

Walapun Raja Petra telah mengosongkan rencana yang menyentuh perasaan billionair Rober Kuok sehingga memaksa beliau untuk mengambil tindakan undang-udang tetapi  ketelanjuran Najib dan Nazri dalam menggunakan senjata  yang diberikan oleh Raja ini telah membangkitkan semangat Melayu untuk menyokong UMNO. Najib tidak akan berundur lagi.

Sebuah kerajaan majmuk(multi racial) yang didokong  oleh semua kaum akan berakhir ada pilihanraya ke 14 di landa oleh Tsunami Melayu.

Posted by zainudin maidin at 17:05 

1 comment:

  1. PRU14 Bila Bila When When..?
    Enough with the Lies and the Stealing. Stop the destruction to the Constitution & Rule by Law. Malaysians are the jokes of the International Communities. Disatisfaction level to UmnoBN is just overwhelming. Everywhere you, people want to punish the corrupt officials.

    ReplyDelete