FBI rumuskan Hillary Clinton tidak lakukan jenayah
Agensi | November 07, 2016 09:57 MYT
Agensi | November 07, 2016 09:57 MYT
WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) merumuskan ia tidak menemui sebarang bukti perlakuan jenayah dalam siasatan terbaru skandal email Hillary Clinton.
Pengarahnya James Comey dalam surat kepada anggota kongres memaklumkan, agensi itu selesai meneliti kes tersebut dan tidak akan mengubah keputusan sebelum ini.
Keputusan ini bermakna calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat itu tidak akan berdepan sebarang tuduhan jenayah.
Comey sebelum ini membuat pendedahan kepada kongres FBI menemui maklumat baru dalam isu siasatan skandal email Clinton.
Makluman kepada kongres itu dinyatakan 11 hari sebelum hari pengundian, dan tindakan itu mendapat kecaman kem Demokrat.
Julai lalu, siasatan FBI mendapati bahawa Clinton tidak melakukan sebarang jenayah.
Sebaliknya, Clinton hanya didapati cuai ketika mengendalikan bahan sensitif ketika menggunakan pelayan email peribadi untuk tujuan rasminya.

Obama bidas FBI berhubung siasatan emel Hillary Clinton
Agensi| November 03, 2016 10:45 MYT
Agensi| November 03, 2016 10:45 MYT
NORTH CAROLINA: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengkritik pengarah Biro Siasatan Persekutuan negara itu, James Comey, susulan pendedahan terbaharu berhubung skandal emel calon presiden Parti Demokrat, Hillary Clinton.
Kata Obama, FBI tidak sepatutnya bertindak atas dasar maklumat tidak lengkap.
FBI ketika ini sedang menyiasat emel baharu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan pelayan emel peribadi Clinton.
Comey, berdepan kecaman kerana membuat pendedahan berkenaan 11 hari sebelum hari penentuan pilihan raya presiden.
Kenyataan Obama ini adalah yang pertama sejak pendedahan Comey.
Sementara itu dalam kempen di North Carolina, Obama memberitahu Parti Republikan berdepan risiko sekiranya calon mereka Donald Trump berjaya ke White House.
Tegas Obama, tidak seperti calon Demokrat, Hillary Clinton yang disifatkan tenang, Trump sebaliknya tiada perwatakan untuk jadi presiden.
Menurut Obama, ramai penyokong Trump melihat beliau sebagai wakil suara mereka.
Namun beliau mempertikai pandangan itu, kerana mendakwa Trump tidak ambil pusing soal kebajikan kumpulan pekerja.
Malah Trump juga kata Obama mengeluarkan banyak komen tidak wajar mengenai wanita, golongan Islam dan status senator John Mc Cain sebagai wira perang.
Kata Obama, FBI tidak sepatutnya bertindak atas dasar maklumat tidak lengkap.
FBI ketika ini sedang menyiasat emel baharu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan pelayan emel peribadi Clinton.
Comey, berdepan kecaman kerana membuat pendedahan berkenaan 11 hari sebelum hari penentuan pilihan raya presiden.
Kenyataan Obama ini adalah yang pertama sejak pendedahan Comey.
Sementara itu dalam kempen di North Carolina, Obama memberitahu Parti Republikan berdepan risiko sekiranya calon mereka Donald Trump berjaya ke White House.
Tegas Obama, tidak seperti calon Demokrat, Hillary Clinton yang disifatkan tenang, Trump sebaliknya tiada perwatakan untuk jadi presiden.
Menurut Obama, ramai penyokong Trump melihat beliau sebagai wakil suara mereka.
Malah Trump juga kata Obama mengeluarkan banyak komen tidak wajar mengenai wanita, golongan Islam dan status senator John Mc Cain sebagai wira perang.
No comments:
Post a Comment