ذوالحزم شريف
PARTI ISLAM BUKA PINTU KEPADA YANG TAHU ADAB, BERADAD SANGATKAH PARTI ISLAM ITU?
Ketua Penerangan Parti Islam SeMalaysia Pusat, YB Nasruddin Hassan menulis bahawa Parti itu tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati serta memelihara maruahnya. Kenyataan tersebut nampak begitu murni, suci, comel dan sweet sangat. Ia menggambarkan betapa besarnya jiwa Parti Islam itu untuk berbincang dengan sesiapa saja asalkan yang ingin berbincang itu tahu adab dan tidak ganggu rumahtangga Parti Islam itu. Syabas dan tahniah.
Syabas dan tahniah kerana kenyataan tersebut membuka ruang untuk aku menulis membuktikan bahawa sebenarnya Parti Islam tu hanya retorik, bermain dengan kata-kata, manis mulut tetapi hati busuk. Bak kata pepatah "Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
Parti Islam hanya akan berunding dengan pihak yang tahu adab dan tidak kacau rumahtangga mereka.
Persoalannya :
a) adakah Parti Islam itu tahu adab?
b) Adakah Parti Islam itu tidak pernah ganggu rumahtangga orang?
c) Adakah Parti Islam itu tidak pernah mungkir janji?
d) Adakah Parti Islam itu tegas dengan prinsip?
b) Adakah Parti Islam itu tidak pernah ganggu rumahtangga orang?
c) Adakah Parti Islam itu tidak pernah mungkir janji?
d) Adakah Parti Islam itu tegas dengan prinsip?
Nah meh aku nak buktikan satu persatu.
a) Parti Islam tiada adab.
Parti tidak salah kerana parti hanya parti tetapi yang menggerakkan dan menentukan hala tuju parti ialah pemimpin. Apabila aku kata parti maknanya aku rujuk kepada pemimpin parti. Beradabkah Parti Islam?
Telah dipersetujui secara konsensus bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). Walau pun Kerajaan Negeri Selangor dianggotai oleh tiga (3) parti semasa kewujudan Pakatan Rakyat, kerusi MB dipersetujui oleh KeADILan. Apabila KeADILan mengambil keputusan hendak menukar MB, sewajarnya atas persetujuan asal, Parti lain termasuk Parti Islam tiada hak membantah. Memberikan pandangan tiada masalah tetapi membantah itu TIDAK BERADAB kerana ianya bukan hak Parti Islam. Parti Islam itu bukan saja membantah malah menghantar nama wakil mereka kepada Istana untuk dipilih sebagai MB.
BERADAB la sangat.
b) Adakah Parti Islam itu tidak pernah ganggu rumahtangga orang?
Dalam krisis MB Selangor, apabila KeADILan mengambil keputusan menggantikan Tan Sri Khalid dengan calon lain, Parti Islam itu bukan saja membantah, mereka siap memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid. Siap buat solat hajat perdana di Kediaman Rasmi MB. Menyokong ahli parti lain yang hendak ditukar oleh parti sendiri tu tidak ganggu rumahtangga orang lain ka?
Pernah juga suatu ketika Setiausaha Parti Islam Kawasan Titiwangsa mengutus surat terbuka meminta ditukar suka sama suka antara Tan Sri Khalid dengan Hj Khalid Samad. Wahhhhhh BERADAB la sangat.
c) Adakah Parti Islam tidak pernah mungkir janji?
Untuk menghadapi PRU13, semua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bertanding sesama sendiri. Maksudnya akan berlaku perlawan 1 lawan 1 antara PR dengan BN. YA ada persetujuan!!! Tetapi apa yang berlaku?? Parti Islam meletakkan juga calonnya di kawasan yang ditandingi oleh KeADILan di Kota Damansara dan Sg Acheh contohnya.
Parti Islam berjanji hanya akan pinda Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tetapi digubal yang baru.
BERADAB la sangat.
d) Adakah Parti Islam itu tegas dengan prinsip?
Prinsip Islam ialah berkata benar walau pun pahit. Prinsip Islam ialah yang benar itu benar walau siapa pun yang melakukannya, yang salah itu tetap salah tak kira siapa pelakunya.
Dalam keadaan Umno/BN melakukan kerosakan yang amat sangat, apa prinsip Parti Islam? Prinsipnya tidak boleh ganggu kerana tiada bukti. Nak bukti apa lagi kalau yang menyonglap itu sendiri mengaku?
Prinsip Islam juga tidak akan memungkiri janji, prinsip Islam juga tidak akan memaki hamun mengkafirkan orang. Prinsip apa yang Parti Islam itu pakai?
Cermin diri dulu sebelum nak kata orang lain tidak beradab. Jika benar sekali pun pihak lain khususnya DAP tiada adab, mereka majoritinya bukan Islam. Tiada perkiraan dosa pahala tetapi Parti Islam yang konon dasarnya Islam, prinsipnya Islam, tidak beradab, mungkir janji lebih teruk daripada yang tidak Islam.
Malu la sikit. Islam apa tak senonoh macam tu. Islam bukan hanya dipakaian berserban berjubah.
Aku Ahli DAP.
ZULHAZMI SHARIFF
4 NOVEMBER 2016
4 NOVEMBER 2016
Terbaik zul.. bagi aku pas parti hipokrit... pemimpin2 pas sekarang tidak boleh dipercayai dn taksub kpd kemewahan, tidak boleh berunding, keras kepala dn hanya mereka shj yg betul.. pashadi menggali kuburnya sendiri...konon dh berpuluh tahun berpengalaman dlm politik tp tindakan menghadapi permasalahan tidak menampakkan kematangan... kita doakan semuga selepas pru14 ni pashadi dihapuskan dr politik malaysia.. Insya Allah...Aaminn
ReplyDelete