UMNO guna fakta tepis kenyataan bekas pemimpin parti
Astri Awani - Oktober 30, 2016 22:39 MYT

KUALA LUMPUR: UMNO akan menggunakan fakta dan kebenaran bagi menepis kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin parti itu, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dibuat bekas anggota kabinet serta pemimpin pembangkang.
"Segala tindakan politik harus dilawan secara politik, kita mesti ada keberanian, kita tidak perlu membalasnya dengan pencemaran nama baik, kita tidak balas dengan fitnah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jelajah penerangan pimpinan bersama akar umbi UMNO Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas anggota Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoal beberapa keputusan kerajaan terutama mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Parlimen.
Turut hadir pada majlis tertutup itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Annuar berkata anggota UMNO pula tidak seharusnya terikut-ikut dengan cara politik pembangkang yang menggunakan kaedah bertentangan dengan budaya dan agama di negara ini.
Dalam pada itu, Annuar berkata beliau sedia berdebat dengan bekas menteri terbabit, dan meminta mereka juga sanggup berbuat demikian apabila membuat sebarang tuduhan di Dewan Rakyat.
"Jangan guna imuniti Parlimen dengan cara tempang, sekurang-kurangnya jadilah Anggota Parlimen yang baik, anda mesti membenarkan wakil rakyat yang lain untuk bertanya dan terlibat secara positif, bukan bermonolog," katanya.
Ditanya sama ada bekas-bekas menteri berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan rahsia kerajaan, Annuar berkata ia terpulang kepada keputusan Peguam Negara.
Katanya tiada sesiapa yang terkecuali daripada diambil tindakan mengikut undang-undang sekiranya melakukan sesuatu kesalahan.
Mengulas sama ada Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun dan bekas Menteri Kewangan Kedua akan diambil tindakan kerana mempersoal mengenai isu 1MDB, Annuar berkata: "Tidak berbangkit soal tatatertib".
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyatakan dengan jelas apabila saya bertanya beliau, beliau berkata tiada apa yang kami tidak boleh memberi respons atau menjawab dan kerajaan akan menjawab semasa sesi penggulungan (Dewan Rakyat) nanti. Semua akan dijawab," katanya. -- BERNAMA

Hebat kan orang Kelantan ni...? Di negeri mereka juga terdapat ramai olamak, ramai ostaz, ramai ilmuan, ramai intelektual, ramai munafik, ramai pembodek, ramai pengampu, ramai talibarut pemimpin korupsi, ramai pengkhianat, ramai perogol, ramai penyangak, ramai penganggur dan ramai....ramai....ramai
ReplyDelete