Anwar dapat ‘lampu hijau’ cabar ketua penjara
Hakim Mahkamah Tinggi mendapati permohonan Anwar mempunyai isu yang mencukupi untuk didengar.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memberikan “lampu hijau” kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar Jabatan Penjara kerana menafikan hubungan fizikalnya dengan keluarga.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed memberi kebenaran atas alasan permohonan Anwar tidak menyusahkan atau remeh.
“Terdapat isu-isu yang cukup untuk didengar berdasarkan merit,” katanya berhubung alasan yang diberikan dalam permohonan itu.
Hakim Nik Hasmat ketika meminta Anwar berdiri dan mahkamah bertanya mengapa beliau perlu mempunyai sentuhan fizikal dengan keluarganya.
“Saya mahu mempunyai hak asas untuk menyentuh cucu saya,” kata Anwar.
Beliau menambah tidak pernah menyentuh mereka selama kira-kira 10 tahun. Beliau menggesa semua tahanan turut dibenarkan menyentuh keluarga mereka.
“Saya hanya boleh mempunyai 5 minit dengan orang tersayang,” katanya kepada mahkamah.
Anwar memfailkan semakan kehakiman pada 18 Mei bagi mencabar Jabatan Penjara dan kerajaan. Permohonan itu memberi hujah yang ia menafikan hubungan manusia.
Anwar, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 4 anak perempuan dan 4 cucu sedang berusaha membatalkan perintah yang dibuat pengarah penjara Sungai Buloh pada 14 Mac yang menolak permohonannya untuk mempunyai hubungan fizikal dengan ahli keluarga.
Perintah tersebut meliputi baki tempohnya di penjara.
No comments:
Post a Comment