Wednesday, 2 November 2016
MOGA PAS KEKAL ISTIQAMAH
Pendirian baru Pas sejak sehari dua ini tentunya amat dialu-alukan oleh semua pihak yang mengharapkan akan wujud perubahan dan pembaharuan dalam negara selepas PRU 14 akan datang.
Setelah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin seakan berubah nada dengan mengatakan parti itu sedia bersama parti-parti pembangkang lain untuk bertanding satu lawan satu menentang BN asalkan penyatuannya atas dasar agama Allah, kini Presiden Pas, Hadi Awang pula bersuara hampir sama.
Kata Hadi, Pas sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu bagi tujuan mengalahkan BN pada pilihanraya umum akan datang.
Selain mengatakan sedia berunding ke arah itu, Hadi cuma mahukan "jangan kacau rumah kami".
Meskipun berkata, "jangan kacau rumah kami", yang penting ialah Hadi dalam masa yang sama masih terbuka kepada perundingan dengan parti-parti lain dan tetap dengan pendirian untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Berbanding sebelum ini, pendirian Hadi sekarang nampaknya mula menunjukkan perubahan yang positif. Ini bukan saja membawa berita melegakan kepada pihak pembangkang, malah juga kepada harapan rakyat yang rata-ratanya sudah jemu dengan pemerintahan UMNO dan BN serta berperdana-menterikan Najib Razak.
Jika semua pihak dalam pembangkang terbuka kepada perundingan, harapan untuk mencapai kata sepakat tentunya lebih cerah berbanding dengan masing-masing membawa haluan sendiri.
Kini, terserahlah kepada semua pimpinan parti pembangkang untuk berlapang dada dan berunding dengan terbuka serta memikirkan keutamaan yang paling penting bagi semua pihak ialah menyelamatkan negara dari pemerintahan Najib, UMNO dan BN yang semakin tidak tentu hala dan menyusahkan rakyat jelata.
Selain itu, kebaikan lain sekiranya Pas sedia bersatu dengan parti-parti pembangkang lain untuk berdepan satu lawan satu dengan BN ialah ia dengan sendirinya menutup cerita parti itu pernah terhutang budi atau menerima apa-apa sumbangan kewangan daripada Najib.
Setuju dengan muafakat satu lawan satu untuk menumbangkan BN akan menjadikan sama ada saman Pas terhadap Sarawak Report diteruskan atau sebaliknya tidak lagi penting kepada rakyat untuk mengetahuinya.
Cuma, diharapkan agar Pas kekal istiqamah dan tidak berubah-ubah lagi selepas kenyataan Hadi ini. (SH 02/11/2016).
* sikit pun nak bohong juga. siku dan lutut dah simpan ke? dah lama buka pintu tapi sarat dengan syarat. yang itu tak nak, yang ni tak nak. Habis buka pintu kat sape?
Berkaitan: Satu lawan satu: "PAS sudah lama buka pintu" - Abdul Hadi

Lebai munafik..
ReplyDeleteKalau begitu jadinya maka habis semua 22 daripada 24 kerusi DUN di Kelantan akan dimenangi UMNU kerana PAS sekarang amat dikenali dengan pimpinan yang padat dengan rasuah, pemakan dedak UMNU, tiada langsung prinsip Islam yg diamalkan dan tidak mesra rakyat maka sia-sia sahaja PAS diberi tempat bagi bertanding melawan UMNU kerana pastinya ular akan mematuk tangan mereka yang menyeluk dalam lubang yg sama untuk kali ke dua. Hadi Awang pastinya akan mengkhianati sekali lagi apa yang dipersetujui kerana kali ini tekak beliau sentiasa dibasahi dengan dedak RM90 juta.
ReplyDelete