Wednesday, November 2, 2016

Berat doh wei......exco agama pun pelawok hangit!

Exco agama Kelantan didakwa berbohong dalam sidang Dun
 | ZIKRI ABDULLAH
Che Ibrahim MohamedChe Ibrahim MohamedPengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, penerangan dan hubungan serantau negeri Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud didakwa berbohong, menipu fakta dan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa ketika berucap dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada sesi penggulungan, 27 Oktober lalu.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata exco berkenaan mendakwa Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan (1993) sebagai pindaan 2015, sedangkan sebenarnya enakmen tersebut telah 'dimansuhkan' dan diganti dengan enakmen baru dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015.

"Beliau juga mendakwa Pas memutuskan hubungan dengan DAP kerana DAP menolak Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015, sedangkan sebenarnya DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas kerana kegagalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenuhi janjinya untuk membentangkan "private bill hudud" dalam mesyuarat Majlis Presiden PR sebelum dikemukakan ke Parlimen. Cadangan Pas untuk membentangkan Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 telah dipersetujui dalam mesyuarat PR sebelumnya," kata beliau di laman facebooknya.

Nassuruddin katanya turut mendakwa takliq nikah dibuat sebelum akad nikah, sedangkan di segi hukum, takliq nikah hanya sah jika dibuat selepas akad nikah.

"Dia juga menuduh Husam memakan elaun haram kerana enggan meletak jawatan sebagai YB selepas dipecat parti, sedangkan kerajaan negeri sendiri masih memotong elaun Husam sebagai YB sebanyak 20% walaupun didakwa sebagai haram.

"Husam juga dituduh tidak hadir di hadapan jawatankuasa disiplin parti setelah dipanggil, sedangkan realitinya Husam dipecat tanpa dipanggil membela diri kecuali sekadar surat tunjuk sebab, tidak pernah dipanggil untuk hadir di hadapan jawatankuasa disiplin Pas," katanya.

"Beliau juga menuduh (walaupun tidak sebut nama secara khusus) Husam berkahwin dua, tapi tak berani isytihar seperti dia (sedangkan beliau sendiri menipu surat isteri pertama dalam proses permohonan poligami di mahkamah syariah).

"Yang ketujuh dia enggan mengaku tuduhannya berkaitan tanah Dun Salor sebagai tanah kerajaan, bukan tanah pok dia (bapanya), bukan tanah tok dia (datuknya), sebaliknya cuba berdolak dalih dan berselindung di sebalik kata-kata Husam yang mungkin tersasul sebutan," katanya.

Che Ibrahim hairan mengapa seorang exco agama tergamak bercakap bohong atau menggunakan fakta yang salah ketika berucap di Dun.

"Sudahlah ucapannya berbentuk ceramah agama atau kuliah, bukan ucapan penggulungan kerajaan yang lazimnya menjelaskan isu-isu berkaitan dasar kerajaan yang berkaitan dengan portfolionya," katanya.

2 comments:

  1. Nasaruddin Daud ni kalau tengok muka pun dah meluat, belum lagi dengar beliau berhujah. wajahnya penuh dengan kemunafikkan dan sikap perenggus beliau sebiji sikap Tuan Presiden PAS sekarang. Individu begini tak akan berani naik pentas debat atau forum yang memerlukan fakta dan angka sebagai petunjuk melainkan hanya berani berkhutbah di atas mimbar masjid yang tak memerlukan jawapan dan pertanyaan audien. Kalau beginilah standard munafik yang mahu berdwbat dengan Husam Musa, maka eloklah beliau cari 9 orang lagi sebagai pembantu sebelum seluruh pakaiannya dilondeh oleh Husam di atas pentas debat.

    ReplyDelete
  2. Hanya tinggal lebai standard barua dlm pas(baca pigs)..

    ReplyDelete