Saturday, November 12, 2016

Demo 'Tolak Pas' di Konvensyen Pakatan

'Tolak Pas' bergema di Konvensyen Pakatan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  - 12 November 2016
Demonstrasi ‎tolak Pas, di IDCC Shah Alam hari ini

SHAH ALAM - Satu demonstrasi aman 'tolak Pas dalam Pakatan Harapan' diadakan di pusat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan ‎di IDCC, Shah Alam hari ini.

Menurut Presiden kelab penyokong Pakatan Harapan Malaysia,Osman Ismail berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berkenaan hasrat itu.

Ujarnya, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan perlu menjauhi diri daripada Pas, dan tidak perlu lagi memujuk parti itu untuk berada bersama dalam Pakatan Harapan.

"Kami menanti kehadiran pimpinan tertinggi PH untuk menyampaikan hasrat ini," katanya.

Demonstari aman yang disertai oleh 20 wakil NGO Pro Pakatan Harapan itu turut membawa sepanduk yang tertera perkataan menolak Pas.

"Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas, sampai bila mahu tunggu Pas kami akar umbi sudah bosan‎," tertera perkataan tersebut.

‎Konvensyen Pakatan Harapan 2016 berlangsung sehari bermula hari ini.

2 comments:

  1. org pro pakatan demo tolak pas tak payah pijak gambar pun.
    geng lebai bangsat siap pijak gambar sebelum pemilihan cai..tu pun perasan isle isle

    ReplyDelete
  2. Macamana nak pijak gambar, nak letak gambar ketua Walaun tu pun satu kerja yang menyampah orang nak buat.

    Harap hasrat demo untuk tolak PAS diterima oleh pemimpin PH. Biarkan Haji Lebai yang gerudi kapal PAS mereka sendiri.

    ReplyDelete