Bersatu mampu ganti tugas Anwar
KEJAYAAN gabungan parti pembangkang menerusi Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas, PKR dan DAP pada PRU13 yang lalu, memberi dimensi baharu dalam perkembangan politik di negara ini.
Walaupun gabungan ini kalah kepada BN dan gagal merampas Putrajaya, namun keputusan pembangkang menidakkan dua pertiga kerusi Parlimen BN, satu kejayaan yang besar.
Namun, melihat kepada senario sekarang, kekuatan pembangkang tidak lagi kukuh seperti PRU13 sejak ketiadaan tokoh berwibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih menjalani hukuman penjara.
Ketiadaan Anwar dilihat memberi kesan besar kepada hubungan antara parti komponen PR termasuk konflik DAP dan Pas sehinggakan parti Islam itu mengambil keputusan keluar dari gabungan pembangkang.
Persoalan sekarang, siapakah tokoh yang wajar mengambil alih tempat Anwar bagi mengetuai pembangkang dalam PRU14.
Jika dilihat kedudukan rasmi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin paling wajar memimpin berdasarkan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang terajui Pakatan Harapan di Parlimen.
Namun Wan Azizah dilihat tidak berjaya mengembalikan kekuatan sebenar pembangkang seperti dalam PRU13.
Pembangkang akan kembali kuat jika kesemua parti bergabung termasuk Pas dan Bersatu.
Calon kedua, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.
Kejayaan Azmin mengekalkan pemimpin Pas dalam Kerajaan Selangor dilihat mampu menjadi penghubung di antara Pakatan Harapan dan Pas.
Calon ketiga, pemimpin dari parti Bersatu iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
Kenyataan terbaru Muhyiddin yang mengalu-alukan pertemuan bersama Pas dan Pakatan Harapan, dilihat boleh menjadi titik permulaan sebagai satu langkah menyatukan kembali kesemua parti pembangkang.
Muhyiddin berkata, pertemuan itu permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
“Berita baik pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu satu langkah ke hadapan.
“Kedua, Pakatan Harapan sudah memberi jemputan untuk kami hadir dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat. Dari situ, kita boleh mengorak langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan,” katanya selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu, Bersatu akan memulakan proses rundingan kerusi-kerusi boleh ditandingi pada PRU14.
Bersatu mampu satukan kembali pembangkang jika pertemuan ini berjaya dilaksanakan dan Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan sebagai penasihat.
Aura Mahathir dijangka mampu memberi kesan positif kepada sokongan pengundi kepada pembangkang dalam pilihan raya nanti.
Pilihan calon terakhir menyatukan pembangkang, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pilihan Tuan Ibrahim dibuat kerana beliau dilihat terbuka kepada parti pembangkang berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, Tuan Ibrahim menegaskan Pas tidak akan sesekali jadi alat untuk pihak lain mengambil kesempatan dan mencapai hasrat mereka.
Abdul Hadi dilihat kurang minat dalam menjalinkan hubungan dengan Pakatan Harapan kerana DAP.
Perkara ini ditegaskan Ketua Pemuda Pas, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz yang Pas tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan BN PRU14.
Beliau turut mendakwa kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah.
Antara kesemua calon dinyatakan, dilihat hanya Muhyiddin dan Mahathir mampu untuk merealisasikan gabungan pembangkang ini.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, BN perlu kaji kesan penubuhan Bersatu kepada parti itu, pada PRU14.
Katanya, pengumuman barisan Ahli Majlis Pimpinan oleh Muhyiddin, bukti jelas parti itu tidak boleh dipandang ringan. Namun katanya, kekuatan Bersatu sukar diukur walau dibarisi individu berpengaruh.
Jika pertemuan ini mampu dibuat, fungsi Anwar pada PRU13 akan boleh digalas pemimpin Bersatu ini dalam menghadapi saingan PRU14 nanti.
Mungkin pembangkang mampu rampas Putrajaya pada PRU14 jika gabungan ini direalisasikan sebelum tarikh pilihan raya diumumkan. - Akramin Idrus
* aku takut silap haribulan Bersatu terbelit bila berurusan dengan PAS!

No comments:
Post a Comment