Saturday, February 25, 2017

Timbalan Mursyidul Am parti Tok Lebai pun pelawak dan fitnah juga?

Ginilah jadinya bila 'gelabah perut' dan 'kecut batu'
Mulalah meracau, merapu tak tentu hala.

Sebenarnya pakatan PAS dan UMNO bukan menjadi khabar lagi......dah jadi pasti dengan bukti!
Puak-puak wala'un juga keno bbodo.......pemimpin kaya, mereka kayap

PAS Kelantan waspada khabar pakatan UMNO dan Amanah 
Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Februari 25, 2017 12:03 MYT
PAS Kelantan waspada khabar pakatan UMNO dan Amanah
AHMAD: Kita mengawasi supaya penyokong dan ahli kita tak terpengaruh. - Gambar fail
KOTA BHARU: PAS hanya mendengar khabar angin tentang kewujudan pakatan antara UMNO Kelantan dan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan untuk menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, dakwaan wujudnya pakatan itu hanya didengar melalui cakap-cakap orang politik namun kebenarannya belum dapat dibuktikan.

Bagaimanapun katanya, PAS Kelantan berwaspada dengan dakwaan tersebut kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam politik.

“Setakat ini kita tak ada maklumat yang pasti. Cuma terdengar orang bercakap begitu, tapi tak ada satu kenyataan rasmi.

“Kita tengoklah, sememangnya kita mengawasi supaya penyokong dan ahli kita tak terpengaruh dengan Amanah dan UMNO,” ujar beliau.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai  artikel dari sebuah blog yang mendakwa terdapat pakatan sulit antara Amanah dan UMNO Kelantan untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Artikel yang dikatakan ditulis oleh penganalisis politik kelantan itu tersebar dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Menurut Ahmad, PAS Kelantan sentiasa mengambil pendekatan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Hubungan dengan PPBM

Sementara itu dalam perkembangan lain, PAS tidak membuat keputusan muktamad berhubung hasrat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ingin menjalinkan pakatan pilihan raya dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang serta mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Menurut Ahmad, tiada kata putus dibuat mengenai perkara itu amtara kedua-dua parti baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Begitupun katanya, tidak menjadi kesalahan sekiranya PAS dan PPBM berkongsi pentas ceramah asalkan tidak melibatkan DAP dan Amanah.

Dua hari lalu, PPBM mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU14 akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu ‘pakatan’.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam Kelantan di sini pagi tadi

Pas semakin mengecut: Buat apa Mahfuz bimbang, Hadi masih selupar dan rileks jer?

Mahfuz bimbang Pas semakin mengecut
25 Februari 2017 | ARIF ATAN
Ramai penyokong Amanah dan Bersatu hadir ceramah perdana di Kepala Batas Alor Setar malam tadi

Satu-satunya pemimpin Pas yang terus hadir dalam program anjuran Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mahfuz Omar menyatakan kebimbangannya tentang situasi semasa partinya pada masa ini.

Beliau menyifatkan Pas semakin mengecut apabila wujud kecenderungan ahli yang mengambil sikap berdiam diri untuk tidak aktif dalam program parti.
Mahfuz OmarMahfuz Omar"Saya bimbang dengan gelombang (penolakan kepada Umno-BN) yang berlaku pada masa ini, berlaku pula penguncupan dari sudut keaktifan ahli apabila ada yang menyepikan diri.
"Bila ada ahli yang mula tidak mahu aktif, ini bermakna Pas semakin mengecut. Dengan gelombang Umno-BN akan kalah, Pas boleh terpinggir khususnya di negeri Kedah," tegasnya dalam Ceramah Perdana anjuran Pakatan Harapan dan Bersatu di Pekan Bukit Pinang, Kepala Batas, Alor Setar malam tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga bersimpati dengan ahli-ahli Pas yang selama ini berusaha memajukan parti tersebut untuk mengalahkan Umno-BN.
"Saya nak sebut pada ahli-ahli Pas di bawah ini yang kadang-kadang tidak mahu melihat luas. Saya berdiri (di pentas Pakatan Harapan dan PPBM) adalah kerana rakyat, demi negara dan kerana Allah SWT. Apa pasal saya tak keluar (Pas)? Saya berusaha untuk menyelamatkan Pas.
"Walaupun ada orang 'ligan' suruh saya keluar (Pas), saya tetap sayang parti saya kerana saya bina sekian lama bersama-sama rakan-rakan yang telah pergi (keluar parti).
"Saya kasihan dengan orang-orang Pas yang di bawah yang selama ini bertungkus-lumus membentuk parti ini bagi mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Saya tidak mahu melihat Pas terpinggir daripada arus perdana politik negara pada pilihan raya umum akan datang," tegas mantan Ketua Penerangan Pas itu.
Sehubungan itu, Mahfuz menggesa supaya ahli-ahli Pas bersuara kepada pemimpin mereka supaya kembali kepada persefahaman gabungan parti pembangkang yang kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
"Saya harap ahli-ahli Pas menyeru pimpinan-pimpinan mereka untuk harus kembali bersama. Lupakan titik-bengik tentang DAP dan Amanah. Amanah dan Bersatu wadah baru. Kalau dengan PKR pun letak syarat tinggalkan Amanah, DAP baru kami (Pas) mahu kerjasama, takkanlah kita letak syarat-syarat sukar untuk orang lain penuhi.
"Akhirnya, orang lain bergabung, Pas akan terpinggir daripada arus politik pembangkang di negara ini," ujarnya yang juga bekas Ketua Whip Pas di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut kekuatan Pas, Mahfuz mengakui partinya memiliki struktur yang mantap serta ahli yang ramai berbanding parti pembangkang lain memandangkan sudah lama berakar umbi di negara ini.
"Tetapi struktur parti, ahli yang ramai, sorang-sorang (lawan Umno-BN) saja tak mampu meraih kemenangan besar dalam pilihan raya. Kita mesti mendapat sokongan mereka dari di luar parti mahupun mereka yang duduk di parti lawan.
"Sebab itu gabungan persefahaman politik yang dibawa oleh Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz satu yang sangat baik untuk diteruskan bagi memastikan Pas mampu membawa perubahan kepada masa depan negara kita," jelasnya.
Beliau turut mengingatkan kehadiran peserta yang ramai pada program anjuran Pas sebelum ini tidak menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya.
"Saya ingat lagi tahun 2012, Himpunan Hijau di Putrajaya di Stadium Darul Aman. Tidak kurang 80,000 orang hadir berdasarkan antena Celcom hingga 'jammed' komunikasi ketika itu.
"Bila PRU-13, kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas kalah, jatuh. Ini yang harus difikirkan pimpinan dan ahli parti untuk melihat apa yang kita patut lakukan.
"Saya harap dengan kekuatan Pas digabung dengan kekuatan PKR, Amanah, DAP kita mampu mengalahklan Umno-BN. Ini soal rakyat. Kesan besar yang ditanggung adalah rakyat. Apakah kita mahu menghadapi sumpah rakyat? Rakyat akan menyumpah dan menyampah kepada parti-parti politik," tegas Mahfuz lagi.
Pas kebelakangan ini dilihat semakin rapat dengan Umno-BN termasuk terbaharu sekapal dengan pemimpin parti korup itu dalam misi bantuan kepada etnik Rohingya baru-baru ini.
Sementara itu, dalam program yang turut disiar secara langsung di laman sosial Facebook itu, Mahfuz turut menyaksikan majlis penyerahan permohonan keahlian dari empat cawangan baharu Amanah dan empat cawangan Bersatu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Pinang yang terletak dalam Parlimen yang diwakilinya.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir menerima permohonan itu bagi parti masing-masing.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menerima permohonan keahlian dari empat cawangan baharu di Dun Bukit Pinang

Dasar pengecut: Bila cabaran bersambut, cuba alih isu pulak!

Cakap jer banyak......kalau dah sedia
Atur jerlah gelanggang mana, siapa pengadilnya dan siapa wakilnya. Barulah jantan namanya
Janganlah dok merapu bagai. 

Sama dengan PAS juga, tak ada 'kote'
Dicabar debat, bila dah bersambut
Dia pula dok jaja orang yang cabar pengecut. Dok merapu melalak.....bodoh semacam juga

Syed Saddiq tin kosong yang muflis idea
ATIRAH HASLI - 25 FEBRUARI 2017 
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 

SHAH ALAM - Pemuda Umno hari ini membidas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menggelarkan pemimpin muda itu tin kosong yang kekeringan idea.

Ini kerana menurut Exco Pemuda Umno, Shahril Hamdan, Syed Saddiq sering menggunakan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB) sebagai modal ketika membangkitkan sesuatu isu.

"Taktik lapuk Syed Saddiq membangkitkan 1MDB untuk setiap isu lain yang ditimbulkan menunjukkan bahawa dia adalah tin kosong yang muflis idea.

"Syed Saddiq patut ukur baju di badan sendiri terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan,  hari ini.

Dalam masa sama, turut meminta Syed Saddiq tidak memutar belit isu asal dibangkitkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tentang tohmahan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pembangunan Johor.

Tambahnya lagi, tidak ada keperluan bagi Syed Saddiq menyebut atau mengheret beberapa nama pemimpin dalam Umno seperti Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz tidak pernah menakutkan orang ramai dengan mencampuri urusan pembangunan negeri.

"Titah DYMM Sultan Ibrahim yang penuh berkias tetapi dengan jelas ditujukan kepada seseorang yang cuba membangkitkan isu pembangunan Forest City di Johor Bahru untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Siapa lagi yang pernah mengatakan 'Melayu Mudah Lupa' tetapi seperti titah DYMM Sultan, beliau sendiri lupa tentang banyak perkara seperti pembangkang adalah musuh tetapi beliau sekarang duduk semeja dengan pembangkang, media barat suka mereka cerita tetapi sekarang beliau percaya bulat-bulat kepada media barat," katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, beliau yang mewakili Pemuda Umno turut menyatakan kesediaan untuk berbahas dengan Syed Saddiq.

"Kami Pemuda Umno mengalu-alukan terimaan cabaran debat oleh Syed Saddiq. Kami sentiasa bersiap sedia untuk berbahas dengan Syed Saddiq, bila-bila masa sahaja dan dimana-mana sahaja.

"Sehingga hari ini Syed Saddiq masih belum menyatakan pendirian terhadap projek Forest City dan tohmahan Tun Mahathir terhadap projek tersebut seperti Johor dijual kepada China, rakyat China akan diberi kewarganegaraan Malaysia dengan mudah dan diberi peluang mengundi di dalam PRU dan sebagainya," ujarnya lagi.

Audi Q7: Komen Hanipa Maidin

ANTARA HAK DAN KESEDARHANAAN.

Oleh: YB Mohamed Hanipa Maidin
Fb page: Peguam PAS - Dulu

1. Pada mulanya saya malas nak komen isu pemberian hadiah kereta mewah Audi Q7 oleh seorang pimpinan dalam Dewan Ulama Pas Pusat kepada isteri beliau.

2. Namun bila saya membaca alasan beliau memberikan hadiah ( spt dalam Malaysiakini ) itu kerana katanya itu hak beliau dan tidak perlu dipersoalkaan, maka saya rasa terpanggil untuk memberi komen sikit.

3. Bila digunakan alasan hak, saya teringat perbahasan panjang mengenai isu  justice (adil) dan mercy (rahmat) dalam Islam.

4. Dalam sistem jenayah islam khususnya dalam jenayah pembunuhan (qatl al 'amd atau homicide ) ada tiga bentuk hukuman yang Islam tetapkan iaitu hukuman qisas (bunuh balas) diyah (blood money) atau kemaafan dari waris mangsa . Jika islam hanya bercakap isu justice sahaja , sewajarnya hukuman ke atas orang yang membunuh itu hanya satu iaitu bunuh balas. Apabila Islam juga mengiktiraf hukum maaf dari waris ini menunjukkan isu compassion atau mercy (rahmah) juga diambil kira.

5. Dalam konteks isu pemberian audi Q7 , saya rasa isunya bukan isu hak. Jika kata bercakap tentang hak, semasa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz di puncak kuasa , banyak elaun yang beliau berhak dan layak terima dia x ambil. Contohnya hak duduk di rumah Kerajaan dan hak untuk elaun bersolek isteri. Tok guru tak ambil bukan kerana dia tak ada hak tetapi kerana sifat kesederhanaannya. Itu yang orang ramai tertarik dgn Almarhum Tok Guru dan Pas. Saya masih ingat almarhum Tok Guru kata "isteri ambo cukup pakai bedak sejuk je".

6. Para agamawan dihormati antaranya kerana sifat kesederhanaan mereka walaupun mereka mampu atau berhak memiliki apa yang mereka hendak dan ini terpakai tanpa mengira agamawan sunni atau agamawan syiah sekalipun.

7. Masa saya pergi Iran satu ketika dulu, saya naik teksi yang dipandu driver bermazhab sunni tapi dia amat hormat kepada almarhum Ayatullah Khomeini antaranya kerana kehidupannya yang amat sederhana walaupun ketika dipuncak kuasa.

8. Saya sempat menziarahi rumah kediaman Ayatullah di Iran yang beliau sewa dari Kerajaan Iran walaupun ketika itu beliau sedang di puncak kuasa. Rumahnya amat sederhana.Bila saya lihat ruang dalam rumah lagi lagi amat sederhana - macam rumah orang miskin sahaja. Patutlah driver sunni tu pun respect gila kata Ayatullah.

Ini sajalah modal pengikut bontot Hadi

Setelah bersama Amanah, Abby Abadi dikeji ahli Pas
24 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Abby Abadi

Status facebook artis Abby Abadi baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi luahan perasaannya setelah tidak lagi bersama Pas yang disertainya pada tahun 2012 lalu.

Perkongsian itu antara lain mendedahkan dugaan yang terpaksa dilaluinya yang kini berjuang dengan Parti Amanah Negara.

Tindakkannya itu jelas Abby, telah mengundang 'serangan' dari pengikut-pengikut Pas dengan pelbagai cercaan dan kata-kata nista.

Ada pengikut Pas katanya, mencerca dan menuduh beliau  sebagai tidak betul, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya apabila menjauhkan diri dari perjuangan Pas.

"Bila saya makin lama makin menjauh (dari Pas)… ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan, orang Pas pulak yang maki hamun saya, konon saya tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya," luah Abby.

Namun, segala cercaan pengikut Pas terhadapnya tidak mampu menafikan sikap profesionalisme yang ditonjolkan pemimpin-pemimpin DAP dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, lapor Roketkini.com.
"Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang… Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga amanah rakyat di Penang.

"Cakap kurang kerja lebih. Macam tulah bagus," katanya.

Jelas Abby, banyak perkara yang dipelajarinya mengenai agama dan pentadbiran negara sewaktu Pas dipimpin Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

“Allah bagi saya faham jelas berkaitan agama-Dia. Waktu tu saya ada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja,” luah Abby.

Pada waktu itu katanya, beliau amat berbangga dengan imej Pas dan tidak gentar walaupun diserang habis-habisan oleh tentera siber Umno-BN ketika itu sehingga digam dari siaran televisyen dan menghadiri majlis rasmi kerajaan.

“Semua kerana bersama dengan perjuangan Pas.

“Alih-alih lepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, segalanya berubah,” katanya.

Abby menulis statusnya di facebook sebagai respon kepada status twitter @tmjdtfc pada 18 Februari baru-baru ini yang menyebut: “Malang bg sesetengah pihak terutamanya artis yg ingin mencari Islam tetapi terjumpa Pas”.

Bila pencuri jerit 'pencuri', biarkan Polis saja yang siasat

Amanah Kelantan nafi berunding dengan Umno
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN - 22 FEBRUARI 2017
Wan Rahim Wan Abdullah

KOTA BHARU - Amanah Kelantan menafikan membuat perudingan sulit dengan Umno Kelantan sebagaimana dakwaan yang disebarkan di laman sosial.

Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan, beliau tidak pernah mengadakan sebarang perundingan atau pertemuan dengam mana-mana pimpinan Umno Kelantan.

"Saya menegaskan tiada sebarang bentuk pertemuan dan perjumpaan sama di peringkat negeri atau bahagian bagi mengadakan sebarang bentuk kerjasama atau persefahaman, ini perkara yang sangat serius," katanya kepada Sinar Harian.

Melalui tulisan itu, kerjasama Amanah dengan Umno Kelantan itu dibuat bagi merampas penguasaan Kelantan daripada Pas.

Susulan itu dikatakan terdapat percanggahan dikalangan pimpinan Umno terhadap cadangan itu  selain turut menamakan beberapa ketua bahagian yang terlibat.

Dalam pada itu, Wan Rahim menyifatkan tulisan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan fitnah terhadap Amanah Kelantan.

Sehubungan dengan itu katanya, beliau akan membuat laporan polis esok dan menyerahkan kepda pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut

Siapa Pengkhianat Negara?

DAP, HUSAM DAN AMANAH DAN KEADILAN DAN PSM Dan Najib Razak siapa Pengkhianat Negara

SEMUA ISU DAP. HUSAM DAN RAKAN PH

Semua isu-isu yang timbul sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak melibatkan Dap. Husam Dan Rakan ph

Apakah isu-isu tersebut?

1. Dap. Husam dan rakan ph tidak mencadang atau menyokong pengenalan GST yang membebankan rakyat jelata.

2.Dap.Husam Dan Rakan Ph tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan subsidi sehingga naik harga barang dan toll.

3.Dap.Husam dan Rakan Ph tidak mencadang atau menyokong kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

4.Dap .husam Dan rakan  ph tidak pernah bersetuju untuk menggunakan wang KWAP untuk melabur dalam perniagaan atau perusahaan yang tidak menguntungkan.

5.Dap.husam Dan Rakan Ph tidak pernah dirundingi untuk menukar surat hak-milik tanah peneroka Felda yang sangat bernilai dan tidak turun harganya dengan sijil saham yang tidak menentu harganya dan kini harga sahamnya merudum turun kerana dilanda kerugian.

6. Dap. Husam tidak pernah menjadi perajurit dalam angkatan tentera dan tidak tahu menahu mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera; beliau tidak terlibat dalam keputusan menggunakan wang tabung LTAT untuk membiayai projek yang tidak menguntungkan.

7. Lim Kit Siang tidak pernah pinjam duit Mara untuk berniaga atau sebagai biasiswa waktu beliau belajar; beliau juga tidak pernah merestui penyelewengan yang kini dikatakan berlaku dalam MARA.

8. Lim Kit Siang belum memeluk ugama Islam dan beliau tidak pun tahu mengenai salahguna wang Lembaga Urusan dan Tabung Haji untuk pelaburan yang merugikan.

9. Lim Kit Siang, kerana belum memeluk ugama Islam, tidak pernah membayar zakat itulah sebabnya dia tidak tahu bahawa pejabat ugama mengadakan lawatan ke Paris sebagai salah satu acara dalam 'Kursus Pernikahan'.

10. lim kit Sing bukan seorang Melayu/Bumiputera dan dia tidak merasa penderitaan, dan bukan sebab kepada penderitaan, maka biasiswa anak-anak Melayu dikurangkan jumlahnya oleh kerajaan.

11. Bukan Dap. Husam Dan rakan ph yang menamatkan khidmat Peguam Negara.

12. Bukan Dap. Husam Dan Raman ph yang menukar pegawai MACC kerana menyelidiki kes yang melibatkannya.

13. Bukan Dap. Husam Dan Raman ph yang mencadangkan dikenakan label OSA atas semua hasil penyelidikan atas sebarang salahlaku dalam apa jua syarikat, badan dan agensi kerajaan.

14. Bukan Dap. Husam Dan Rakan ph yang menghalang Bank Negara Malaysia dari mengambil tindakan atas penyelewengan dalam institusi kewangan dalam dan luar negara.

15. Bukan Dap. Husam Dan Raman ph yang mencadang untuk membeli kapal selam Scorpine; dan bukan dia yang suruh Sirul dan rakannya untuk membunuh Altantuya.

16.Bukan Dap .husam Rakan Ph yang suruh SPRM untuk menyelidik dan tangkap perasuah-perasuah kecil supaya perasuah yang lebih hebat kelihatan tidak rasuah.

17.Bukan Dap .husam Dan Rakan Ph yang mengarah media perdana supaya setiap hari mengutuk Tun Dr. Mahathir walaupun beliaulah yang telah mengharumkan negara Malaysia di zaman pemerintahannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

18. Dap. Husam dan Raman ph tidak pernah terbabit dalam sebarang skandal seks.

19. Dap. Husam Dan Raman ph tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal kewangan.

20.Dap .Husam dan Raman Ph tidak menjadi pengeluar filem lucah di Hollywood dengan memakan belanja wang yang disalurkan dari syarikat milik negara.

21.Dap.Husam Dan rakan ph tidak pernah melabur wang negara yang dicurinya di Singapura, Hongkong, New Zealand, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan namanya tidak pernah disebut sebagai penjenayah dalam mana jua mahkamah didunia.

22. Dap. Husam dan rakan Ph tidak pernah merancang untuk membawa 1.5 juta rakyat dari Bangladesh sehingga rakyat Bangladesh melebihi jumlah rakyat keturunan India yang ada dalam negara sekarang ini.

23.Dap.husam dan Raman ph juga bukan perancang untuk membenarkan ratusan ribu Cina dari negara Komunis China untuk membeli harta milik tetap (freehold) dan tinggal di negara ini.

24.Dap.Husam dan rakan Ph juga tidak boleh disalahkan jika harta-harta yang sangat bernilai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi dijual kepada syarikat dari negara Komunis China.

25.Dap.Husam dan rakan Ph tidak boleh disalahkan jika kos pembangunan satu-satu projek, seperti keretapi di Pantai Timur dinaikkan harganya sehingga Negara terhutang sejumlah yang sukar untuk dibayar dari hasil projek berkenaan.

26.Dap.Husam dan Rakan Ph tidak bertanggungjawab, malah tidak tahu menahu mengenai penubuhan 1MDB; tidak pernah menjadi penasihat atau ahli lembaga pengarah, pegawai atau pekerjaa di 1MDB. Oleh itu, takutkah Datuk Zaid Ibrahim untuk berkawan dengan DAP.

Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bergabung tenaga dengan Dap Dan Husam serta Raman ph untuk sama-sama menentang penyelewengan, rasuah dan pengkhianatan kepada negara?

Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membetulkan kesilapannya kerana telah salah menanam budi dan memilih pengganti2nya yang beliau tidak sangka menjadikan negara dipandang hina seperti sekarang dan rakyat jelata menderita kerana beban hutang negara yang bertimbun dan tidak mungkin selesai dibayar oleh anak, cucu dan cicit kita semua.

TAN SRI SANUSI JUNID.

Friday, February 24, 2017

Apa macam: Tikah sudah bersambut!

CABARAN PEMUDA UMNO SUDAH DISAMBUT....APA LAGI?

Saya, Syed Saddiq, Ketua ARMADA PPBM menyahut cabaran Pemuda UMNO untuk berdebat.

Saya berharap pihak Sinar Harian boleh menganjurkan debat tersebut.

Jangan sekadar selektif wahai Pemuda UMNO.

Bila Sultan Selangor murka akan tindakan pemimpin kesayanganmu, Datuk Jamal Yunos, kamu berdiam diri.

Bila Sultan Johor mengutuk pemimpin UMNO yang hilang kepercayaan rakyat, makan rasuah, biadap dll, diam sahaja kamu.

Bila TS Annuar Musa memperlekehkan Tunku Mahkota Johor, diam sahaja kamu.

Bila YB Nazri Aziz nak "whack" Tunku Mahkota, diam sahaja kamu.

Kalau berani, sila tampilkan Ketua Pemuda UMNO untuk berdebat dengan saya.

Kalau tak boleh, Timbalannya pun boleh.

Kalau masih tak boleh, i'll debate with those who dare.

Saya tak takut. Berani kerana benar!

Jangan memencilkan diri seperti DS Najib yang mengelakkan diri untuk berdebat dengan Tun Mahathir.

Atau apabila Senator Azwan bro pada minit yang terakhir mengecualikan diri untuk berdebat dengan DS Mukhriz 3 minggu yang lalu (Anjuran UKEC)

Atau apabila setiap satu tawaran untuk berdebat berkenaan 1MDB ditolak oleh pemimpin UMNO-BN.

Kalau kita nak berdebat berkenaan Sultan Johor, Selangor dll kita tak akan pergi jauh sebab kedua dua pihak akan "claim" mewakili suara mereka.

Let's be brave and show to the rakyat who can be the better government.

Who will serve the rakyat better?

Malaysia ini milik rakyat.

Saya berharap Pemuda UMNO berani untuk berdebat tentang isu isu rakyat  contoh-1MDB/Isu isu ekonomi/social dll.

Cadangan saya, "Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan yang Amanah"

Saya akan duduk di meja pembangkang.

Topik tersebut "general". Boleh bincangkan tentang banyak isu yang dekat dengan hati rakyat.

Saya berharap agar Pemuda UMNO menyahut kenyataan ini.

Syed Saddiq
Ketua ARMADA PPBM.

Orang-Orang Melayu akan terkesan dengan taktik Haji Hadi?

1. Org2 melayu akan terkesan dgn taktik Haji Hadi yg nampak islamik bilamana usul persendirian RUU355 walau time berpakat nak lwn BN & menang besar di PRU12 dulu, xda plak letak syarat time tu dgn Pakatan bila nak bergabung.

 2. Sebagaimana org2 melayu akn terkesan isu bangsa isu kalimah Allah oleh media Umno, isu agama/hudud yg dibwk Pas, atau isu liwat yg diulang tayang yg konon jika dilantik tokoh itu pimpin maka jahanamlah negara, maka kita dpt lihat hasil modal berulang liwat tu berjaya selamatkan Umno BN pada PRU13 yg mana BN hanya menang tipis & berturut2 perintah tanpa majoriti 2/3.  Ketua2 Penerangan Umno ialah bapak kpd Cybertrooper yg dilatih utk main persepsi lebih2 lagi DAP. Konon di S'gor bila speaker DUN dari DAP maka usul2 agama yg dibawa oleh Umno konon ditolak? Adakah isu kalimah Allah yg dimaksudkan berkaitan rampasan bible berbahasa Melayu oleh ex Exco Hassan Ali yg telah dipecat PAS atau  isu konon larangan menguatkan bacaan2 al Quran sebelum azan Subuh? Umno benar2 perjuangkan Islam dgn bawa usul2 ini? Lihat tulisan2 Drmaza berkaitan isu Kalimah Allah & larangan menguatkan bacaan ayat al Quran guna pembesar suara. B4 RUU 355 oleh Haji Hadi dibenarkan speaker Dewan Rakyat utk dibentangkan, cuba tonton rakaman YouTube pertikaman lidah oleh YB Pokok Sena dari PAS dgn speaker Pandikar Amin Mulia yg menolak usul tersebut diakhir sidang parlimen tahun 2015. Dan kini tiba2 speaker yg sama membenarkan laluan usul persendirian Haji Hadi dibarisan ke-4 mendahului usul2 penting yg lain. Speaker Dewan Rakyat adakah dari DAP? Game apa yg sedang diatur Umno utk PAS?
               
3. Time Allahyarham Nik Aziz setuju gabung dlm 1 pakatan lwn BN di PRU12, Haji Hadi, Hassan Ali, Ustaz Nasha (yg kini jadi penasihat Najib & Chairman institut wasatiyah) xsetuju pun berpakatan dgn Pkr, Dap. Tapi dek krn adanya Nik Aziz time tu, Presiden Pas ketika itu hanya ikut & ketika itu kita pun prasan di Tv3 hari2 Haji Hadi dihentam dgn isu lapok Amanat Haji Hadi yg kafirkan Umno.    

4. Presiden Pas & team pro ulama dlm Pas mula langkah singkir team professional Pas spt Khalid Samad dll slps Nik Aziz mangkat          

5. Maka bermulalah projek RUU355 slps itu, & finally Pas kluar Pakatan dgn alasan antaranya DAP anti Islam & tentang Pas utk tegakkan hukum2 Islam dll.

6. Skrip2 pemimpin2 Islam konon ingin tegakkan Islam dlm masa sama pemimpin2 Islam inilah yg diam bila parti pemerintah zalim, mencuri harta rakyat, korup dll dgn harapan parti pemerintah akan mudahkan impian yg sejak dahulu mrk ingin tegakkan iaitu hudud, & kita dpt lihat parti pemerintah yg sekian lama musuhi Pas tiba2 beri laluan utk usul persendirian dibentang walau ditentang kuat sekutunya Gerakan & MCA, rakyat disibukkan dgn usul RUU355 & isu bangsa yg semakin dicabar jika Pakatan menang, mufti2 yg jadi alat pemerintah juga dlm masa sama bleh fatwakan 'haram jatuhkan k'jaan, 'Bughah' halal darah para pendemo utk dibunuh(Mufti Harussani) dlm masa sama Ulama k'jaan ini juga seru  RUU355 oleh Haji Hadi ini disokong. Mana mungkin baru kini Haji Hadi baru sedar kononnya ditipu Dap walhal sosok ini lah dulunya turun berdemo di Bersih 3 & memaki hamun dlm ceramah2  'Umno yg korup, zalim & salahguna dana awam', bila kini Bersih 5, sosok Haji Hadi ini bleh kata demo ini sia2 utk turunkan Najib yg terpalit seleweng dana yg besar, & haji hadi juga gesa utk undurkan Najib hanya dpt dilakukan 'dikalahkan' Umno BN di PRU14, Pas nak kalahkan Umno sorg2 tanpa pakatan?      
7. Imam Abu Hanifah yg sudah kaya raya hasil harta peninggalan bapanya ditambah pula dgn perniagaan kedai kain & kilang batu jubin milik beliau b4 bergelar Ulama besar tetap zuhud & merendah diri (walaupun dikatakan beliau itu Ulama umpama bangsawan dek krn berhartanya beliau), beliau dipenjarakan begitu lama hanya krn menolak perlantikan sbg Ketua Kadi & Ketua Perbendaharaan oleh Gabenor Kufah yg zalim & korup ketika itu dibwh pemerintahan khalifah Umaiyah. Imam Abu Hanifah ketika ditanya Gabenor Kufah, adakah beliau sokong pemerintahan Khalifah Marwan Bin Muhammad ketika itu, jwb Imam Abu Hanifah, semua Khalifah2 Bani Umaiyah adalah Zalim kecuali Umar Abd Aziz! Tanya Gabenor Kufah, adakah Khalifah Muawiyah (Pengasas Bani Umaiyah yg jatuhkan pemerintahan Ali ra) juga zalim walhal Muawiyah adalah sahabat nabi saw & antara pencatat wahyu, Imam Abu Hanifah sebaliknya berdiam. Bilamana pemerintahan Bani Umaiyah (Khalifah Marwan ditumbangkan), pemerintah Bani Abbasiyah yg naik xkurang zalimnya walau pemerintahan mrk2 ini tampil islamik namun Ulama2 yg berdamping dgn khalifah ini xda pun yg nasihat kalifah jgn zalim bila di hapuskan saki baki Bani Umaiyah yg bagi mrk kelak akan gugat k'jaan Abbasiyah hingga diarahkan tentera2nya gali kubur2 khalifah2 Bani Umaiyah termasuk Muawiyah & dibakar tulang2nya dek terlalu bencikan Bani Umaiyah. Imam Abu Hanifah telah diracun didlm penjara oleh khalifah ke-2 Bani Abbasiyah 'al-Mansur' hanya krn tolak utk dilantik sbg ketua kadi & ketua perbendaharaan Kufah. Bila ditanya ank murid Imam Abu Hanifah kenapa tetap tolak jawatan itu, beliau berkata tdk ingin bersekongkol dgn khalifah2 itu & dijadikan alat utk kekalkan mrk berkuasa, apalagi utk Imam Abu Hanifah menandatangani fatwa utk dipenggal kepala2 rakyat yg melawan mrk!  

8. Skrip2 nak tegakkan hukum Allah & kembalikan pemerintahan Islam sebenar bagi penyokong2 parti mana pun lebih2 PAS, kedengarannya bagus, tp kena berhati2, Umno walau bodoh dlm berdakwah tapi pandai politik, Pas kita maklum dia pandai dakwah,  tapi bodoh politik. Mana mungkin usul RUU355 nya mampu utk jatuhkan BN. Maka xhairan Allahyarham Nik Aziz pernah nak ludah org2 yg ajak bergabung dgn Umno. Mungkin kita bleh contohi cara politik & dakwah Saidina Abu Bakar & Umar al Khattab, Panglima Khalid al Walid yg tak pernah tewas dimedan perang & disanjung tinggi itu, bilamana khalifah Abu Bakar meninggal, Khalid al Walid masih dimedan perang utk tumbangkan wilayah2 dibwh k'jaan Rom selepas dikalahkan Parsi, khalid terima surat dari Umar al khattab yg memecat khalid sbg Panglima perang, bila ditanyakan kpd Umar al khattab motif tindakannya, Umar lihat seolah2 tentera2 Islam ketika itu akan rosak akidah mrk krn khuatir anggap kemenangan2 peperangan disbbkan khalid. Tentera Islam slps itu tetap beroleh kemenangan tanpa khalid al walid!

9. Org2 Melayu yg hanya anggap hanya Umno yg dpt bela nasib org2 kita, pertimbangkan cara ilmiah & bukan ikut emosi. Walau pemimpin2 Umno itu zalim korup salah guna dana awam, tetapi bilamana mrk dihujung usia berkuasa, mulalah dimainkan isu bangsa, isu agama, DAP akan menguasai dll, walhal ranking indeks rasuah kita jauh tinggi berbanding negara2 non muslim spt Jepun, Hong Kong, jauh skali lah Singapore. Apa hasil bumi kita berbanding Singapore tu? Kenapa income perkapita rakyat Singapore jauh tinggi berbanding rakyat kita? Nilai matawang jauh ketinggalan! Ya Lee Kuan Yew semasa nak berkempen sanggup bersongkok berkain pelikat mkn sambal belacan duduk bersila, kita katakan melayu terpinggir di singapore, kita mainkan sentimen bangsa walau beza org2 melayu dizaman b4 lee kuan yew jd ketua menteri dgn zaman org2 melayu dizaman kini yg tahap pendidikannya jauh beza, tahu membuat pertimbangan. Bilamana di Indonesia nak pilihanraya if ada calon2 non muslim mahu bertanding maka dimainkan sentimen dizaman Lee Kuan Yew, rasis dll. Begitu juga di Malaysia, bukan nak bela Dap, tp pemimpin2 yg korup dari Umno itulah yg melaungkan utk berjuang bagi bela nasib org2 melayu & takutkan org kita kalau Dap menang, nasib org2 melayu akan serupa spt di Singapore, dah tu Ketua Penerangan Umno yg disiasat SPRM guna dana MARA utk taja pasukan bolasepak disaat anak2 Melayu dibatalkan tajaan ke luar negara itu murni? Dah tu pemimpin2 pembangkang yg ultra melayu spt Tun M, Muhyidin, Mukhriz atau pemimpin islamik professional dari PAS spt Mahfuz, khalid samad, salahudin ayub, & dr pkr azmin ali, rafizi dll nak diamkan konon DAP nak berkuasa? Saat Lim Guan Eng mahu bubar DUN P.Pinang lebih awal & ditentang keras MB S'gor itu adakah mengikut telunjuk DAP? Bila dasar pandang ke Timur dilancar, xplak Melayu2 zaman 80an fikir kita contohi cara mrk bekerja walau mrk itu sembah matahari. Bila Najib lancar dasar pandang ke China, xplak kita perlekeh walau itu negara komunis. Proton yg dibangunkan Tun M kini makin nazak dgn kejatuhan nilai ringgit & saham 51% Proton telah dibida antaranya syarikat gergasi permotoran China! Tunggu MAC 2017 nanti dimana Menteri Kewangan Umno yg sama gadaikan tanah airport Sg Besi ke syarikat hartanah dari China umumkan siapa yg akan beli  saham proton itu!  Kita konon islamik tp kenapa xnak dasar pandang ke Mesir yg kotor & k'jaannya yg korup? Paling tidak kita contohi / bezakan antara k'jaan Umno & di Singapore mentadbir? Kita terlalu pandang negatif singapore itu rasis, tp kita xnak contohi cara dia bangunkan Singapore slps Tunku pisahkan dgn M'sia dgn hasil bumi xda. Singapore pinjam tabung dunia kita pun pinjam tabung dunia, (utk makluman M'sia hentikan pinjaman dari bank dunia pada 1994 oleh Menteri Kewangan ketika itu & M'sia mula kembali berhutang pada 1999 - YouTube -  Tajuk:Siapa yang pinjam duit sebenaqnya) bandingkan defisit + income kita dgn Singapore, hampir 18 tahun kita defisit income tp hutang makin meningkat, bandingkan kita yg punya hasil perut bumi dgn singapore yg rasis, dek krn ego kita terbang jauh ke China utk blaja cara bangunkan negara kita. Kita gadai 1 1 aset negara utk lunaskan hutang yg najib cipta. Kita beban ke rakyat dgn hapuskan subsidi petrol & minyak masak dgn alasan utk sekat penyeludupan. Kita bagi BR1M & kita amik blk berganda2 dari Gst, rakyat disibukkan dgn isu plastik 20 sen, tp kita xcerita pun S'gor yg bg air free 20 ribu liter/RM11.40 sebulan sejak 2008, kad klinik RM500/tahun, bas awam percuma dari hujung s'gor di semenyih hingga hujung s'gor disabak bernam, makan free bagi pelajar2 di Universiti Selangor. Jgn citerlah di Pulau Pinang, walau sejak dlu yg perintah pun mmg Cina walau Umno menang byk mana pun di P.Pinang. Melayu xkan hilang kuasa memimpin, tapi melayu Umno yg bakal hilang kuasa dek kelemahan mrk sejak lama memerintah.
- SSSS
along@yusran

Bai'ah dan Taklik Talak Tiga

*HUKUM BAI'AH PAS & TAKLIK TALAK 3*

*PENDAHULUAN:-*

Bai'ah dalam PAS ini hanyalah satu bentuk perjanjian untuk bersama melakukan perkara atau kerja-kerja Islam. PAS bukannya Daulah Islamiah & pemimpinnya setaraf khalifah sehingga hukum berbai'ah sama dengan berbai'ah kepada khalifah.

Jika di dalam lafaz baiah itu terdapat lafaz sumpah, ia termasuk dalam perbahasan hukum sumpah. Jika terdapat taklik dengan talaq 3, ia termasuk dalam perbahasan cerai taklik. Jika tiada keduanya, ia hanyalah janji setia untuk bersama PAS:-

*BAI'AH PAS BERMAKSUD JANJI SETIA:*

Bila seseorang itu keluar PAS maknanya dia melanggar janji setianya untuk bersama PAS melaksanakan kerja-kerja Islam. Dia berdosa kerana tidak menepati janji. Namun jika PAS sudah tidak relevan baginya, dia tak boleh bekerja dalam PAS, dituduh liberal, munafik, sekular oleh parti sendiri, dihalau keluar, dihina, dicaci maki & ada di sana ruang yg lebih baik utk laksana tugas-tugas Islam, adalah menjadi haknya untuk memilih kumpulan atau parti atau gerakan yang lebih baik atau keluar PAS menubuhkan wadah yang lebih baru.

*BAI'AH DISERTAKAN LAFAZ SUMPAH:*

Bagi wakil rakyat atau ahli parti yang memasukkan lafaz sumpah dlm bai'ahnya, sumpah tersebut boleh dilanggar jika pada pandangannya ada yang lebih baik atau jika dia terus berpegang dengan sumpahnya itu membawa kepada perkara lebih buruk, mudharat & dosa. Nabi bersabda:

من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه
Ertinya : Barangsiapa yang bersumpah kemudiannya melihat yang lain dari itu lebih baik, hendaklah dia mendatangi yang lebih baik itu (langgar sumpahnya) dan bayarlah kafarah sumpahnya. (Riwayat Muslim)

Memasukkan sumpah dalam baiah tiada di zaman Nabi. Ia bermula di zaman Hajjaj Yusuf At Thaqafiy. Kemudian telah dibantah oleh Imam Malik bin Anas & mengugurkan paksaan sumpah dalam baiah sebagaimana diceritakan oleh Ibn Khaldun. Jika berbaiah dengan khalifah ditegah mengguna lafaz sumpah apatahlagi baiah kepada ketua parti atau gerakan Islam lagilah tidak perlu dimasukkan lafaz sumpah & ia satu budaya yg perlu dibuang.

*BAI'AH PAS DISERTAKAN LAFAZ CERAI TAKLIK TALAK 3*

Ulamak Islam bercanggah pendapat samada cerai taklik jatuh talak atau tidak:-

*Pendapat pertama:* Jatuh talak tiga. Pendapat ini diambil oleh TGHH dan ustaz-ustaz PAS yg terlibat.

*Pendapat kedua:* Talak taklik tersebut perlu rujuk kepada tujuan dan niat. Jika seseorang yang melafazkan taklik itu niat talak, maka jatuh talak dan jika dia tidak niat talak hanya bertujuan menakut-nakutkan & berjaga-jaga, maka tak gugur talak. Pendapat ini diambil oleh Mufti Perlis, Mufti P Pinang, AJK Kesatuan Ulamak Sedunia Ustaz Abdul Ghani Syamsuddin, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, bahkan bekas Mursyidul Am PAS sendiri Dr Harun Din(semasa menjadi ahli akademik) dll.

Pendapat kedua inilah yg diambil oleh pimpinan parti Amanah yg melanggar baiah taklik talak 3. Ia merupakan pendapat sederhana dipilih oleh ulamak terkemuka Islam dunia sprti Syeikh Mahmud Saltut, Syeikh Abu Zahrah, Dr Mustafa As-Sibaei, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi dll.

*1) Syeikh Mahmud Syaltut menyebut:-*

(حكمه ـ يعني حكم الطلاق المعلق ـ أنه إن كان يقصد تخويفها ومنعها من الفعل وهو في نفسه يكره طلاقها ولا يرغب فيه ليس لديه من الأسباب ما يجعله يقصد الطلاق، كان ذلك لغواً من القول لا أثر له في الحياة الزوجية·
أما إذا كان منطوياً على بعضها، غير راغب في عشرتها واتخذ التعليق مبرراً له في الطلاق أمام الناس، فإنه يقع إذا خالفت الزوجة، ويقع واحدة رجعية لا غير، ولو كان بلفظ الثلاث أو الستين، وإلى هذا ذهب كثير من العلماء من سلف الأمة وخلفها، وبه أخذ قانون المحاكم الشرعية المعمول به الآن)
Maksudnya: "Hukumnya iaitu cerai taklik. Sekiranya ia dilakukan bertujuan menakutkan & menyekat isterinya melakukan sesuatu perbuatan dan dia dalam dirinya tidak mahu berlaku perceraian dan tidak menyukainya serta tidak ada sebab-sebab yang menunjukkan dia mahu bercerai. Adalah lafaz cerai taklik itu dianggap ucapan yg sia-sia, tak terpakai, dan tidak memberi kesan pada ikatan perkahwinan.

Adapun jika tersirat mahu bercerai, dia menjauhi isterinya, tidak suka mengauli isterinya, dan dia melafazkan taklik dihadapan orang ramai sebagai alasan untuk bercerai, maka akan jatuh talak apabila isteri melanggar ta'lik tersebut, jatuhlah satu talak raj'i sahaja walaupun dengan lafaz taklik talak 3 atau 60 talak. Pendapat ini diambil oleh ramai dikalangan ulamak terdahulu dan selepas mereka. Ia diambil sebagai undang-undang yang digunapakai sekarang."

*2) Pendapat Syeikh Abu Zahrah:-*

(من يقول: إن فعلت كذا فأنت طالق وهو لا يقصد الطلاق، بل يقصد منعها من الفعل، فإن الطلاق لا يقع (···)، أما إن قصد إيقاع الطلاق، فإن الطلاق يقع)
Maksudnya: "Sesiapa yg berkata: Sekiranya awak lakukan ini awak jatuh talak. Dia tidak bermaksud mahu menceraikan isterinya sebaliknya mahu menyekat isterinya melakukan perbuatan itu, maka perceraian tidak berlaku.... Adapun sekiranya dia berniat menjatuhkan talak, maka perceraian itu berlaku."

*3) Dr Mustafa As Sibaei* pula berkata:-

(لما كان أكثر الناس يقصدون من مثل تلك العبارة معنى اليمين لا إيقاع الطلاق، كان الأخذ بذلك التفصيل أرفق بالناس وأكثر تطبيقاً لدائرة الطلاق وبهذا أخذ قانوننا)
Maksudnya: "Apabila kebanyakan orang menganggap  kenyataan seumpama itu-taklik talak adalah sumpah maka tidak akan berlaku perceraian. Mengambil pendapat sedemikian adalah lebih berperikemanusiaan terhadap orang ramai dan lebih praktikal dengan tujuan syariat talak. Dengan ini, undang-undang kita mengambilnya."

*4) Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi* pula menyifatkan hukum tidak jatuh talak secara taklik yang dilafazkan atas asas dan niat memberi galakan melakukan sesuatu atau menyekat berlakunya sesuatu merupakan satu penambahbaikan dan perubahan yang besar berlaku dalam hukum-hakam kekeluargaan Islam. Katanya:-
(التعديلات الضخمة التي أدخلت على تشريعات الأسرة التي تسمى بالأحوال الشخصية)
Maksusnya: "Penambaikan yang besar dilakukan dalam hukum-hakam kekeluargaan yang dikenali dengan nama fiqh hal ehwal sakhsiah".

Beliau juga menyebut:-

أما الطلاق المعلق، أو الطلاق بصفة عامة المراد منه الحمل على شيء أو المنع من شيء، مثل كلمة "علي الطلاق أن تفعلي أو لا تفعلي كذا" أو إن ذهبت عند أهلك تكوني طالق أو غير ذلك، الطلاق هنا لا يريد به حقيقة ما شرع الله فيه الطلاق، فالله شرع الطلاق لحل عقدة الزواج عند تعذر الوفاق......فنحن هنا بعض علماء السلف قالوا أن هذا الطلاق لا يقع بالمرة والبعض قال لا يقع وفيه كفارة يمين، وهذا ما اختاره شيخ الإسلام ابن تيمية وأنا أختار هذا الرأي.
Maksudnya: "Adapun lafaz talak taklik atau talak secara umum yang bermatlamat memaksa isteri melakukan sesuatu atau menyekatnya dari melakukan sesuatu. Contohnya: Aku ceraikan kamu jika kamu melakukan atau tidak lakukan demikian atau jika kamu kembali kepada keluarga, kamu tercerai.  Talak di sini ia tidak menepati hakikat sebenar yg dikehendaki syara'. Allah mensyariatkan talak utk menguraikan ikatan perkahwinan apabila tiada persefahaman....Setengah ulamak salaf menyebut talak sebegini tidak jatuh talak. Setengah mereka berkata tidak jatuh talak dan perlu membayar kafarah sumpah. Ini yg di pilih oleh Syeikh Islam Ibni Taimiah dan saya memilih pendapat ini."

Pendapat kedua juga dipilih & di ambil sebagai undang-undang keluarga Islam di mejoriti negara-negara umat Islam di dunia antaranya:-

*1) Undang-Undang Kekeluargaan Mesir:*
(لا يقع الطلاق غير المنجز إذا قصد به الحمل على فعل شيء أو تركه لا غير)،
Maksudnya: Tidak jatuh talak bukan langsung(talak ta'liq) jika niatnya supaya melakukan sesuatu perbuatan atau meninggalkannya.

*2) Undang² Kekeluargaan Syria:*
(لا يقع الطلاق غير المنجز إذا لم يقصد به إلا الحض على فعل شيء أو المنع منه واستخدم استعمال القسم لتأكيد الخبر لا غير)
Maksudnya: Tidak jatuh talak cerai ta'lik jika ia tidak bermaksud cerai. Ia hanya bertujuan menggalakkan melakukan sesuatu perbuatan atau menyekatnya dan penggunaan sumpah utk menguatkannya.

*3) Undang-Undang Kekeluargaan Jordan:*
(لايقع الطلاق غير المنجز إذا قصد به الحمل على فعل شيء أو تركه)
Maksudnya: Tidak jatuh talak cerai ta'lik jika niat takliknya supaya melakukan sesuatu perbuatan atau meninggalkannya.

*4) Undang-Undang Kekeluargaan Mahgribi menyebut:*
(الطلاق المعلق على فعل شيء أو تركه لا يقع)·
Maksudnya: Talak ta'lik atas niat melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu tidak akan jatuh talak.

*6) Undang-Undang Keluarga Libya menyebut:*
(لايقع الطلاق المعلق على فعل شيء أو تركه)
Maksudnya: Tidak jatuh talak cerai ta'lik atas melakukan sesuatu atau meninggalkannya.

*7) Undang-Undang Hal Ehwal Keluarga Kuwait menyebut:*
(يشترط في الطلاق أن يكون منجزاً)
Maksudnya: Disyaratkan hukum talak ialah hendaklah ia secara langsung(bukan secara ta'lik).

Kenyataan yang sama juga di dalam Undang-Undang Kekeluargaan Islam UAE, Sudan & Palestin. Ini semua adalah untuk menjaga dan memelihara matlamat pensyariatan perkahwinan dan perceraian dalam Islam.

*Nadzmi Nadzir*

*Sumber rujukan:-*
1- http://alwaei.com/topics/view/article_new.php?sdd=255&issue=439
2- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1036871762998528&id=100000271418357
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1035854566433581&substory_index=0&id=100000271418357
3- Zaharuddin Abdul Rahman:
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1037-kefahaman-erti-jemaah-a-baiah-beserta-laknat.html
http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/889-baiah-diikat-lafaz-talaq-suatu-ulasan-kemaskini.html
4- Persolan Ta'liq Talaq - Prof. Dato' Dr. Harun Din - UKM.
https://www.google.com.sa/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http%3A%2F%2Fejournals.ukm.my%2Fislamiyyat%2Farticle%2Fdownload%2F1843%2F1469&ved=0CBwQFjAAahUKEwi1_taS7NrHAhXED3IKHQyrAso&usg=AFQjCNFNhzINtrv2wvxGA-znLpBZvl4pHA&sig2=jTQ8VIb15MkluNVzI_meCA