MH370 dalam 'kelajuan menjunam yang meningkat' sebelum hilang - Laporan
Agensi | November 02, 2016 11:22 MYT
Agensi | November 02, 2016 11:22 MYT
SYDNEY: Laporan terbaharu berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia mendapati hasil analisis lanjut dari satelit komunikasi pesawat adalah konsisten dengan kedudukan pesawat “yang berkelajuan menjunam yang tinggi” sejurus sebelum ia hilang.
Analisis lanjut oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai pencarian pesawat MH370 turut memaklumkan flap sayap pesawat terbabit tidak sesuai untuk pendaratan.
Kedua-dua maklumat terbaharu oleh agensi itu turut memperkukuhkan pandangan sebelum ini bahawa pesawat MH370 itu tidak dikemudi oleh juruterbang dan menjunam dengan lajunya selepas kehabisan bahan api, sebelum hilang.
Laporan setebal 28 muka surat yang dikeluarkan hari ini turut mengemukakan simulasi dan arah pesawat terbaharu.
Pesawat jenis Boeing 777 itu hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal memaksa pencarian lebih dua tahun enam bulan di Lautan Hindi.
Analisis lanjut oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai pencarian pesawat MH370 turut memaklumkan flap sayap pesawat terbabit tidak sesuai untuk pendaratan.
Kedua-dua maklumat terbaharu oleh agensi itu turut memperkukuhkan pandangan sebelum ini bahawa pesawat MH370 itu tidak dikemudi oleh juruterbang dan menjunam dengan lajunya selepas kehabisan bahan api, sebelum hilang.
Laporan setebal 28 muka surat yang dikeluarkan hari ini turut mengemukakan simulasi dan arah pesawat terbaharu.
No comments:
Post a Comment