TMJ 'tembak' tujuh lelaki baju merah
mk - hari ini, 1:00 pagi
Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka di Petaling Jaya semalam.
Satu watak dalam klip video itu memegang cangkul, yang mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Suruhanjaya Air Johor.
Klip video itu berakhir dengan Tunku Ismail 'menembak' tujuh lelaki berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.
Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.
Mesej yang disertakan di Facebook tersebut berbunyi: "Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh antara satu sama lain. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,".
Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata beliau tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning, sebaliknya bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan.
"Perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian," katanya.
Dalam protes di Malaysiakini semalam, beberapa anggota pergerakan baju merah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri.
Mereka menunjukkan kehebatan dengan membenarkan diri mereka dipukul berulang kali menggunakan keping kayu.
Malah, salah seorang peserta memecahkan batu blok dengan kepalanya.
Baju merah ditubuhkan bagi menentang gabungan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang memimpin baju merah berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 19 November ini.
'TMJ hanya bergurau'
Jamal dalam satu kiriman dalam kumpulan WhatsApp berkata beliau menganggap TMJ bergurau dengan menghasilkan video tersebut.
"Sebagai seorang raja, dengan siapa lagi baginda mahu bergurau sudah pasti dengan rakyat.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada baginda kerana respon dengan persembahan silat gerakan baju merah. Daulat tuanku. Hidup TMJ.
"Yang buruk datang daripada BERSIH yang baik daripada Allah. Merah, merah merah. Lawan tetap lawan," katanya.
* Dia tak reti atau tak baca mesej TMJ tu......apa yang TMJ cuba nasihat dan sampaikan. Bukankah itu satu prodi dengan nasihat dari seorang pemimpin dan pelindung rakyat yang punya erti yang mendalam?
'Permusuhan' Baginda tak suka dan tak berkenan!
Tahniah rakyat Johor kerana punyai seorang TM yang bijak!
mk - hari ini, 1:00 pagi
Kemas kini Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah.

No comments:
Post a Comment