Sunday, March 11, 2018

UMNO dan Najib dok bising rodok perut sendiri: Splash tu sape punya, sape yang bagi kontrak?

Itulah Zaharin Yassin kata malas buat kerja rumah,  bila tembak terkena ke muka sendiri.
Sepertimana Najib kata: 'Kita bina MRT, kita boleh selesai masalah air'

Splash didakwa tidak peka isu air, kesusahan rakyat Selangor
MALAYSIA DATELINE  - March 10, 2018 5:43 pm
Abbas Azmi

Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) disifatkan hanya mementingkan keuntungan apabila gagal menyediakan sistem pemantauan dan seliaan berkala bagi memastikan tidak timbul permasalahan gangguan bekalan air di Negeri Selangor.

Ketua Pemuda AMANAH Selangor Abbas Azmi berkata, musibah yang berlaku membabitkan 500,000 penguna di Selangor kerana tidak mendapat bekalan air sejak seminggu lalu jelas membuktikan SPlash hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Apabila Sistem Mampatan Udara di loji Air pecah yang mana Splash sebuah yarikat yang bertanggungjawab menyelia dan membekal air bersih tidak menitikberatkan soal kualiti dan keselamatan keseluruhan loji.

“Perlu diingat air adalah satu keperluan paling utama bagi manusia. Apabila sumber air bermasalah rakyat yang akan merasa deritanya.

“Agak malang jika Splash hanya melihat kepada keuntungan semata mata tetapi tidak menghargai setiap sen yang rakyat bayar semata mata untuk mendapatkan air bersih,” ujarnya.

Isi rumah di daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air sejak 6 Mac lalu.

Orang awam dimaklumkan gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di kawasan-kawasan terjejas bagi memudahkan kerja-kerja membaik pulih peralatan kritikal dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) untuk tempoh 10 jam pada 6 Mac.

LRA SSP3 diurus oleh Splash, yang diberi konsesi 30 tahun oleh kerajaan negeri BN pada Januari 2000 untuk membina, menjalankan dan menyenggara SSP3.

Teras perniagaan Splash ialah pengeluaran air terawat, yang dijual secara pukal kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Justeru kata Abbas lagi ketika proses membaik pulih peralatan selama seminggu ini dijalankan oleh SPlash tetapi Splash tidak membantu kerajaan negeri dalam menyalurkan penghantaran bekalan air yang bersistematik di kawasan-kawasan yang menghadapi terputus bekalan air.

“Kekerapan penghantaran bantuan air apakah memenuhi keperluan rakyat? Di Shah Alam misalnya, premis perniagaan seperti restoran banyak yang terpaksa menutup sementara perniagaan kerana ketiadaan air.

“Mereka juga menanggung kerugian akibat masalah ini. Apa tindakan Splash dalam menangani isu ini?

“Dimasa yang sama ada pula sekumpulan rakya mewakili parti tertentu cuba menangguk di air yang keruh. Menyalahkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan adalah satu langkah yang sangat tidak bijak,” ujarnya.

Splash adalah dimiliki oleh kerajaan Umno-BN itu telah mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan Negeri yang dipimpin oleh pembangkang, katanya lagi.

No comments:

Post a Comment