'Lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 1 NOVEMBER 2016
'Lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut Duta Besar Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya (kiri) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, semalam. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Penyertaan ahli keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan ke China merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, oleh itu tidak menjadi kesalahan untuk Najib membawa bersama ahli keluarganya dalam lawatannya ke negara tembok besar itu.
"Kerajaan China telah menjemput Perdana Menteri dan keluarganya dalam lawatan ke China kali ini....Walaupun Perdana Menteri jarang membawa keluarga beliau, tetapi adalah normal jika PM mahukan anak-anaknya bersama ketika lawatan panjang selama seminggu - apatah lagi jika terdapat jemputan khas untuk membawa keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Padan, Rafizi Ramli yang mempersoalkan kenapa ahli keluarga Perdana Menteri turut serta dalam kunjungan kerajaan ke China.
[ARTIKEL BERKAITAN: Apa istimewanya Riza, boleh naik jet bersama PM?]
Semalam Najib tiba di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: PM tiba untuk lawatan rasmi di China]
Ujarnya, sepatutnya isu ini tidak perlu dibangkitkan kerana 'ada perkara yang lebih penting' untuk dilihat dalam kunjungan Najib kali ini.
"Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ianya bakal membawa puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia," katanya.
Jadi ujarnya, mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini?
"Lagipun lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang," katanya.
* Tu lah sebabnya orang kata bandar kita dah jadi kepunyaan cina

Assalam...Jika dilihat sebelum ni....setiap kali PM dari era dulu hingga kini buat lawatan ke china maka itu tandanya PRU dah dekat le tu. Wallahua'lam.
ReplyDeleteKalau melawat ke China bukan untuk menunggang kuda atau melawat ladang, dok bawak bini, anak-anak dan anak tiri yang jadi buruan FBI tu buat apa..? Kalau setakat nak jual saki baki aset negara yang tinggal hampas ni maka tak perlu nak buat lawatan ke China, panggil sahaja wakil-wakil dan jutawan China datang dan membuat pembelian secara lelong. Selagi ramai Melayu yang tidak pedulikan nasib bangsa dan zuriat mereka yang akan datang maka selagi itulah bangsa mereka akan bertambah hina dan jijik di mata masyarakat dunia kelak. Majoriti Melayu memang tak sesuai sebagai pemimpin dan mereka ini hanya layak menjadi sesuai sebagai penyangak atau pencuri sahaja.
ReplyDelete
ReplyDeleteKalau betul yakin ianya bakal membawa puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia, mengapa naikkan minyak sampai 20 sen.
Kau ambik duit rakyat, lepas itu kau pergi jalan-jalan ke China. Alasan lawatan panjang selama seminggu kau jadikan alasan ? Bangka bertahun tinggalkan anak bini tau. Ramai rakyat Malaysia yang sambung belajar keluar negara meninggalkan isteri kerana tak dapat bercuti tanpa gaji.
ReplyDeleteJangan campur aduk kan kerja dengan hal keluarga.
Kalau setakat jemputan khas dari China yang ikut bini je lah sebab anak-anak dah besar.