Sunday, November 6, 2016

ECRL: Fakta menakutkan dari blog din turtle

ECRL - Najib Cakap 55 Bil Tapi CCCC Umum 46 Bil .... Pulak Dah. Benda2 Pelik Begini Yang Kita Tak Nak !
Sunday, November 6, 2016

Saya ingin kongsikan dengan anda satu komen dari blog PutraMerdeka mengenai projek laluan keretapi Pantai Timur ECRL yang Najib nak bagi kepada negara China, yang datang sekali dengan pinjaman RM55 bilion untuk menampung kos projek.

Banyak persoalan yang relevan ditimbulkan untuk kita tuntut jawapan dari Najib sebelum beliau terus memandai2 beri komitmen rakyat Malaysia kepada negara China dalam projek ini.
Othaman Ahmad 5 November 2016 8:06 PTG

Baru-baru nie kita diberitahu bahawanya ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

Yang MENGEMPAR & MENAKUTKAN sekali macam mana Najib boleh menganugerahkan tender kpd Sykt China Communication Construction Company Ltd yg sah-sah telah disenarai hitamkan (blaclisted) oleh World Bank.

1. Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum. Sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional. Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China. Rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.

2. Kenapa nilainya meningkat kepada 55b berbanding anggaran asal iaitu 30b? Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang2 #1MDB. Projek yang dianggarkan bernilai 30b ini akan meningkat kepada 60b bagi membolehkan Najib 'menarik' wang2 itu untuk membayar hutang.

3. Difahamkan projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan' atau dalam bahasa popularnya 'Feasibility Studies' tidak dipatuhi secara protokol kebiasaan negara ini. Apabila perkara asas ini juga dilanggar, ini memberikan gambaran bahawanya by hook or by crook kerajaan tetap ingin melaksanakan projek ini tanpa peduli dan faham kepada sentimen-sentimen yang bakal timbul akibat pembinaan laluan keretapi tersebut. Pentingnya kajian ini dijalankan supaya manfaat-manfaat yang dinyatakan oleh kerajaan tentang projek ini benar-benar akan 'hadir' selepas terlaksananya projek ini kelak.

4. Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi. Mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.

5. Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri. Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini. Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian2 bangang yang akan menyeksa poket kita. Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.

6. Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55b kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket kah? Atau apa?

7. Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Apakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar2 memerlukan kos sebanyak 55b?

8. Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi. Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan apakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan2 seperti ini kelak. Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting. Supaya kerajaan dapat kenalpasti liabliti, risiko dan manfaat. Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.

Najib wajib disingkirkan segera jika kita tidak mahu negara ini terus hancur musnah.

Komen mengenai syarikat CCCC yang di senarai hitamkan oleh Bank Dunia itu sudah banyak tersebar dalam internet, anda boleh KLiK untuk baca.

Dari laporan itu jelas menyatakan syarikat China itu mengamalkan Rasuah dan Korup ! Adakah kerana itu maka Najib memilihnya ?

Bank Dunia senarai hitamkan .... tidakkah itu merupakan satu AMARAN kepada kita supaya berhati2 sebelum berurusniaga dengan syarikat CCCC itu.

Jika kita semua masih ingat skandal 1MDB juga berlaku kerana Cara Redah Tanpa Usul Periksa sebeginilah. Tanpa perlu nak bincang atau bentangkan kepada kabinet dan Parlimen, tanpa perlu lakukan kajian yang mendalam ...

Ingat masa 1MDB mahu sain kerjasama berbilion ringgit dengan Petrosaudi, sebuah syarikat yang langsung tidak dikenali dan tanpa sebarang aktiviti perniagaan pun ketika itu ? Dan diredah supaya perjanjian di sain seberapa segera mungkin ..... REKOD DUNIA bagi perjanjian sebegitu besar iaitu tidak sampai 2 minggu ! Kenapa begitu senang Najib luluskan ?

Pendek Kata - Tiada Due Diligence.

Kini Najib mahu mengulangi semula kisah 1MDB melalui kisah baru dengan negara China.

Kita bising sebab tidak mahu pisang berbuah dua kali ! Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada ketelusan dan keikhlasan Najib untuk bertindak atas nama rakyat Malaysia !

Baca juga - Implikasi hutang China RM50 bilion


TERBARU dari laman web CCCC sendiri - KLiK

On November 1, CCCC signed the business contract with MRL for a railway project in eastern coastal Malaysia, with a contract value of some 46,000 million Malaysian ringgits. This is the largest overseas project signed by CCCC, as well as the largest economic and trade cooperation project between China and Malaysia so far.

Didedahkan oleh CCCC dalam laporan korporatnya, Nilai kontrek ECRL adalah RM46 bilion.

Angka itu pun perlu didedahkan bagaimana dicapai sebab kontrek dibuat secara terus. Ramai yang dakwa ia terlalu tinggi berbanding kos sebenar dan bakal menjadikan ECRL satu projek keretapi termahal dunia !

Kemudian..... kita diwar2kan dengan angka RM55 bilion nilai pinjaman untuk projek itu. Untuk apa lebihan RM9 bilion itu ?

Benda2 pelik macam inilah yang kita tidak mahu lihat ! Di zaman Najib ni banyak sangat benda pelik. Banyak sangat yang mahu disorokkan. Langsung tidak menepati janji Najib ketika mula jadi PM dulu kononnya Zaman Kerajaan Lebih Tahu Sudah Berlalu ! Konon kerajaan akan transparen, telus dan terbuka ... Piiiiiraaaah...

No comments:

Post a Comment